Thursday, July 26, 2012

Kuching Part 4

My last entry pasal percutian bershopping ke Kuching ni. Kalau ke Kuching pada hari Sabtu atau Ahad pastikan anda ke Pasar Sarikin ni. Memang berjela2 kilometernya..dan berjela2 nak berjalan. Kami sampai pagi ahad pukul 9 pagi di airport Kuching. Pukul 10 kami bertolak ke Pasar Sarikin. Pukul 3 ptg baru bertolak balik ke rumah. Hehe...shopping sakan.
 

Tuesday, July 24, 2012

Kuching Part 3

Nak tau tak apa yang best kat Kuching ni. Tiga benda yang orang selalu order dari Kuching ni iaitu tikar serawak, kek lapis dan ikan terubuk masin. Kami beli 2 tikar, berpuluh2 ikan dan kek..Hurm jadi la luggage time balik seberat 80kg. masa mai ritu 6 kg ja. Gila kan kalau biaq org perempuan ni shopping?

Sunday, July 22, 2012

Kuching Part 2

Satu benda yang saya paling suka percutian bershopping ni adalah menyusuri Sungai Sarawak. Teringat masa arwah tok ada dulu. Dulu tok duduk kat Kota Kuala Muda. Sebelum adanya Jambatan Merdeka hanya sungai dan sampan penyambung perhubungan antara Kota Kuala Muda dengan Seberang Perai. Sampai wujudnya Jambatan Merdeka tu pun saya masih nak naik sampan tu jugak. Best wooo.

Friday, July 20, 2012

Thursday, July 19, 2012

Kuching Part 1

Layan gambar la..nak taip apa ntah. Sebenarnya saya mengharapkan percutian yang betul2 bercuti. Tapi ni percutian bershopping. It happen twice already. Dulu masa p Kelantan. Next time nak bawa ibu, berdua ja p bercuti kat pulau..bukan Pulau Pinang yea. Maybe Perhentian Island. InsyaAllah target bulan 4 tahun depan.
 Syok tengok susunannya. Semua kedai sama. Saya suka tengok jer...beli tak pun..hehe.
 

Sunday, July 15, 2012

I- City Shah Alam

Seriously nak p lagi tempat ni. Mmg tak puas jalan hari tu plus dah letih giler seharian driving and cuci mata kat Jalan TAR. Suasana yang penuh bergemerlapan dengan cahaya2 yang sangat2 cantik. Next time saya nak pergi petang..lepak sampai tgh malam. Fuhh, best giler. tak caye tengok gambo2 ni.
Terpaksa balik awal memandangknan keesokkan harinya kami akan bertolak ke Kuching dan flight dr LCCT pukul 7.10 pagi. Nanti saya story mory my trip to Kuching yea.

Saturday, July 14, 2012

Air Mata

Dahulu saya rasa setitis air mata bermakna saya tewas, gagal..kekecewaan yang teramat. Tapi kini saya faham erti sebenar setitis air mata. Sebenarnya, its ok untuk menangis kerana sesungguhnya tangisan itu mampu meredakan situasi ketegangan. Saya buat and yes I feel better and can smile after that. Alhmadulillah.
 

Thursday, July 12, 2012

Ibu


Lagi beberapa hari sahaja 24 jam bersama ibu. Minggu depan dah Ramadhan. Ibu berhijrah jap sebulan di Madrasah Ustaz Abdul Mutalib. Maka rutin tahun ini akan sama la seperti tahun lepas.

Wednesday, July 11, 2012

Minggu ISO

Kekalutan dan kekejaran masa..haha. Dr Azizan cakap macam mana nak urus masa? Beb, masa semua manusia sama. Bukan urus masa deeee...kita yang kena urus diri supaya sentiasa menepati masa.

Minggu ni suasana mendebarkan di KMPP. Hari ni hari pertama audit pensijilan semula MS ISO. Alhamdulillah admin done and so far semua under control. Masih ada 2 hari lagi. All the best, dan insyaAllah KMPP akan dapat mengekalkan sijil MS ISO pada tahun ini. Chaiyok KMPP and KMPPian.

Monday, July 9, 2012

Sesaje 1

Brain test lelaki or perempuan.


Brain Test..Anda lelaki atau wanita??

Korang laki ka pompuan..this is the fact!!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,
diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..

dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....
Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri .
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS






dah selesai? Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!







OK? berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian
memiliki otak PEREMPUAN Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."

Friday, July 6, 2012

1995

6 Tanjung tahun 1995. Umur saya 12 tahun, cer cari saya yang mana satu.

Monday, July 2, 2012

Renovation Time

Pagi Isnin yang mulia, dah nak setengah Syaaban. Jom, ramai2 renovate hati. Persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan.
 

