Wednesday, July 27, 2022

COVID 19 : Akhirnya Positif

Setelah dua tahun lebih Malaysia isytihar wabak pandemik Covid 19 akhirnya saya terpositif jua. Kalau ikut tarikh saya kena 14 Julai 2022. So, biasanya simptom nampak pada hari ketiga. jadi saya rasa saya kena masa cuti Aidil Adha. Recall punya recall..iya lepak Sunway Carnival (wing baru yang besar, cantik, dan banyak kedai-kedai baru). Lepak ngan Nisha nak dekat 6 jam gak..dok kat Texas Chicken ja kat 2 jam (time makan kan mana nak ada pakai face mask).

Hari Rabu dah lunch selera lagi cuma lepas lunch tu badan memang rasa seram sejuk. Ingat sejuk air cond sebab office kosong (geng admin p Lawatan Penanda Aras kat JPN Kedah). Sharp pukul 5 ptg terus punch out balik rumah. Nak mandi sejuk, selubung..asaq pun nak dekat maghrib dah. Sejuk menggedik, tekak mula sakit rasa perit. Mula naik sopak garam. Habis satu badan, panadol pulak ritu bagi kat Kecik semua.

Semalaman tak dapat tidoq, asyik minum ayaq sebab tekak perit, asyik p toilet. Sopak garam penuh satu badan, pedih dan gatal asyik garu ja. Tak tahan masuk toilet, on water heater mandi la tengah-tengah malam. Sampai ke subuh, lepas solat buat test. Terang benderang line bawah naik dulu..Hurmmm gitulahh.. terus update dalam My Sejahtera (dapat date HSO 14-20 Julai 2022). Update dalam group family dan geng upis + boss.



Gatal wei..tak leh bawak bincang..nasib baik kak cik bagi krim sapu sehari ja settle.

Nasib la cik misi ni ada segala mak nenek. hat check darah, gula, temperature. Alhamdulillah heart beat pun okay.




Alhamdulillah deria rasa dan bau ada, badan pun tak lah sakit sangat. Boleh bangun, solat berdiri cuma kalau tak makan panadol badan dedaq demam balik. Hari ke5 (isnin) try tak ambil panadol lepas dinner. Okay dah lepas tu just perabih antibiotik untuk sakit tekak dan kak cik bagi sejenis ubat untuk booster. 

Alhamdulillah dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sangat mengambil berat. Dikurniakan jua kawan-kawan pejabat yang jenis ambil peduli. Setiap hari ada ja yang hantaq makanan, ubat, buah lemon. Setiap hari ada ja yang bertanya khabar. Totally pulih hari ke6. Masa ni dah start rasa cemuih sebab dah sihat tapi kena berkurung. 

Sambil tu ada jugak la baca simptom pasca covid. Susah hati la jugak takut lepas ni tak mampu nak hiking dah. So, try la naik stepper. Set masa sejam, dapat buat setengah jam ja. Jadilah at least tak tercungap teruk, pernafasan pun okay. Alhamdulillah hari ni genap seminggu pasca covid, dah boleh berlari dan buat low impact activity.

 

Thursday, July 21, 2022

Gunung Kinabalu Via Ferrata Low's Peak Circuit

Tiada daya tanpa izinNya. Mission accomplised, bucket list 2022..alhamdulillah.
Okay ajoom mula dengan catatan perjalanan.

01 Julai 2022 (Jumaat)
0530 : Bertolak ke rumah Kecik, solat subuh.
0615 : Ambik grab ke airport
0810 : Fly yo KK
1030 : Touch down KK. Terus keluar jumpa Zul (wakil Ohana).
1100 : Jalan sebiji van (team LPC, ada 7 orang).
1230 : Berhenti lunch kat Jambatan Tamparuli (dah x ada ya jambatan kayu). Ada food court dan mini market situ (beli apa yang patut).
1330 : Sambung perjalanan, uncle driver layan ja kalau kami nak berhenti utk snap pic
1500 : Sampai Mile 36 Lodge. First time jumpa Nick Mulya. Rest, mandi, solat, keluaq snap-snap pic.
1800 : Dinner (sedap Nick masak ayam masak merah), solat dan briefing.
2000 : Lepas settle susun beg...zzz sleeeppp.

02 Julai 2022 (Sabtu)
0600 : Lepas subuh breakfast terus turun
0700 : Van mai ambik ke Sabah Park
0730 : Uruskan dokumen, dapat tag pendakian, selpie, welfie, group photo, simpan beg di Sabah Park (RM12 per bag), jumpa guide, timbang beg, sewa tongkat (RM10)
0830 : Off to Timpohan Gate (briefing)
0900 : Angkat sauh
0930 : Pondok Kandis
0945 : Pondok Ubah
1010 : Pondok Lowi
1050 : Pondok Mempering
1130 : Pondok Layang
1230 : Pondok Vilosa
1303 : Pondok Paka
1340 : Panabalan & check in Pendant Hut
Untuk yang akan naik via Ferrata, akan check in di Pendant Hut (guest house yang paling dekat sekali dengan pintu track). Dan ada mandatory briefing jam 4 petang (so COT di Pendant Hut adalah jam 4 ptg).
1600 : Start briefing sambil isi form untuk insurans (ada insurans ya utk pendaki via ferrata)
1700 : Settle, p dinner..Balik kemas beg..tidoq awal, ready for summit attack.

