Tuesday, June 28, 2011

ada insan yang menghargaiku

Kisah ni berlaku minggu lepas, hari rabu lepas dan saya berpuasa pada hari tersebut. Dalam pukul lebih kurang 3 petang, berpusu2 pelajar masuk ke lobi..baru habis kelas. Dan tetiba berhenti salah seorang pensyarah unit bahasa inggeris di kaunter. Tahu dah mesti nak tempah bilik mesyuarat.

Tapi tiba2, beliau letak sebungkus beg plastik yang ada asam n maruku. "I give to you because u always smile and u have nice smile. Keep it up." Terkedu saya sebab saya x dela rapat sgt dgn lecturer ni, biasa2 ja..tapi hubungan yang harmonis la.

Tetiba berasa diri saya ni dihargai..and thanks a lot to Pn Ravichandrika...

Monday, June 20, 2011

Jawatan @ amanah

Saya terasa nak menulis malam ni bila mengenangkan keadaan di pejabat siang tadi. Perkara yang sama berlaku ketika saya di alam persekolahan, alumni, alam kampus, kerjaya dalam sektor swasta dan ketika ini dalam sektor awam.

Apa yea? Taklifan @ amanah @ jawatan @ menjadi ketua. Saya tidak pasti hendak menyatakan pendapat tesebut adalah boleh digunapakai atau tidak. Tetapi secara peribadi, saya merasakan adalah tidak sesuai untuk menggunakan pendapat tersebut.

Faham apa yang saya cuba sampaikan? Mengangkat sesorang yang agak bermasalah dari sedi disiplin dan etika kerja sebagai ketua dengan alasan apabila mereka diberi sesuatu taklifan, mereka akan berubah. Saya amat tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Amanah sebagai seorang ketua bukanlah perkara kecil dan mudah. Sebab itu, pabila seseorang itu dilantik kita akan mengucapkan takziah..bukannya tahniah. Takziah di atas perlantikan yang mana kelak kita akan dipersoalkan tentang kepimpinan kita.

Bagaimana mungkin seorang yang menghadapi masalah disiplin dan etika diberi peluang untuk memimpin. Ya, mmg orang sebegitu perlu diberi peluang tetapi tidaklah berada dalam jawatan penting atau sebagai ketua. Ya, mereka boleh diberi jawatan sebagai ketua tetapi mungkin untuk jangka masa pendek..sepaerti short program. Tetapi tidaklah sebagai wakil kepada sesebuah kumpulan pekerja.

Erm, terfikir pula saya bagaimana mereka boleh berpendapat sebegitu. Mungkin mereka ini golongan yang bersangka baik, manusia boleh berubah. Tetapi tidak pada saya. Manusia boleh berubah tetapi amat sukar untuk berubah..

Friday, June 17, 2011

kepadaNya kita kembali

DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Malam ni genap seminggu pemergian mummy kak lina. Saya sendiri masih merasai kesedihannya..apatah lagi kak lina. Hairan jugak, kenapa saya berasa sedih sangat atas pemergian mummy kak lina. Mungkin kerana kami banyak berkongsi cerita ttg ibu kami..atau mungkin jua kerana kak lina sentiasa membangkitkan semangat saya, berkongsi idea dan cerita.

Saya amat menghargai kehadiran kak lina dalam hidup saya, dan yang paling saya terharu bilamana kak lina kerap follow up perkembangan saya. Thanks for ur support. And because of that saya dapat rasakan kesedihan yang teramat. But I'm sure that she is a strong woman. teringat pulak idea kak lina suruh sambung study kat oversea..University of Liverpool..I will do my degree and she will continue with her phd.

Berat yang saya rasa, berat lagi bahu orang yang menanggungnya..Later I will give her a call..Mungkin jua saya rasa takut bilamana keadaan ini berlaku pada saya. Ibu, sihat lagi..doaku padaMu ya Allah semoga pelihara ibu daripada sebarang malapetaka dan bencana.

Doa saya jua semoga mummy kak lina ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..begitu jua dgn arwah ayah..amin ya rabbal alamin

Sunday, June 12, 2011

Cuti sekolah dan laptop

Hari terakhir cuti sekolah..Seperti biasa kak and kids berkampung di rumah. Selasa lepas abang chik balik, 2 malam ja. Tapi yang menariknya pabila melihat 2 heronya menggalas beg laptop..Hebat abahnya..

Rupa2nya laptop itu adalah pemberian projek terkini kerjaan..Adoi..apa la gunanya laptop baru yang canggih kepada budak berumur 15 tahun? On saja laptop, pasang lagu, main game. itu pun dok merungut pada si abah minta dipasang talian internet. Jangan abg chik, takut memudaratkan.

Betul la jugak ayat adakalanya teknologi boleh memusnahkan. Kakak ke3 (cikgu) memberikan respon yang cukup tidak puas hati terhadap pemberian laptop tersebut. Tengok kpd kemudahan yg disediakan kpd para guru (mmg teruk). Dan saya sendiri merasakan tidak wajar dan tidak sesuai. Mungkin patut diberikan kepada para penuntut IPT atau sekurang2nya para pelajar MATRIK berbanding budak2 di sekolah menengah.

Bayangkan 1 daerah menerima hampir 200 laptop, berapa banyak daerah yang ada di Malaysia dan berapa banyak peruntukan yang dihabiskan? apatah lagi jika pemmbeliaan melalui local order (LO)..Angka yang boleh mencecah juta2an.

Sedangkan banyak benda lagi yg lebih penting untuk dilaksanakan. Cost of living semakin tinggi. harga barang keperluan sentiasa naik. Harga roti gardenia dah naik 20 sen, susu pekat manis paling murah pun rm2.40. Belum lagi susu anak, pampers...

Alahai kerajaan..tidak saya fahami mengapa ramai rakyat hidup susah dalam negara yang aman, makmur dan memiliki sumber2 asli sendiri.

Saturday, June 4, 2011

orang gomen

Saya sendiri tidak meyangka akan membawa tittle 'orang gomen'. Mula bergelar kakitangan awam pada 7 disember 2009..dah hambir 1 tahun 6 bulan (tapi x confirm lg pun). 4 tahun bekerja dalam sektor swasta, saya rasa berbaloi dgn rezeki yang diterima seiring dgn tuntutan kerja. Tapi dari hari pertama sebagai penjawat awam, saya dah mula rasai ketidakselesaan, kerisauan dan macam2 lagi.

Dan benarlah label masyarakat terhadap 'orang gomen', sikit saya x nafikan. Mmg benar org gomen ni mengada2, curi tulang, careless and too many thing. Risau memikirkan apa yg nak dijawab tika di Padang Mahsyar nanti pabila dipersoalkan ttg waktu bekerja. Amanah sebagai seorang penjawat awam.

Mungkin sebab dah jadi perkara biasa dalam dunia 'org gomen'. Pagi punch in pukul 8 (kadang2 kawan yg terpaksa tolong), breakfast sampai 9.30 pg. Masuk borak2, gosip dulu. 12 tgh hari dah sibuk atur nak lunch kat mana. Itu belum kira kalau bos2 x dak or semester break ka.

Hakikatnya saya cukup risau mengenangkan keterlupaan 'orang gomen' tentang amanah dan tanggungjawab mereka. Saya bersyukur atas jawatan saya si penjaga telefon ini yg sentiasa memerlukan saya on time, punctual. Alhamdulillah..