Thursday, May 31, 2012

Tambahan Kekacang

Dapatkan kacang goreng masin di DC Stop Centre mulai hari ini...yeeeehaaaaaa.

 

Tuesday, May 29, 2012

Surat Cinta

Saya adalah seorang Pegawai Khidmat Pelanggan aka petugas kaunter hadapan aka penyambut tetamu aka telefonis aka Detective Conan aka owner of the DC Stop Centre. So, mana mungkin saya meninggalkan ruang kerja saya untuk ke mana2 program kolej. Tapi tiba2 saya kena jawab surat ni...

Monday, May 28, 2012

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 2012/2013

Pemandangan di Dataran Pelajar seawal jam 6.50 pagi. Baru 2 booth yang dibuka.

Dah ada waris yang menunggu di khemah, awalnya depa sampai. Alhamdulillah cuaca ok.


Gerai yang berada di hadapan, gerai yang paling awal buka, gerai yang nampak jual barang2 yang wajib ada pada semua pelajar baru KMPP. Suka tengok gerai ni. Fast action, fast results.

7.30 pagi saya masuk ke kaunter saya, orang lain akan berpanasan di luar saya bersejukkan di dalam air cond tapi dah tahu bakal panas ja telinga ni. Dan macam sedih la jugak...alone again kat kaunter.

Tapi tahun ni best, ada orang teman kat kaunter sampai koi 1 ptg. Best giler..ngeeee..Mekasih bebanyak kak sha..sayang akak banyak-banyak.




Sunday, May 27, 2012

Detective Conan Baru Balik Menyiasat

Lepas maghrib tadi keluar round Kepala Batas. Dari rumah saya guna jalan Kubang Menerong sampai nak ke highway Bertam. Ok, start dari situ dah nampak signboard Pendaftaran Pelajar Baru. Saya terus ikut saja signboard tu. Kira berapa traffic light yang perlu dilalui. Alert dengan bangunan2 penting di sepanjang jalan dari highway Bertam ke kolej. Saya seolah2 tengah menyiapkan diri macam nak exam esok dan soalannya pun saya dah tahu. Puan, macam mana saya nak ke kolej, pendaftaran anak saya pagi ni?

Keluar highway Bertam, traffic light (org Terengganu panggil stop light) pertama belok kanan. Traffic light kedua terus. Traffic light ketiga terus. Pejabat pos sebelah kiri. Traffic light keempat belok kiri. Ada Kompleks Dato Kailan dan Hotel Seri Malaysia. Terus sampai traffic light kelima terus lagi. Traffic light keenam belok kiri. 200 meter jumpa kolej.

Pasti akan ada panggilan "KMPP ni dok dalam hutan yea, ada banyak kebun sayur ni"..haha, tu depa dah masuk jalan short cut kot ACMS...hehe dalam hutan ye bang..Jaga2 ada banyak rimau dalam tu...aung pun ada..

Saturday, May 26, 2012

Sepagi di Pantai Miami Batu Feringgi

Selalu mandi garam, kali ni nak berendam dalam air garam. Masa untuk menambah energy. Ingat pesan mentor "lagi tinggi energy kita, lagi tinggi lonjakan ke arah kejayaan". Tapi ombaknya kuat...ngeee..ibu cakap dok tepi ni aje.


Thanks ibu temankan saya sepagi hari ni, melayan karenah saya..hehe...

 Just bermain di gigi air...ngeeee..
 Teringat tahun 2007 bercuti di Pulau Kapas, cantik sungguh pantai dan laut belah sana.
Teringin nak ke Pulau Perhentian.

Wednesday, May 23, 2012

Cerita Kat Pejabat

Sedikit coretan di pejabat hari ni : macam mana la lecturer nak mengajar bebudak baru nnt bila mana saya dapat soalan yg sangat2 mencabar di sepanjang 3 minggu ni. Dan soalan yang paling hebat pagi tadi bila si ibu menelefon bg pihak anak terunanya bertanyakan "puan, kalau waktu kuliah dia kena pakai kemeja lengan panjang, bole lipat tak lengan baju dia"..ya Allah....
Antara soalan2 yg berada di ranking top 10 (soklan yg kerap ditanya)
1) Dalam bilik ada air cond tak?
2) Student bole bawak transport sendiri tak? Saya nak belikan keta untuk anak saya.
3) Toilet ada dalam setiap bilik?
4) Kalau budak perempuan pun wajib jugak pakai baju t-shirt berkolar?
5) Tudung wajib pakai keeerrrr?
Nampak tak kat situ? Semua soalan pasal keselesaan diri. Sedikit ja yg sibuk nak tanya pasal apa modul yang ditawarkan, lps matrik nnt nak ke mana, sistem pembelajaran di sini. Sedih rasanya....

