Saturday, April 28, 2012

Keputusan penempatan matrikulasi dah keluar

Maka dengan itu berderinglah telefonku setiap saat dan ketika..Layan sket sesi dialogku dan contoh2 soklan yang sering ditanya.

Q : Cik, dalam panduan ni tulis wajib pakai kasut pvc @ kulit bertutup..saya nak tnya mesti pakai kasut kulit original keee?

A : Tak, asalkan kasut bertutup ja, x kisah ori ke tak..

dlm hatiku : yes..wajib kulit original..wajib kulit ulaq tedung selar..menggong.

Q : Cik, nak tangkap gambar pasport tu kena pakai baju apa?

A : Pakaian formal, kalau t shirt biar la berkolar.

dlm hatiku : x pakai baju pun x pa..apa punya banggang soklan.

Q : Kenapa nak masuk matrik x perlu buat medical check up..tapi ni mntak jenis darah pulak..

A : Medical check up hanya untuk KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)..matrik is under KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)..tuan, x nak bagi blood group pun x pa..x wajib pun isi.

dlm hatiku : 90 % parents akan call tanya pasal medical check up walaupun dah terang jelas tulis kata x perlu..blood group tu nak tau supaya senang kalu anak tuan terjun bangunan..kami bwk p spital terus ja habaq blood group dia kat doc.

Q : Hello, I'm sorry but I have a lot of questions to ask regarding the registration.

A : Did u check our website..all the documents are there..

Q : I'm sorry, but I don't understand Malay Language..could u please translate into English?

A : Its ok madam, I pass the line to our officer.

dlm hatiku : mati aku..pass ja line kat En Mahfuz or En Tajuddin.

Q : Cik, anak saya dapat aliran sains..kalau saya nak tukar dia ke aliran akaun boleh?tapi dia x dak basic akaun..lecturer akaun kat sana ok tak? Diorang mmg graduate dlm accounting la kan? mmg ok la kan?

A : Puan, pertukaran kursus boleh dibuat selepas pendaftaran..

dlm hatiku : lecturer akaun kat sini semua grad dlm bidang sains..x tau lah cam na depa leh ajor akaun..sabar je la ayu wei..

Q : Saya ni nak hantar anak sulung saya masuk matrik..kat ruang kad pengenalan waris tu saya x dak la ic maknya..

A : Maaf tuan, kalau bercerai atau meninggal tak pa..biar ja ruang tu kosong..

Q : Alhamdulillah..terima kasih..saya ni bukannya apa bla bla bla ( cerita kisah dia besar anak dia)..just nak tnya ramai tak pensyarah perempuan kat sana yang masih single?

A : .....(terdiam seketika)..

dlm hatiku : first time dapat soklan mamat desperado camni..ahaks ramai lagi yg single kat sini..cik habaq ja nak pattern cam noo

Q : Cik, petang ni saya nak ke matrik, saya nak tengok tempat tu macam mana..saya nak tengok asrama dgn classroom. Saya nak pastikan tempat ni sesuai dgn anak saya..

A : Jemput la datang..sebelum pukul 5 ye cik.

dlm hatiku : kau datang kat kaunter aku nnt, aku ambik nama anak kau..tau la nnt nak wat pa..

Q : ni pok cik nak tanyo..anak pok cik bolih matrik ni..nnt masa mari, pok cik nak tubik kot mano deh.

A : pok cik tubik kot bertam..stop light pertama kanan..ikut ja signboard eh.

dlm hatiku : terbit la kot mana pak cik bole terbit..aku letih dah ni jawab tipon..

Q : Kak, saya nak tanya..untuk pelajar lelaki kemeja tu mesti plain ye?

A : Asalkan kemeja lengan panjang..warna dan corak bebas..

Q : Tapi mak cik saya cakap mesti warna plain..

A : Mak cik adik tu pengarah kolej mana (haha ada bran nak jawab cenggitu?)

Q : Kak, dekat kolej ada telefon awam tak.. saya x dak handphone la kak..

A : Tak pe adik..nnt ambik no hp felo bagi kat parents yea (sedih lak).

Q : Cik, saya x confident la nak hantar anak saya masuk matrik..katanya matrik ni susah..

A : Sebentar ya, saya sambung talian tuan ke kaunselor..

dlm hatiku : mcm mana dia tau matrik tu susah..best ooo masuk matrik..dapat elaun..

Q : Cik, apa medium language di matrik ya?

A : Untuk subjek utama semua dalam Bahas Inggeris..

Q : Ok, so semua lecturers matrik boleh cakap english la yea

A : Ye la kot (sok saya p tnya para lecturers n ek)

udah la takat tu..rasa loya nak muntah dah ni..banyak ari lagi ni nak jawab tipon tu..

