Saturday, June 30, 2012

Durian

Raja segala buah..macam dah tak dak musim, sepanjang tahun ada. Nampak best ja tepi jalan. Dah la ada pulut susu kat rumah, nak beli. tapi, ibu baru baik demam. Pastu dah nak pi holiday. Nanti la next week. Nyum nyum.
 

Friday, June 29, 2012

Siwak

Salam keberkatan dan rahmat pagi Jumaat yang barakah. Pagi Jumaat ni nak cerita pasal salah satu sunnah nabi yang semakin dilupakan. Bersiwak @ bersugi. Dah lama saya mengenali kayu sugi ni, tapi sekadar di pandang je la. Sehingga satu hari saya mengadu kepada kawan saya yang gigi saya sgt sensitif, dah tak tau nak pakai berus gigi macam mana.

Rupanya bersiwak ni bukan sahaja menguatkan gigi, tapi fadilat yang paling best adalah melancarkan tutur kata kita, melembutkan lidah. Mula2 saya pakai malam dan tengah hari sahaja sbb pagi saya masih perlukan ubat gigi (bau pudina). 2 bulan selepas tu mmg tinggal terus berus gigi. Dan sekarang ni dah hampir 4 tahun saya menggunakannya. Memang puas hati.
 

Wednesday, June 27, 2012

Diri sendiri Penentu Arah Tuju

Takdir, qada dan qadar. Menyesali nasib? memarahi takdir? Ingat firman Allah "Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.

 Kita yang pilih sendiri..kaaannnn 

Sunday, June 24, 2012

Thursday, June 21, 2012

Selamat datang Syaaban

Lagi 29 hari untuk menyiapkan diri menyambut Ramadhan al Mubarak. Selamat beramal dan jangan lupa menambah nilai pada kehidupan orang lain.

Tuesday, June 19, 2012

Vios TRD Sportivo

Lepas maghrib tadi mai angin mengemas dapoq. Settle semua, so rasa macam nak beradu awal sikit. Sebelum tu jangan lupa mind creates reality. Dan teknik visualize adalah antara yang terbaik. Alpha saya mesti memilikinya.



Selamat malam semua dan semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

Friday, June 15, 2012

Monday, June 11, 2012

Good Bye Screamyx..Welcome Beruk Band

Hari ni dapat Celcom Broadband. Esok p terminate streamyx. Saya dah mulakan sesuatu dan saya akan lakukan sehingga selesai. Orang yang hebat adalah orang yang memulakan sesuatu dan melakukannya sehingga habis. Fokus!!!

Saturday, June 9, 2012

Asalnya Hari 5S bilik jer

Asalnya nak cuci kipas siling and sapu serawang jer. Pastu nak ke seberang Jaya cari nombor celcom. Tiba2 nekad nak tukar warna bilik. Sebenarnya mata dah berpinau2 tengok kaler ijau menjerit ni. Tu la dulu tak nak dengar cakap ibu. Kaaannnn

 Warna bilik saya..amacam? 


Sesi mengecat telah bermula.

 Taraaaa...hasilnya. 2 sides saya biar warna ijau tu. 2 sides lagi saya cat warna snow white. Tetiba rasa bilik saya besaaarrrr. Dan warna putih ni benar2 menyedapkan mata saya.Hehe, maka seharian lah saya mengecat dan mengemas bilik hari ni. Habis tu, nombor tak cari lagi..adoi bila nak siap business card macam ni? 
 

Friday, June 8, 2012

Vanilla Coklat

Tengah hari tadi lunch kat Restoren Nelayan Hujung Batu, Bagan. Pastu ke Tesco Extra. Jalan2 cuci mata, masuk kedai RM5. Jumpa la benda alah ini.



Beli 2, satu letak kat pejabat, satu dalam bilik. Kat pejabat letak tepi CPU. Kurang sikit baunya, mungkin sebab ruang tu besar. Balik rumah letak dalam bilik. Pas maghrib tadi keluar ngan Nisha, sampai rumah tadi dalam pukul 9.30. Buka ja pintu bilik...adoi sedapnya bau..vanilla coklat..tetiba rasa lapar balik. Betul la bau ni bisa melaparkan diriku balik. What say u Hanisha?

Thursday, June 7, 2012

Samsung Galaxy Note

Hampir setiap malam hingga ke subuh hujan. Kadang2 lebat sangat2..saya suka. Waktu hujan lebat adalah di antara waktu yang terbaik untuk berdoa dan alpha. Terkini saya alpha untuk memiliki...sebelum 29 Jun 2012. Saya berusaha lebih gigih untuk memilikinya.

 

Tuesday, June 5, 2012

Appreciate 2

Something from someone that make me smile on Monday morning.

Suka kain ia, lembut dan menjadikan bentuk muka tidak membulat. Sesuai dengan my jeans n t shirt. And I like polka dot dot dot. Kaler pun cantik. Its really really sweet. Thanks again kak Sha. Dada pun dapat, corak yg sama just different colour.

Monday, June 4, 2012

+ve


Saya memulakan hari Isnin dengan energy yang sangat luar biasa. Saya merindui hari Isnin, kerana ia mengingatkan saya pada satu kenangan indah yang berlaku pada hari Isnin minggu lepas. Dan kenangan itu akan terabadi selamanya dalam ingatan. Satu situasi yang benar2 menaikkan energy dan semangat saya. Saya hidup luar biasa.

Saturday, June 2, 2012

Men'cara' Kuih Cara

Request dari Ameer Mujahid (anak kakak) nak makan kuih cara. 


Ni gambar atas dapoq lagi...tengok acuannya, tutun-temurun beb.

 Dah siap boleh makan, dap dap nyer