Monday, July 25, 2011

rumah bagaikan hospital

Hehe..rumah saya ni dah jadi hospital..Check out sorg pesakit, masuk lagi 3 pesakit. Jenis penyakit sama lak tu..demam campak. tapi situasi agak kritikal kali ni sebab melibatkan si kecil 5 tahun..Kesian tengok nangis saja..Sabarlah anak2..sakit menginsafkan kita, selama ni asyik berlari2, terjerit2..akhirnya diam seketika. Mujur bukan diam salamnya, sebab tulah sakit ni sebagai tanda peringatan.

Saya jugak mendapat pengalam baru. baru mengenali rupa daun mambu (daun alternatif untuk mengurangkan campak). Dan yang menariknya saya dah pandai menggiling daun..hebat bukan? Lepas ni x perlu susahkan ibu giling daun mertajam (hilangkan jerawat dan parut). Hari2 saya boleh buat sendiri.

Dan hari ni jugak saya dapat minum 2 bijik ayaq nyok yang memang sedap giler. Untung ada pesakit campak dalam rumah, kita pun tempias sama..sedapppp.

Saya doakan anak2 cepat sembuh, kesian jugak kat kak. Minggu ni ja ibu ada nak jaga, minggu depan ibu dah nak ke pondok. Dan saya? susah hati sebenarnya...

Wednesday, July 20, 2011

sah 'orang gomen'

Minggu lepas dah dapat surat pengesahan jawatan. Alhamdulillah, telah sah dalam perkhidmatan awam dan memilih opsyen pencen. Tarikh sah jawatan 7 Disember 2010. Tarikh dapat surat minggu lepas (12 Julai 2011). Erm, hampir setengah bulan menunggu surat ni..Hebat bukan prosedur dalam kerajaan ni.

Meniti usia setahun jagung saya dalam perkhidmatan awam tetiba saya terfikir apa yang telah saya sumbangkan? Adakah saya benar2 telah menjalankan taklifan @ amanah yang diberikan kepada saya. Saya bersyukur atas jawatan yang mewajibkan saya menepati masa dan tak sesuka hati mengulat.