Saturday, June 30, 2012

Durian

Raja segala buah..macam dah tak dak musim, sepanjang tahun ada. Nampak best ja tepi jalan. Dah la ada pulut susu kat rumah, nak beli. tapi, ibu baru baik demam. Pastu dah nak pi holiday. Nanti la next week. Nyum nyum.
 

Friday, June 29, 2012

Siwak

Salam keberkatan dan rahmat pagi Jumaat yang barakah. Pagi Jumaat ni nak cerita pasal salah satu sunnah nabi yang semakin dilupakan. Bersiwak @ bersugi. Dah lama saya mengenali kayu sugi ni, tapi sekadar di pandang je la. Sehingga satu hari saya mengadu kepada kawan saya yang gigi saya sgt sensitif, dah tak tau nak pakai berus gigi macam mana.

Rupanya bersiwak ni bukan sahaja menguatkan gigi, tapi fadilat yang paling best adalah melancarkan tutur kata kita, melembutkan lidah. Mula2 saya pakai malam dan tengah hari sahaja sbb pagi saya masih perlukan ubat gigi (bau pudina). 2 bulan selepas tu mmg tinggal terus berus gigi. Dan sekarang ni dah hampir 4 tahun saya menggunakannya. Memang puas hati.
 

Wednesday, June 27, 2012

Diri sendiri Penentu Arah Tuju

Takdir, qada dan qadar. Menyesali nasib? memarahi takdir? Ingat firman Allah "Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.

 Kita yang pilih sendiri..kaaannnn 

Thursday, June 21, 2012

Selamat datang Syaaban

Lagi 29 hari untuk menyiapkan diri menyambut Ramadhan al Mubarak. Selamat beramal dan jangan lupa menambah nilai pada kehidupan orang lain.

Tuesday, June 19, 2012

Vios TRD Sportivo

Lepas maghrib tadi mai angin mengemas dapoq. Settle semua, so rasa macam nak beradu awal sikit. Sebelum tu jangan lupa mind creates reality. Dan teknik visualize adalah antara yang terbaik. Alpha saya mesti memilikinya.



Selamat malam semua dan semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

Friday, June 15, 2012

Monday, June 11, 2012

Good Bye Screamyx..Welcome Beruk Band

Hari ni dapat Celcom Broadband. Esok p terminate streamyx. Saya dah mulakan sesuatu dan saya akan lakukan sehingga selesai. Orang yang hebat adalah orang yang memulakan sesuatu dan melakukannya sehingga habis. Fokus!!!

Saturday, June 9, 2012

Asalnya Hari 5S bilik jer

Asalnya nak cuci kipas siling and sapu serawang jer. Pastu nak ke seberang Jaya cari nombor celcom. Tiba2 nekad nak tukar warna bilik. Sebenarnya mata dah berpinau2 tengok kaler ijau menjerit ni. Tu la dulu tak nak dengar cakap ibu. Kaaannnn

 Warna bilik saya..amacam? 


Sesi mengecat telah bermula.

 Taraaaa...hasilnya. 2 sides saya biar warna ijau tu. 2 sides lagi saya cat warna snow white. Tetiba rasa bilik saya besaaarrrr. Dan warna putih ni benar2 menyedapkan mata saya.Hehe, maka seharian lah saya mengecat dan mengemas bilik hari ni. Habis tu, nombor tak cari lagi..adoi bila nak siap business card macam ni? 
 

Friday, June 8, 2012

Vanilla Coklat

Tengah hari tadi lunch kat Restoren Nelayan Hujung Batu, Bagan. Pastu ke Tesco Extra. Jalan2 cuci mata, masuk kedai RM5. Jumpa la benda alah ini.



Beli 2, satu letak kat pejabat, satu dalam bilik. Kat pejabat letak tepi CPU. Kurang sikit baunya, mungkin sebab ruang tu besar. Balik rumah letak dalam bilik. Pas maghrib tadi keluar ngan Nisha, sampai rumah tadi dalam pukul 9.30. Buka ja pintu bilik...adoi sedapnya bau..vanilla coklat..tetiba rasa lapar balik. Betul la bau ni bisa melaparkan diriku balik. What say u Hanisha?

Thursday, June 7, 2012

Samsung Galaxy Note

Hampir setiap malam hingga ke subuh hujan. Kadang2 lebat sangat2..saya suka. Waktu hujan lebat adalah di antara waktu yang terbaik untuk berdoa dan alpha. Terkini saya alpha untuk memiliki...sebelum 29 Jun 2012. Saya berusaha lebih gigih untuk memilikinya.