03 Julai 2022 (Ahad)
0200 : Bangun, gosok gigi, cuci muka, lapik perut sket
0225 : Angkat sauh (gerimis mengundang...sejuk dit dit)
0335 : Sayat-sayat
0535 : Alhamdulillah touch the highest point in Malaysia (peak Mount Kinabalu)
0545 : Start turun (berlari sebab COT LPC adalah jam 6.30 pagi di KM7.5)
0610 : Sampai starting point LPC
0630 : Start pakai harness dan briefing
0700 : Start explore via ferrata
1200 : Tamat via ferrata, turun ke Pendant Hut
1230 : Start turun ke Timpohan Gate
1630 : Alhamdulillah sampai Timpohan Gate
1730 : Sampai Sabah Park, ambil beg terus ke airport dengan geng yang flight malam tu.
2030 : Sampai airport mandi, dinner KFC, cari port lena..esok tu flight balik Penang pukul 5 pagi doh.

Nilah pintu masuk ke Mile 36 Lodge, tak jauh pun dari Sabah Park. Dalam 10 minit.

Check in hari pertama, cantik..ohsem lah view.

As usual partner in crime aka adik kesayangan. Antara manusia yang paling tak banyak songeh. Macam mana pun tak pa. Semoga ukhuwah ini kekal selamanya and till jannah..insyaAllah.

7 orang yang register untuk LPC

Ni kali kedua saya mendaki Gunung Kinabalu, so tak banyak sangat snap pic. Sekadar menikmati track Gunung Kinabalu sambil bermain dengan tupai.



Taklimat bermula tepat jam 4 petang. Alhamdulillah semua pendaki berjaya sampai sebelum jam 4. Masa ni hujan, sejuk, cuaca berkabus. Doa semoga esok mentari menyinar.


Sampai peak jam 0535, cuaca gelap lagi sebenarnya (edit ja pakai snapseed). Tak tunggu sun rise, tasik cermin pun tak singgah. Pulun turun nak ke KM7.5 aja.

Sampai sebelum waktunya...yesss. sampai 0630 kawan-kawan lain tak sampai lagi. Maka bermulalah turun via ferrata dengan kawan-kawan baru.





Akhirnya...alhamdulillah..tiada daya tanpa izinNya

Tip, trick dan persediaan Gunung Kinabalu via Ferrata

1) Ada dua track via ferrata iaitu Low's Peak Circuit LPC (starting point di KM7.5) dan Walk The Torq WTT (starting point di sayat-sayat).

2) Via Ferrata LPC adalah yang paling tinggi di dunia iaitu pada ketinggian 3776 meter.

3) Boleh pilih sama ada nak shoot ke peak atau nak terus ke starting point sebab ada cut of time (COT) ya. COT di LPC adalah 6.30 pagi dan di WTT 7.15 pagi. Cuma kalau tak ke peak nanti dapat sijil hitam putih jela.

4) Untuk via ferrata ketinggian minimum adalah 130 cm.

5) Wajib pakai kasut bertutup dan bertali. DILARANG SAMA SEKALI sandal atau adidas kampung.

6) Tapak kasut mestilah grip elok ya sebab kita akan jadi spiderman melekat kat hamparan batu.

7) Pastikan anda bukan seorang yang gayat ya especially yang ambik LPC sebab memang akan nampak gaunggg aja.

8) Untuk pakaian pula, saya pakai t shirt hiking, down jacket dan wind breaker. Itupun hazab juga menahan kesejukan dan tiupan angin.

9) Wajib pakai tight ya. Bukan apa nak melangkah tu jenuh juga dan takut seluar terkoyak di hamparan batu tu ya.

10) Glove WAJIBBB. Memang sakit tangan berpaut pada tali.

11) Saya tak bawa hiking pole masa summit attack dan via ferrata sebab dok rasa dah tak guna sangat.

12) Pakailah warna yang ceria ya untuk baju luar sekali ya. Baru cantik gambar, ni wind breaker saya warna hitam.

13) Nak lagi pic yang cantik dan banyak, jadilah orang last (iaitu orang belakang sekali dan duduk dengan guide). Nanti bole mintak guide snap  pic banyak-banyak...ahhh giteww.

14) Untuk LPC, lepas habis jadi spiderman, akan masuk track hutan sikit then sambung balik di hamparan batu sampailah ke starting point WTT. 

15) Biasanya ambil masa 4-6 jam untuk track LPC dan hari tu saya buat dalam 5 jam. Sun burn tak yah ceritalah ye. Nak dekat 3 minggu dah dok gulap gulita gitulah.

16) Bawa makanan ya sebab boleh makan masa nak mula dan masa rest sebelum masuk track hutan. Macam saya ritu bawa coklat bar ja. Serius tak cukup sebab early breakfast pun makan 2 keping roti dengan jem aja.

17) Untuk air saya bawa total 3 liter (6 botol mineral kecil) untuk 2 hari. Pastu bawa tablet vitamin C. Dalam cubaan untuk tinggalkan terus minuman bergas (too much sugar).