Saturday, March 28, 2026

Aidilfitri 2026 : First Time Tak Raya Kat Penang

Alkisahnya Nain dah confirm fly ahad malam dan inah & kak irah both x dapat cuti raya. Maka ashu & umi pun decide ajom lah kita p raya kat KL. Dan alhamdulillah debaran tunggu pengumuman raya hari khamis malam..1 Syawal jatuh pada hari sabtu. Sempatlah nak rest.

Siap masak pagi Jumaat dalam pukul 10.30 pg tu kami bergerak ke KL. Alhamdulillah trafik lancar, sampai check in homestay..prepare for iftar..kami 9 orang. 

Pilih Masjid Menara 118 untuk solat sunat aidilfitri. Siap bawak bekai sebab plan lepas solat, ootd then nak bawak amin jenjalan naik tren.

Kami ke KLCC..tapi itulah manusia punyalah ramai..bersesak dalam tren, lastly ajoom lah balik homestay. Malam tu kami merayau ke lotus yg sebelah apartment ni je ha..jalan kaki ja p.

Hari kedua Syawal kami keluaq awai jugak, p ootd kat Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Siap pakej masuk tour muzium sekali. Dalam pukul 11 pg balik homestay, kemas barang, lunch..check out..terus ke rumah sewa kak irah & inah.

Lepak sana, dan lena seround. Dalam pukul 4 gitu kami gerak ke area Cyberjaya, singgah masjid Cyber, last Anuar packing beg, mandi dan salin pakai sut hitam. Dalam jam 6.30 ptg kami gerak ke KLIA 1. Selesai parking, masuk drop luggage, taklimat, dapat pasport & tiket..last jam 10.10 malam bye bye Nain..dan kami pun bergerak bye bye KLIA..till we meet again Nain next Syawal..InsyaAllah.. Semoga kamu sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..


Tuesday, March 24, 2026

Ramadan 2026 : Menu Berbuka

Alhamdulillah berjaya masak hampir setiap hari walaupun jenuh pikir menu. Dalam pukul 6.30 gitu baru masuk dapoq, pukul 7.05 siap masak, p mandi, salin baju boleh dah doa sikit-sikit..pastu berbuka. Ajooommm layan menu 30 hari Ramadan 2026.

Ramadan 1 : masak lemak udang

Ramadan 2 : rendang asam menung

Ramadan 3 : sambal tumis menung

Ramadan 4 : nasik goreng

Ramadan 5 : sambal tumis teloq

Ramadan 6 : gulai kerang

Ramadan 7 : tomyam ayam

Ramadan 8 : udang goreng kunyit & teloq dadar

Ramadan 9 : gulai ikan menung

Ramadan 10 : sayoq fucuk & dumpling ayam (beli)

Ramadan 11 : meggi goreng

Ramadan 12 : sambal tumis tokua & sayoq bunga kobis carrot

Ramadan 13 : masak lemak kerisi

Ramadan 14 : sup ayam & teloq dadar

Ramadan 15 : set nasik ganja (beli)

Ramadan 16 : iftar with nisa' @ kuala kedah

Ramadan 17 : nasik lemuni & sambal tumis udang

Ramadan 18 : berbuka di luaq, jadi pegawai pengiring program iftar MKN

Ramadan 19 : sotong goreng kunyit terlajak sos tiram

Ramadan 20 : masak lemak menung, dalam bekai sebab nak p iftar kat school kak aimy

Ramadan 21 : nasik goreng & tempe gorang

Ramadan 22 : kurma teloq & menung goreng

Ramadan 23 : rendang asam menung

Ramadan 24 : tomyam udang

Ramadan 25 : bihun goreng & kuih abuk-abuk

Ramadan 26 : sayoq fucuk & daging black pepper (beli di kafe b)

Ramadan 27 : ayam masak merah

Ramadan 28 : parpu teloq

Ramadan 29 : gulai ikan nyok2, sayoq sawi & teloq dadar (ada family kak fizah & abg mat)

Ramadan 30 : last harus la upor & sayoq brokoli carrot

Thursday, March 19, 2026

Mochi mochi Malaysia

Sejak reti buat kuih ni berapa kali dah asik repeat. Cuma nanti nak kena bagi pekat sket ayaq gula supaya manis sket intinya. Sedap doh kuih lama, kuih abuk-abuk ataupun ada yang panggil tepung gomak.