Wednesday, April 25, 2012

Appreciate...

Bila diri dihargai..semalam hari saya bermula dengan perkara yang paling best. ada orang bagi something..nak tengok?

Best tak? Kenapa gambar kedua tu senget...saja nak bagi susah baca..hehe

Pagi ni datang keja, ada orang sponsor breakfast..huhu..what a wonderful day..thanks Sabina..gonna miss u so much.


Tuesday, April 24, 2012

KIK = Kumpulan Inovatif Kreatif

Nama kumpulan saya adalah My Admin V2, kumpulan batch ke-2 daripada unit pentadbiran. Tajuk perbincangan kumpulan kami adalah e-Stok. Satu sistem yang dapat memudahkan urusan pengiraan stok, menyenangkan semakan. Namun apakan daya, projek tak kesampaian, lantaran kesibukan tahap maksima kesemua ahli. Akhirnya semua ahli bersetuju untuk menarik diri.

Tapi pada hari ini...tiba2 dalam pukul 4 ptg, saya menerima panggilan daripada Ust Azman iaitu Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas meminta saya ke pejabat beliau. Melangkahlah kaki saya dengan sedikit kerisauan. Alahai apa la yang tak kena, first time kena panggil mengadap. Bila saya masuk Shuhaimi dah ada kat dalam bilik Ustaz. Soalan pertama Ustaz pada saya, boleh tak pinjamkan suara jap? So, saya ingat nak kena jadi emcee, fine..ok..Rupa2nya saya diminta untuk replace tempat Shuhaimi sebagai wakil pembentang daripada Unit Asrama di Mini Konvensyen KIK pada 8 Mei ini berikutan beliau akan berada di KL untuk Bengkel Kemasukan Data.

Ya Allah, alhamdulillah Allah membuka peluang ini pada saya. Selama ini angan2 saya untuk membawa kumpualan My Admin V2 bagi mewakili negeri Pulau Pinang. Saya sangat bersyukur. Alhamdulillah di pagi hari tadi saya mendapat satu kejutan (esok saya tulis mengenai  kejutan ni) dan di sebelah petang saya mendapat tawaran yang sangat saya nantikan.

Jadi, saya adalah lebih kurang 13 hari lagi untuk mendalami, menghayati projek ini. Doakan saya berjaya. Doakan dengan penyertaan kali ini dapat memberi pengalaman yang tidak ternilai pada saya dan doakan bakat saya semakin terasah.

Saturday, April 21, 2012

Annual Dinner @ The Carnival Sungai Petani

Bertemakan Arabian Night 1001 Malam maka dah selamat berlangsung majlis makan malam KEBS. Saya x da gambar yang nak diupload sebabnya mmg x clear, cahaya yang sangat kurang menjadikan semua foto gelap gelita (plus sebab tuannya pun sama kaler ngan malam..kannnn)

Tema yang menarik dan hampir 80% mengikut tema. Sedikit kelainan kerana selalunya dinner di dalam dewan tapi kali AJK KEBS memilih kawasan yang terbuka dan Alhamdulliah syukur tak hujan semalam. Rintik2 pun masa nak tamat majlis dah. Saya dapat hadiah cabutan bertuah, antara yang terawal dapat sekaki payung.

Untuk dinner kali ni saya terlibat sebagai Ketua AJk Pendaftaran dan cabutan bertuah. Banyak benda yang saya belajar. Keadaan terkawal, just ada juga beberapa perkara yang perlu ditambahbaik. Antaranya balang cabutan bertuah perlu lebih besar, kertas juga perlu saiz yang lebih besar sebab banyak melekat2. Kertas cabutan pun perlu dilipat banyak kali.

Tapi perkara paling perlu saya ambil iktibar adalah urusan dengan manusia. Selepas ni saya akan lebih berhati2 dalam memilih untuk berganding dengan siapa. Biarlah penglibatan saya kurang asalkan hatiku tidak terguris..chewaaah

Tuesday, April 17, 2012

No Biawaks Zone

Macam comel la jugak gambar biawak ni. Tapi lidah jelir x nampak sangat. Kalau student DAO mmg dah biasa dengan simbol ni. Tak pa let me explain apa kaitannya gambar ni dalam kehidupan seharian kita.

Pernah tengok cara biawak jelirkan lidah tak? Jadi pastikan bila kita nak berubah atau nak sesuatu yg lebih baik dan tiba2 ada orang jelirkan lidah dia macam biawak maka dengan kadar yang paling pantas 'remove'kan kawan2 anda itu dari dunia dan persekitaran anda. Kalau tak nahas.