 

Tuesday, June 5, 2012

Appreciate 2

Something from someone that make me smile on Monday morning.

Suka kain ia, lembut dan menjadikan bentuk muka tidak membulat. Sesuai dengan my jeans n t shirt. And I like polka dot dot dot. Kaler pun cantik. Its really really sweet. Thanks again kak Sha. Dada pun dapat, corak yg sama just different colour.

Monday, June 4, 2012

+ve


Saya memulakan hari Isnin dengan energy yang sangat luar biasa. Saya merindui hari Isnin, kerana ia mengingatkan saya pada satu kenangan indah yang berlaku pada hari Isnin minggu lepas. Dan kenangan itu akan terabadi selamanya dalam ingatan. Satu situasi yang benar2 menaikkan energy dan semangat saya. Saya hidup luar biasa.

Saturday, June 2, 2012

Men'cara' Kuih Cara

Request dari Ameer Mujahid (anak kakak) nak makan kuih cara. 


Ni gambar atas dapoq lagi...tengok acuannya, tutun-temurun beb.

 Dah siap boleh makan, dap dap nyer

Thursday, May 31, 2012

Tambahan Kekacang

Dapatkan kacang goreng masin di DC Stop Centre mulai hari ini...yeeeehaaaaaa.

 

Tuesday, May 29, 2012

Surat Cinta

Saya adalah seorang Pegawai Khidmat Pelanggan aka petugas kaunter hadapan aka penyambut tetamu aka telefonis aka Detective Conan aka owner of the DC Stop Centre. So, mana mungkin saya meninggalkan ruang kerja saya untuk ke mana2 program kolej. Tapi tiba2 saya kena jawab surat ni...

Monday, May 28, 2012

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 2012/2013

Pemandangan di Dataran Pelajar seawal jam 6.50 pagi. Baru 2 booth yang dibuka.

Dah ada waris yang menunggu di khemah, awalnya depa sampai. Alhamdulillah cuaca ok.


Gerai yang berada di hadapan, gerai yang paling awal buka, gerai yang nampak jual barang2 yang wajib ada pada semua pelajar baru KMPP. Suka tengok gerai ni. Fast action, fast results.

7.30 pagi saya masuk ke kaunter saya, orang lain akan berpanasan di luar saya bersejukkan di dalam air cond tapi dah tahu bakal panas ja telinga ni. Dan macam sedih la jugak...alone again kat kaunter.

Tapi tahun ni best, ada orang teman kat kaunter sampai koi 1 ptg. Best giler..ngeeee..Mekasih bebanyak kak sha..sayang akak banyak-banyak.




Sunday, May 27, 2012

Detective Conan Baru Balik Menyiasat

Lepas maghrib tadi keluar round Kepala Batas. Dari rumah saya guna jalan Kubang Menerong sampai nak ke highway Bertam. Ok, start dari situ dah nampak signboard Pendaftaran Pelajar Baru. Saya terus ikut saja signboard tu. Kira berapa traffic light yang perlu dilalui. Alert dengan bangunan2 penting di sepanjang jalan dari highway Bertam ke kolej. Saya seolah2 tengah menyiapkan diri macam nak exam esok dan soalannya pun saya dah tahu. Puan, macam mana saya nak ke kolej, pendaftaran anak saya pagi ni?

Keluar highway Bertam, traffic light (org Terengganu panggil stop light) pertama belok kanan. Traffic light kedua terus. Traffic light ketiga terus. Pejabat pos sebelah kiri. Traffic light keempat belok kiri. Ada Kompleks Dato Kailan dan Hotel Seri Malaysia. Terus sampai traffic light kelima terus lagi. Traffic light keenam belok kiri. 200 meter jumpa kolej.

Pasti akan ada panggilan "KMPP ni dok dalam hutan yea, ada banyak kebun sayur ni"..haha, tu depa dah masuk jalan short cut kot ACMS...hehe dalam hutan ye bang..Jaga2 ada banyak rimau dalam tu...aung pun ada..

Saturday, May 26, 2012

Sepagi di Pantai Miami Batu Feringgi

Selalu mandi garam, kali ni nak berendam dalam air garam. Masa untuk menambah energy. Ingat pesan mentor "lagi tinggi energy kita, lagi tinggi lonjakan ke arah kejayaan". Tapi ombaknya kuat...ngeee..ibu cakap dok tepi ni aje.


Thanks ibu temankan saya sepagi hari ni, melayan karenah saya..hehe...

 Just bermain di gigi air...ngeeee..
 Teringat tahun 2007 bercuti di Pulau Kapas, cantik sungguh pantai dan laut belah sana.
Teringin nak ke Pulau Perhentian.