Wednesday, March 18, 2026

Journey Hajj : Panggilan Duyufurrahman

Rayuan kali kedua, cuma mencuba nasib merayu di bawah PJH. Jenuh pilih daripada 34 buah syarikat.

Hari pertama terus mohon.


Pilih Rayhar Travel & Tours

Hati berbunga2 masa dpt sms ni..rasa dekat sgt dah..

Pastu dapat pula dalam inbox thijari.

Kali ni KAH pun skip dua kelas ja. Top up pulak dengan kelas under Rayhar. Berhajat sgt dapat p utk tahun 2026. Namun apakan daya 1 Ramadan dapat info kuota dah penuh. Menunggu andai kata di saat akhir Kerajaan Saudi tambah lagi kuota rayuan sahaja.

Tapi mungkin aturanNya untuk bersama kak fizah tahun hadapan. InsyaAllah sambung buat rayuan hujung tahun ni utk tahun hadapan.

Friday, February 27, 2026

Membukit Sebelum Ramadan

Kenapa tak pilih Penang Hill? Sebab tujuan utamanya nak makan nasik kandaq deen mutiara, tapi rasa bersalah pada diri sendiri kalau semata-mata p Penang utk makan, maka keloi la kecik ajak p naik Bukit Kukus @ Bukit Jambul

Hasil tangkapan..set ayam goreng dan teloq sotong...plus sirap limau ais.

Jadi lah leha2 sambil membawang

Wednesday, February 25, 2026

Pembuka Tirai 2026 : UM & CH

Settle majlis di UM hari Khamis. Jumaat pagi lepas sarapan kami naik Cameron Highlands ikut Jalan Tapah. Nasib baik ashu yang drive, kalau tak layan pening gak la..hehehe. Sampai dah nak pukul 1, cari kedai nasik campoq area Tanah Rata, lunch dulu. Pastu nak check in belum pukul 3 lagi, lajak masuk MARDI dulu. Dalam pukul 4 baru check in, dengan hujan dan berkabusnya.

So, x dak la gambar Golden Hills dan pasar malam, sejuk dit dit plus berkabus teruk. Nasib baik esoknya hari Sabtu cuaca terang benderang..herlokkk. Kami keluaq awai dalam pukul 8 gitu terus ke Kampung Sedia. Misi mencari scone dan sik mak strawberi. Fuhhh KHM beratoq, sib baik tersorok ada. 

Akhirrrrnyaaa dapat gak rasa scone tersorok.

Sedap weiiii...halus, lembut, comey. Anuar kata cam makan sekut raya..hadoii al anak.

So so aja kat kafe ni..tapi tak sanggup nak beratoq kat KHM dah. Opah n abg pun x masuk senarai dah. Next time lah mai on weekdays demi sik mak strawberry KHM. Pas raya nanti lah ye

Saturday, February 21, 2026

Majlis Graduasi Rancangan Persedian Khas (Jepun) Kali Ke-43

 Semoga anak ini menjadi atomen yang soleh. 


2 tahun di UM, lagi 4 tahun di Jepun. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu. 

Friday, February 20, 2026

Penutup Tirai 2025 : Rock Village, Sik, Kedah

Anak-anak yang plan kali ni, ashu follow ja. Cuma tak sangka ada kek sedap...hehehe..Mekasih umi dan anak-anak. Rock Village ---> Lata Mengkuang ---> Rimba Cafe. Percutian hujung tahun 2 hari 1 malam. Alhamdulillah memang best.

Dinner ke laut gak la umi ngan ashu kena hadap makanan anak-anak jaman now.






Cantik tempatnya cuma tak dak anak sungai so hangit torey. Plan asal nak check out kui 12 tengah hari la, tapi masyaAllah hangat baq ang. Pukul 9.30 pg dah keloi powil mai ambik. Kak fizah and 6 kids mai dari Aloq Staq. Depa sampai awai sket sebelum asaq, naik powil dulu. Saya dan Inah sampai nak dekat maghrib. So, dah gelap nak tengok view. Layan makanan sambil borak ngan umi. Pastu main game ngan anak-anak.

Sebab dah check out awai dan booking Rimba Cafe jam 2 petang, so kami kona p mandi kat Lata Mengkuang dulu. Sejuk best tapi lapaq la pulak. Dan gak la berendam nak dekat 2 jam. Kui 1.30 kami gerak ke Rimba Cafe...makannnn time. Abis makan dalam pukul 3 gitu gerak la kami balik ke rumah masing-masing. Sekian lah trip penghujung Desimber 2025 sambil sambut besday ashu.