Saturday, November 25, 2017

Menawan Gunung Sibayak

14 November 2017 = gunung pertama yang didaki di luar negara. Gunung berapi yang masih aktif meletus kali terakhir pada 1881. Sekali lagi tahun 2009 meletus kecil membentuk kolam sulfur.

Sebenarnya hari kami tiba di Kabanjahe City, berlaku erupsi di Sibayak. Debu meliputi bandar tersebut. Ingatkan erupsi dari Sinabung, rupanya dari Sibayak. Gunung yang bakal didaki malam harinya. Hohohoho.

Ada 5 gunung sekitar Berastagi iaitu Sibayak, Sinabung, Sibuatan, Singgalang dan Si Piso Piso. Dua gunung (sinabung & sibayak) masih aktif. Suhu semasa pendakian sekitar 16°. Ditambah dengan angin. Kami mula mendaki jam 11 malam. Berhenti di kaki Sibayak dan rehat. Terus mendaki jam 6 pagi. Menggigil melawan dingin pagi.

2212 meter dari paras laut.

Bertahan dengan unggun api. Tidur2 ayam ja malam tu.

Awas, kalau anda gayat. Treknya mmg lereng bukit.

Kolam sulfur yang terbentuk selepas letusan pada tahun 2009. 

Jenuh jugak sebab naik slps hujan, trek lincin..

Sejam setengah..view superbbbb

Nun di hujung kelihatan Gunung Sinabung..insyaAllah one day..

Charted van yg bawa kami dari Berastagi ke enterance Sibayak. Nak jalan kaki dr Berastagi pun boleh (dalam 1 1/2 jam).

No comments:

Post a Comment