Susah jugak yea..kalau keja sekali macam mana? Hurm, berlaku pada saya jugak semalam. Mula2 saya akan kurangkan bercakap dgn dia, elakkan daripada nak dok borak sekali. Tapi semalam mmg dah smpai ke satu tahap yg cukup utk saya melabelkan dia sebagai raja biawak. Maka dgn itu ter'remove'lah dia drpd hidup saya. Nekad.

Thursday, April 12, 2012

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa

Sambung balik pepatah di atas. Orang memberi kita merasa, orang memberi kita merasa. Hari Selasa lepas ada orang bagi perencah yang sedaaappp.
Ramai jugak la staf KMPP yang dok sembang pasal perencah ni tapi saya tak berpeluang membeli lagi. Alhamdulillah ada orang bagi kat saya free pulak tu..hehe..So, sebagai membalas saya gorenglah keow teow pagi tadi..Tadaaaa ni lah hasilnya..

Boleh la, tapi rasanya tawar sket...kuang kuang.

Cerita pasal orang yang bagi perencah ni pada saya. Beliau salah seorang pensyarah unit Bahasa Inggeris, orang kuat ISO, orang penting untuk kaunter khas MPPB. Ada beberapa kali juga saya terlibat di bawah seliaan beliau. She is really good, meeting tak da nya berjela-jela, yang paling sempoi she is really cool, calm and peaceful dan yang sewaktu dengannya walaupun saya tahu ketika itu keadaan beliau yg mmg stress.

Setakat ni dulu lah yea posting ni...sekali lagi thanks kak sham bagi perencah yang sedap tu.

Wednesday, April 11, 2012

I spend my quality time with people I enjoy

Hari ni cuti umum sempena pertabalan YDPA. Mulanya ingat nak keluar berjalan, tapi memandangkan cuti just sehari jalan mesti sesak. Maka dapatlah idea, hari memasak bersama ibu. Ibu, dah lama tak makan upor. Upor ni adalah masakan tradisi keluarga saya. Biasanya kami masak bila hari perayaan, tapi tiba2 teringin pulak nak makan..Nak tengok rupanya macam mana?


Nampak macam gulai ayam kan? Tapi bukan, masakan ni banyak menggunakan bawang putih, plus jintan putih, santan. Rasanya perghhh mmg sedap giler. Just tinggal sayur ja..Hari ni buat sayur campur.


Kejap ja tumis sayur ni..Ok, abang chaq and kak sue dah sampai..out first..time for lunch.
I spend my quality times with people I enjoy.
I connect deeply with people I love.
I love my life.

Monday, April 9, 2012

Blog Kedua Saya

Kelas Pertama Blog.

Alhamdulillah, walaupun just 15 minutes but I learn a lot of things. Maka dengan itu saya mengambil keputusan untuk create satu lagi blog yang hanya fokus kepada perniagaan sahaja. Diari tasnim ini akan kekal sebagai blog yang lebih bersifat peribadi tapi boleh dibaca oleh semua orang.

Saya pun dah belajar macam mana nak masukkan gambar dalam blog ni. So, cubaan pertama memasukkan gambar produk utama saya yang kini hangat di pasaran.

Itulah kuih kering...kegemaran saya, kuih yang sempoi lah citernya. Rangup, manis, cair best jer dalam mulut, boleh dimakan bila2 masa saja. Maka saya pun dapat idea untuk nama blog baru saya http://pencinta-kuih-tradisional.blogspot.com. Amacam, ok?

Saturday, April 7, 2012

I'm home

Nasib baik blog, kalu bilik mmg dah penuh serawang. Hampir 8 bulan saya tinggalkan blog ni yea. Idea banyak tapi rasa macam blog ni tak menarik sebab tak reti nak plus benda2 lain yang macam blog orang lain ada. Pulak tu berlagak tak tanya orang yang reti, konon nak google belajar sendiri macam mana nak wat shout box, counter dan segala mak dan nenek yang lain. Lastly, samapi naik fed up terus lupakan blog ini.

Ceritanya after AMP (Advance Marketing Power), then I know how important a blog as marketing strategy. So, cari la cikgu..lepas ni berguru dan minggu depan nantikan perubahan 400 % to my blog.

Cerita sket pasal cikgu untuk blog saya ni. Beliau seorang pensyarah fizik kat KMPP, love to snap pictures, suka jalan2, hari2 update blog, really good in English, senang dibawa ke mana (haha), suka makan...and suka bergosip nagan saya..haha ce teka..teka la sendiri.

Ok, jmpa lagi minggu depan untuk blog yang 400 % berubah.