Tuesday, May 22, 2012

Ahlan Wa Sahalan Rejab

Selamat berpuasa pada hari ini. Semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.


Doa saya di pagi hari ini :

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagai...mana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu". Amin

Monday, May 21, 2012

It's Monday Again

So, apa masalahnya?




Haha..but thats not me. Teruja dan tak sabar nak ke pejabat esok. Nak tau sebabnya?, cer tanya orang sebelah.
                                    1) Kafe tak beroperasi lagi, koperasi tak sure.
                                    2) Pejabat akan diserbu esok (untuk check kew 8 DG44 ke DG48)
                                    Maknanya esok insyaAllah DC Stop Centre akan diserbu...yeeehaaa.

Dan esok saya akan dapat tgk wajah2 yang hampir 3 minggu tak tengok, wajah2 yang saya rindu tu..Dan ada seorang yang sangat2 saya rindu. Tak sabar tunggu esok.

Saturday, May 19, 2012

DC Stop Centre

Hari Isnin (21 Mei 2012), lecturer KMPP akan mula bertugas. Pendaftaran pelajar baru pada 28 Mei 2012. Kafeteria hanya akan mula beroperasi pada 28 hb. So, saya dapat rasakan kesukaran untuk staf kolej mencari jajan ataupun apa2 yg boleh dikunyah. Masa cuti 3 minggu yg lepas pun ramai lecturer yg datang buat keja kat pejabat dan ramai jugak dok mai tanya saya ada stok makanan apa.

Maka saya rasa perlu saya mengambil satu insiatif untuk memudahkan staf kolej tak perlu keluar untuk mencari jajan @ makanan ringan. Kaaaannnnn...maka pagi tadi ke opis lah saya menyiapkan DC Stop Centre yang akan mula beroperasi secara rasminya pada hari senayan depan.
Just datang buka penutup kotak, pilih mana yg berkenan di hati n di tekak, kalau banyak beg plastik ada disediakan. Kalau bawa duit cukup2 just masuk ja dlm tin duit tu, kalau ada baki kena bayar kat saya lah yea..kalau nak suruh saya keep the change just masukkan dalam tin jugak..hehe

Rasa nak upload tak dalam FB? Risau pulak sbb prnh ada org komen..."opsss, bisnes during office hours".

Thursday, May 17, 2012

First time nak keta Peugeot

Di pejabat tadi lebih kurang pukul 11 pagi...tetiba kak ani muncuk kat kaunter tnya kunci bilik dia. Alamak Pn Hazami dah ambik la. Ahakss..rupanya kak ani dah let go iswara dia..Dia datang dengan lenggang lenggoknya bersama Peugeot merah. Mengancam wooooo..lagi best bila kak ani bawak saya n erfa round kolej. Aduh, sedap rasanya...sporty giler.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Ucapan ini ditujukan khas buat insan2 yg hadir untuk menerangi hidupku :

Seumur hidup : ayah & ibu (my late father was a teacher n ibu suri rumah pintu sepenuh masa), kak fizah (my third sister).

Zaman pra school : tak ingat dah nama cikgu2, just arwah tok su haluih (guru mengaji Quran).

Zaman sklh rendah : Cikgu Zainudin, Cikgu Lamzi, Sir Dz, Ust Mohamad, Ustzh Fairuz dan yg tak ingat nama dah.

Zaman sklh menengah : Ust Suhaimi, Ust Rijaluddin, Sir Ahmad Humaidi, Pn Wan Faezah, Ustzh Salha, Ustzh Faizah, Teacher Syikin, Ustzh siti Aisyah, En Mazlan, Ummi Noor Pah, Pn Faridah, En Nazri dan ramai lagi lah.

