Tuesday, April 24, 2012

KIK = Kumpulan Inovatif Kreatif

Nama kumpulan saya adalah My Admin V2, kumpulan batch ke-2 daripada unit pentadbiran. Tajuk perbincangan kumpulan kami adalah e-Stok. Satu sistem yang dapat memudahkan urusan pengiraan stok, menyenangkan semakan. Namun apakan daya, projek tak kesampaian, lantaran kesibukan tahap maksima kesemua ahli. Akhirnya semua ahli bersetuju untuk menarik diri.

Tapi pada hari ini...tiba2 dalam pukul 4 ptg, saya menerima panggilan daripada Ust Azman iaitu Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas meminta saya ke pejabat beliau. Melangkahlah kaki saya dengan sedikit kerisauan. Alahai apa la yang tak kena, first time kena panggil mengadap. Bila saya masuk Shuhaimi dah ada kat dalam bilik Ustaz. Soalan pertama Ustaz pada saya, boleh tak pinjamkan suara jap? So, saya ingat nak kena jadi emcee, fine..ok..Rupa2nya saya diminta untuk replace tempat Shuhaimi sebagai wakil pembentang daripada Unit Asrama di Mini Konvensyen KIK pada 8 Mei ini berikutan beliau akan berada di KL untuk Bengkel Kemasukan Data.

Ya Allah, alhamdulillah Allah membuka peluang ini pada saya. Selama ini angan2 saya untuk membawa kumpualan My Admin V2 bagi mewakili negeri Pulau Pinang. Saya sangat bersyukur. Alhamdulillah di pagi hari tadi saya mendapat satu kejutan (esok saya tulis mengenai  kejutan ni) dan di sebelah petang saya mendapat tawaran yang sangat saya nantikan.

Jadi, saya adalah lebih kurang 13 hari lagi untuk mendalami, menghayati projek ini. Doakan saya berjaya. Doakan dengan penyertaan kali ini dapat memberi pengalaman yang tidak ternilai pada saya dan doakan bakat saya semakin terasah.

No comments:

Post a Comment