Thursday, July 26, 2012

Kuching Part 4

My last entry pasal percutian bershopping ke Kuching ni. Kalau ke Kuching pada hari Sabtu atau Ahad pastikan anda ke Pasar Sarikin ni. Memang berjela2 kilometernya..dan berjela2 nak berjalan. Kami sampai pagi ahad pukul 9 pagi di airport Kuching. Pukul 10 kami bertolak ke Pasar Sarikin. Pukul 3 ptg baru bertolak balik ke rumah. Hehe...shopping sakan.
 

Tuesday, July 24, 2012

Kuching Part 3

Nak tau tak apa yang best kat Kuching ni. Tiga benda yang orang selalu order dari Kuching ni iaitu tikar serawak, kek lapis dan ikan terubuk masin. Kami beli 2 tikar, berpuluh2 ikan dan kek..Hurm jadi la luggage time balik seberat 80kg. masa mai ritu 6 kg ja. Gila kan kalau biaq org perempuan ni shopping?

Sunday, July 22, 2012

Kuching Part 2

Satu benda yang saya paling suka percutian bershopping ni adalah menyusuri Sungai Sarawak. Teringat masa arwah tok ada dulu. Dulu tok duduk kat Kota Kuala Muda. Sebelum adanya Jambatan Merdeka hanya sungai dan sampan penyambung perhubungan antara Kota Kuala Muda dengan Seberang Perai. Sampai wujudnya Jambatan Merdeka tu pun saya masih nak naik sampan tu jugak. Best wooo.

Friday, July 20, 2012

Thursday, July 19, 2012

Kuching Part 1

Layan gambar la..nak taip apa ntah. Sebenarnya saya mengharapkan percutian yang betul2 bercuti. Tapi ni percutian bershopping. It happen twice already. Dulu masa p Kelantan. Next time nak bawa ibu, berdua ja p bercuti kat pulau..bukan Pulau Pinang yea. Maybe Perhentian Island. InsyaAllah target bulan 4 tahun depan.
 Syok tengok susunannya. Semua kedai sama. Saya suka tengok jer...beli tak pun..hehe.
 

Sunday, July 15, 2012

I- City Shah Alam

Seriously nak p lagi tempat ni. Mmg tak puas jalan hari tu plus dah letih giler seharian driving and cuci mata kat Jalan TAR. Suasana yang penuh bergemerlapan dengan cahaya2 yang sangat2 cantik. Next time saya nak pergi petang..lepak sampai tgh malam. Fuhh, best giler. tak caye tengok gambo2 ni.
Terpaksa balik awal memandangknan keesokkan harinya kami akan bertolak ke Kuching dan flight dr LCCT pukul 7.10 pagi. Nanti saya story mory my trip to Kuching yea.

Saturday, July 14, 2012

Air Mata

Dahulu saya rasa setitis air mata bermakna saya tewas, gagal..kekecewaan yang teramat. Tapi kini saya faham erti sebenar setitis air mata. Sebenarnya, its ok untuk menangis kerana sesungguhnya tangisan itu mampu meredakan situasi ketegangan. Saya buat and yes I feel better and can smile after that. Alhmadulillah.
 

Thursday, July 12, 2012

Ibu


Lagi beberapa hari sahaja 24 jam bersama ibu. Minggu depan dah Ramadhan. Ibu berhijrah jap sebulan di Madrasah Ustaz Abdul Mutalib. Maka rutin tahun ini akan sama la seperti tahun lepas.

Wednesday, July 11, 2012

Minggu ISO

Kekalutan dan kekejaran masa..haha. Dr Azizan cakap macam mana nak urus masa? Beb, masa semua manusia sama. Bukan urus masa deeee...kita yang kena urus diri supaya sentiasa menepati masa.

Minggu ni suasana mendebarkan di KMPP. Hari ni hari pertama audit pensijilan semula MS ISO. Alhamdulillah admin done and so far semua under control. Masih ada 2 hari lagi. All the best, dan insyaAllah KMPP akan dapat mengekalkan sijil MS ISO pada tahun ini. Chaiyok KMPP and KMPPian.

Monday, July 9, 2012

Sesaje 1

Brain test lelaki or perempuan.


Brain Test..Anda lelaki atau wanita??

Korang laki ka pompuan..this is the fact!!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,
diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..

dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....
Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri .
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS






dah selesai? Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!







OK? berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian
memiliki otak PEREMPUAN Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."

Friday, July 6, 2012

1995

6 Tanjung tahun 1995. Umur saya 12 tahun, cer cari saya yang mana satu.

Monday, July 2, 2012

Renovation Time

Pagi Isnin yang mulia, dah nak setengah Syaaban. Jom, ramai2 renovate hati. Persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan.