Sunday, June 12, 2011

Cuti sekolah dan laptop

Hari terakhir cuti sekolah..Seperti biasa kak and kids berkampung di rumah. Selasa lepas abang chik balik, 2 malam ja. Tapi yang menariknya pabila melihat 2 heronya menggalas beg laptop..Hebat abahnya..

Rupa2nya laptop itu adalah pemberian projek terkini kerjaan..Adoi..apa la gunanya laptop baru yang canggih kepada budak berumur 15 tahun? On saja laptop, pasang lagu, main game. itu pun dok merungut pada si abah minta dipasang talian internet. Jangan abg chik, takut memudaratkan.

Betul la jugak ayat adakalanya teknologi boleh memusnahkan. Kakak ke3 (cikgu) memberikan respon yang cukup tidak puas hati terhadap pemberian laptop tersebut. Tengok kpd kemudahan yg disediakan kpd para guru (mmg teruk). Dan saya sendiri merasakan tidak wajar dan tidak sesuai. Mungkin patut diberikan kepada para penuntut IPT atau sekurang2nya para pelajar MATRIK berbanding budak2 di sekolah menengah.

Bayangkan 1 daerah menerima hampir 200 laptop, berapa banyak daerah yang ada di Malaysia dan berapa banyak peruntukan yang dihabiskan? apatah lagi jika pemmbeliaan melalui local order (LO)..Angka yang boleh mencecah juta2an.

Sedangkan banyak benda lagi yg lebih penting untuk dilaksanakan. Cost of living semakin tinggi. harga barang keperluan sentiasa naik. Harga roti gardenia dah naik 20 sen, susu pekat manis paling murah pun rm2.40. Belum lagi susu anak, pampers...

Alahai kerajaan..tidak saya fahami mengapa ramai rakyat hidup susah dalam negara yang aman, makmur dan memiliki sumber2 asli sendiri.

No comments:

Post a Comment