Masa kini : mestilah mentor no 1 Malaysia Dr Azizan Osman, mereka2 yg memperkenalkan saya pada dunia MLM (walaupun hancur semuanya tapi alhamdulillah banyak pengalaman dan skill yg dapat), abg hamid (my bro in law), khairul (tokey labu sayung), kak harlina, en nazri, kak noor habsah, sabina, k.sham, k.azah, hanisha, kak sha, erfa, fiona tahir, kak nadia hana gold, en zaidi (ketua crew), azwani (adik DAO) dan ramai lagi lah.

Selamat Hari Guru untuk kalian semua, Allah sahaja mampu membalas jasa2 kalian pada saya.


Tuesday, May 15, 2012

Kelas Gubahan

Terkini, saya wajib mencari kelas gubahan untuk memastikan kerastangan saya menjadi kraftangan. Bukan kelas gubahan lagu tapi kelas gubahan hantaran, hamper, door gift dan yang sewaktu dengannya. Jap lagi bole survey telefon yang dekat2 dulu la, giat mara n kolej komuniti. Tiba2 rasa teruja pulak nak pi kelas2 macam ni..Haha 'unsangkarable'.

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Pada saya setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari saya bersama ibu. Setiap hujung minggu juga bersama ibu. Amacam ko ader? Ayat favourite DAO. Pagi tadi buat cucoq jagung, breakfast dgn ibu. pastu p Klinik Dr Razak, yearly check up mata ibu. Everything was good. Tengah hari kami lunch di Bawal Goreng Sg Petani. Pastu balik relax jap kat umah. Dan sekarang nak keluar jap ke Seberang Jaya. Jalan2 cuci mata...I love u so much ibu.


Friday, May 11, 2012

Kelantan 05-07 mei 2012 - Hari Ketiga (Hari Terakhir)

7.30  pg : Keluar dgn ibu, jalan kaki ke Pasar Siti Khadijah. Tak jauh pun, dalam 2 blok bangunan. Dalam 10 minit sampai la. Ruang bawah sj yg baru buka. Banyak kuih, 4 ketul singgit. Ibu macam biasa bengkang aje kegemarannya. Saya tak beli apa pun, tadi minum secawan kopi dah kat bilik. Jalan2 area bawah, dalam pukul 8.15 baru naik tingkat satu. Ibu borong kepuk.

Just kepuk lekor je tak beli coz nampak sangat2 tidak menarik. Pastu naik tingkat atas, beli lagi kain...Adoi, tak paham betoi ngan kaum Hawa ni.

9.30 pg : Balik bilik, susun barang dalam keta (bonet penuh dan padat). Mandi dan siap nak balik Penang.

10.00 pg : Bertolak balik...bye bye Kelantan, will come again.

Straight, tak singgah mana pun.

11.30 ptg : Berhenti jap rNr Titiwangsa, nampak kak sha tp x sempat tegur.

3.30 ptg : Sampai Seberang Jaya.

Letih rasanya badan sebagai penumpang..hehe

Wednesday, May 9, 2012

Kelantan 05-07 Mei 2012- Hari Kedua

8.15 pg : Keluar cari sarapan. Jalan kat sini tak sesak pun..rasa macam kepala batas lagi sesak. Hairan, orang2 kat sini p keja macam mana yea?

8.45 pg : Ke Rantau Panjang...shopping lagi.
Ibu banyak beli benda ni..next rime mmg kena mai naik van. Kain baju kat sini tak best sangat, tak macam kat pasar siti khadijah. Harga barangan kat sini pun lebih kurang macam kat Penang. Contoh : toto narita RM38, kat png pun sama. Tapi tetap jalan kesemua kedai..sampai pukul 1 dok kat sini.

Nampak tak muka keletihan kami? Letih tapi senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah ibu happy sangat.

1.20 ptg : Berhenti solat kat sini....

Amacam tempat ni? Haha..ni adalah Masjid Beijing, lebih kurang 10 minit perjalanan dari Rantau Panjang. Masjid baru yang sangat cantik.

3.00 ptg : Sampai balik  ke KB, cari kedai makan yang menepati selera tekak kami.
Udang yang fresh dan sempoi..kami lunch kat sini
Kalau ke Kelantan dan anda menghadapi situasi tekak tidak dapat menerima masakan negeri Kelantan, saya cadangkan sinilah tempatnya. Sarapan pagi tadi kami pun di sini. Itu pun dalam keadaan dah nak ke McD.

