Saturday, April 28, 2012

Keputusan penempatan matrikulasi dah keluar

Maka dengan itu berderinglah telefonku setiap saat dan ketika..Layan sket sesi dialogku dan contoh2 soklan yang sering ditanya.

Q : Cik, dalam panduan ni tulis wajib pakai kasut pvc @ kulit bertutup..saya nak tnya mesti pakai kasut kulit original keee?

A : Tak, asalkan kasut bertutup ja, x kisah ori ke tak..

dlm hatiku : yes..wajib kulit original..wajib kulit ulaq tedung selar..menggong.

Q : Cik, nak tangkap gambar pasport tu kena pakai baju apa?

A : Pakaian formal, kalau t shirt biar la berkolar.

dlm hatiku : x pakai baju pun x pa..apa punya banggang soklan.

Q : Kenapa nak masuk matrik x perlu buat medical check up..tapi ni mntak jenis darah pulak..

A : Medical check up hanya untuk KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)..matrik is under KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)..tuan, x nak bagi blood group pun x pa..x wajib pun isi.

dlm hatiku : 90 % parents akan call tanya pasal medical check up walaupun dah terang jelas tulis kata x perlu..blood group tu nak tau supaya senang kalu anak tuan terjun bangunan..kami bwk p spital terus ja habaq blood group dia kat doc.

Q : Hello, I'm sorry but I have a lot of questions to ask regarding the registration.

A : Did u check our website..all the documents are there..

Q : I'm sorry, but I don't understand Malay Language..could u please translate into English?

A : Its ok madam, I pass the line to our officer.

dlm hatiku : mati aku..pass ja line kat En Mahfuz or En Tajuddin.

Q : Cik, anak saya dapat aliran sains..kalau saya nak tukar dia ke aliran akaun boleh?tapi dia x dak basic akaun..lecturer akaun kat sana ok tak? Diorang mmg graduate dlm accounting la kan? mmg ok la kan?

A : Puan, pertukaran kursus boleh dibuat selepas pendaftaran..

dlm hatiku : lecturer akaun kat sini semua grad dlm bidang sains..x tau lah cam na depa leh ajor akaun..sabar je la ayu wei..

Q : Saya ni nak hantar anak sulung saya masuk matrik..kat ruang kad pengenalan waris tu saya x dak la ic maknya..

A : Maaf tuan, kalau bercerai atau meninggal tak pa..biar ja ruang tu kosong..

Q : Alhamdulillah..terima kasih..saya ni bukannya apa bla bla bla ( cerita kisah dia besar anak dia)..just nak tnya ramai tak pensyarah perempuan kat sana yang masih single?

A : .....(terdiam seketika)..

dlm hatiku : first time dapat soklan mamat desperado camni..ahaks ramai lagi yg single kat sini..cik habaq ja nak pattern cam noo

Q : Cik, petang ni saya nak ke matrik, saya nak tengok tempat tu macam mana..saya nak tengok asrama dgn classroom. Saya nak pastikan tempat ni sesuai dgn anak saya..

A : Jemput la datang..sebelum pukul 5 ye cik.

dlm hatiku : kau datang kat kaunter aku nnt, aku ambik nama anak kau..tau la nnt nak wat pa..

Q : ni pok cik nak tanyo..anak pok cik bolih matrik ni..nnt masa mari, pok cik nak tubik kot mano deh.

A : pok cik tubik kot bertam..stop light pertama kanan..ikut ja signboard eh.

dlm hatiku : terbit la kot mana pak cik bole terbit..aku letih dah ni jawab tipon..

Q : Kak, saya nak tanya..untuk pelajar lelaki kemeja tu mesti plain ye?

A : Asalkan kemeja lengan panjang..warna dan corak bebas..

Q : Tapi mak cik saya cakap mesti warna plain..

A : Mak cik adik tu pengarah kolej mana (haha ada bran nak jawab cenggitu?)

Q : Kak, dekat kolej ada telefon awam tak.. saya x dak handphone la kak..

A : Tak pe adik..nnt ambik no hp felo bagi kat parents yea (sedih lak).

Q : Cik, saya x confident la nak hantar anak saya masuk matrik..katanya matrik ni susah..

A : Sebentar ya, saya sambung talian tuan ke kaunselor..

dlm hatiku : mcm mana dia tau matrik tu susah..best ooo masuk matrik..dapat elaun..

Q : Cik, apa medium language di matrik ya?

A : Untuk subjek utama semua dalam Bahas Inggeris..

Q : Ok, so semua lecturers matrik boleh cakap english la yea

A : Ye la kot (sok saya p tnya para lecturers n ek)

udah la takat tu..rasa loya nak muntah dah ni..banyak ari lagi ni nak jawab tipon tu..

3 comments:

  1. Ada brann jawap cam gitu...satgi ext 001 call 0....ekekeke....pastu soh dia buat urusan kt kaunter erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu jawapan dalam hati jer..senyum tak perlu kata apa2

      Delete
  2. Pss...smpai dlm jam 3 lebih...ngam ngam lew utk taklimat jam tiga...

    ReplyDelete