Friday, December 8, 2017

Steamboat Marvellous Di Thailand

5 bintang..memang tiptop..memang sempoi. Price 299 baht per head (lebih kurang RM35). Pastu melantak la sampai muncit penyut.

Lokasi (ikut border Padang Besar) dalam 5 minit ja drive dr border. Nak cerita macam mana tak tau..tp mmg best and sempoi gila..x caya..meh layannn gambaq. Gambaq cilok drpd ultraman wil (one of my best travel buddies).



























Merecik ayaq lioq baq ang...

Sunday, December 3, 2017

Sweet Relay KMPP




Saya, izzati, juzlie, erfa, kak norli dan kak fadzni. First time masuk lari pas baton ni. Dulu masa kat sekolah tak pernah (saya tak aktif sukan). Bole la number 6 drpd 9. Hohohohoho..

Lepas ni boleh berjinak-jinak dengan program run.

Thursday, November 30, 2017

Pengangkutan Awam Trip Medan

Perancangan asal kami nak naik bas saja dari Medan ke Parapat tapi last minute tukar plan sebab nak elak macet (jem) di Bandar Medan dan nak sampai awal di Parapat utk catch feri. Maka keluar saja dari Lapangan Terbang Kuala Namu terus ke kanan. Akan nampak stesen bas dan charted taxi. Ada dua pilihan sama ada Paradep atau Nice Trans. Kami pilih Nice Trans dengan bayaran IDR 80k per head (tapi akhirnya kena pau lagi IDR 20k..hohohoho).

Plan asal naik Bas Damri (epot - medan city) then naik Bas Sejahtera (medan city - parapat).

Sampai Parapat, naik feri ke Samosir. Dan untuk ronda Samosir kami pilih speda (scooter).

Kalau solo traveller @ berdua ini la yang jimat..rempitttttt.


 Hari ketiga dari Parapat ke Kabanjahe City. Kami naik bas.Besttttt..pengalaman baru.


Di Kabanjahe dan Berastagi kami merempit lagi. Dan untuk ke Gunung sibayak kami naik angkot dan van KAMA.

Van ni mmg sentiasa standby kat Pekan Berastagi. Ada ja kat roundabout tu.

Ok..ini last..
Dari Kabanjahe City balik ke Airport Medan, kami naik bas ni IDR 40k per head. Air cond siap bagi bantal sorang satu. Nasib tak bagi selimut. Bas berhenti betul-betul depan lobi perlepasan. Memang senang dan puas hati.


Saturday, November 25, 2017

Menawan Gunung Sibayak

14 November 2017 = gunung pertama yang didaki di luar negara. Gunung berapi yang masih aktif meletus kali terakhir pada 1881. Sekali lagi tahun 2009 meletus kecil membentuk kolam sulfur.

Sebenarnya hari kami tiba di Kabanjahe City, berlaku erupsi di Sibayak. Debu meliputi bandar tersebut. Ingatkan erupsi dari Sinabung, rupanya dari Sibayak. Gunung yang bakal didaki malam harinya. Hohohoho.

Ada 5 gunung sekitar Berastagi iaitu Sibayak, Sinabung, Sibuatan, Singgalang dan Si Piso Piso. Dua gunung (sinabung & sibayak) masih aktif. Suhu semasa pendakian sekitar 16°. Ditambah dengan angin. Kami mula mendaki jam 11 malam. Berhenti di kaki Sibayak dan rehat. Terus mendaki jam 6 pagi. Menggigil melawan dingin pagi.

2212 meter dari paras laut.

Bertahan dengan unggun api. Tidur2 ayam ja malam tu.

Awas, kalau anda gayat. Treknya mmg lereng bukit.

Kolam sulfur yang terbentuk selepas letusan pada tahun 2009. 

Jenuh jugak sebab naik slps hujan, trek lincin..

Sejam setengah..view superbbbb

Nun di hujung kelihatan Gunung Sinabung..insyaAllah one day..

Charted van yg bawa kami dari Berastagi ke enterance Sibayak. Nak jalan kaki dr Berastagi pun boleh (dalam 1 1/2 jam).

Wednesday, November 22, 2017

Hari Kedua Di Pulau Samosir

Kami sewa speda (scooter) untuk ronda Samosir. Range harga speda di sini idr 60k - 100k. Pandai-pandailah cari dan nego. Keluar dari hotel seawal jam 7 pagi. Terus ke Menara Tele. Hampir 2 jam perjalanan plus berhenti berswafoto. View mmg best, jalan mudah sebab banyak signboard tapiiii hati-hati sebab jalannya x la comel sangat dan kenderaan sana mmg laju..berdesupppppp

Dan jangan lupa bawa wind breaker dan glove, sejuk baq ang. Dah puas selfie terus ke Efrata Waterfall. Konon bawak baju mandi..hohohoho..nak beku? sejukkk weii.. Tukaq plan, nnt mandi kat hot spring.

Settle bergambar and rest jap (sakit pungkoq naik moto lama2) terus ke hot spring. Jam 2 ptg sampai hot spring. Nak meninggal tgh2 hari panas nak mandi ayaq panas. So, termenung la kami tgk kolam2 ayaq panas sambil berselfie dan melepas hajat.

Sambung merempit, badan pun dah letih..makan pun ala kadar roti & megi ja. Sangat sukar mendapatkan makanan halal di Samosir ya. Kami berhenti melepak di Pantai Barbaba. Melepak sampai lena..lega baq ang dapat perbetui urat. Dalam jam 5 ptg merempit balik hotel sambil cari kedai makan muslim. Dapat gak la sepinggan nasik dgn ayam guring..nyum nyum nyum.

View from Menara Tele

Kombinasi bukit, tasik dan air terjun yang mmg menenangkan.

Efrata Waterfall

Hot Spring

Last pit stop dan lena seround Pantai Parbaba.