5.30 ptg : Sampai di bilik, bertapalah dalam bilik tu sebab hujan rahmat turun dengan selebat-lebatnya. Sampailah ke malam hari. Berakhirlah hari kedua percutian kami.

Tuesday, May 8, 2012

Kelantan 05-07 Mei 2012- Hari Pertama

8.40 pg : Bertolak dari Sbrg Jaya, abg chak balik keja malam. So, kak sue drive. Saya ngan ibu relax jer kat blkg..cuaca redup. Sampai la ke kawasan Hutan Hujan Belum dan Banding. Pemandangan memang cantik giler. Cuaca sejuk ala2 Cameron Highland.

11.30 pg : Berhenti di RnR Titiwangsa. Mentari memancar tapi angin mmg sejuk. Best saja perjalanan. Makan jap (bangun awal goreng keow teow n maggi).

12.30 tgh hari : Sampai sempadan Tanah Merah.

2.15 ptg : Jama' taqdim di Masjid Muhammadiah. Hairan tengok banyak sungguh bas persiaran. Ooo, rupanya Dato' Seri Najib turun Kelantan hari sebelumnya. Maka berbas-bas lah rombongan Che Kiah.

3.30 ptg : Hehe, tak rasa letih, tak check in lagi terus p tempat ni.
 5.30 ptg : Check in kat sini selama 2 malam.
8.00 mlm : Makan malam. Bab makan ada sedikit situasi, tekakku tak dapat terima. Huhu, nak gulai jugak. Just makan nasi lemak, abang chak n ibu makan roti n kak sue makan nasi kerabu suku pinggan.

8.40 mlm : Tempat yang wajib dikunjungi dan boleh pergi di malam hari saja. Siang tak dak apa pun kat situ.
Dan memang best sangat, lautan manusia sampaikan saya dan ibu tersesat mencari jalan keluar. Pukul 10.30 baru kami dapat keluar daripada kesesakan ini. Badan memang letih sangat tapi...haha sendiri sambung la. Shopping tak ingat dunia.

Part 2 untuk hari kedua di Kelantan, malam esok pulak yea.

Monday, May 7, 2012

Mini Konvensyen KIK 2012

Saya baru balik dari Kelantan. 3 hari 2 malam di sana, ada banyak benda nak cerita tapi malam esok lah ye. malam ni kena prepare untuk mini konvensyen KIK. esok lah yea.


Doakan kejayaan Gegas KMPP.

Friday, May 4, 2012

Pengalaman Menulis Skrip

Saya baru menyiapkan skrip pembentangan KIK. esok saya akan bentang di hadapan pengurusan tertinggi kolej. Mini Konvensyen pada 8 Mei ini. Banyak nak kongsi, tapi saya agak keletihan mengadap skrin ni dan saya perlu iron baju untuk esok. So, layan gambar je la.




Tapi ni gambar untuk projek My Admin V2 yang telah berkubur. Betapa bersemangat saya nak bawa kumpulan saya sendiri. Tapi alhamdulillah Allah bagi saya peluang jua akhirnya walaupun bukan dengan kumpulan saya sendiri. Saya dipinjamkan seketika menjadi pembentang untuk kumpulan Gegas KMPP (unit asrama). InsyaAllah I Do The Best.

Wednesday, May 2, 2012

KMPP dapat something ari ni

Hari ini benda alah ni dipasang di setiap wing dan unit2 yang lain macam pentadbiran, asrama, perpustakaan dan makmal pun dapat. nak ucap terima kasih kat siapa ye?

Tuesday, May 1, 2012

01 Mei Hari Pekerja

Tapi saya tahu ada yang terpaksa bekerja..polis, dj, doktor, nurse, bombaman, taxi driver, lecturer KMPP (yang tengah marking tu), dan ramai lagi la termasuklah suri rumah tangga dan pintu. Saya cuti hari ini, x dak sbrg plan. Just mengemas rumah, ibu dipinjamkan kepada jiran sebelah. Tetttt, jemputan drpd anak jiran sblh umah (haha my kazen je pun) untuk share cara nak masak upor.