Wednesday, March 23, 2022

Gunung Yong Belar : Cubaan Day Hike G7

First sebab tak dak kawan nak teman camping. Second sebab tak training load. Third dah tak dan2 nak grad G7. Maka agree lah join satu team gogo ni dengan pengeras RM130 termasuk management fee, lunch pack, guide and sweeper plus tembikai kat peak. Tarikh keramat 19 Mac 2022 dan waktu agree tu musim hujan sedia petang sampai malam. Dah plan andai kata hujan so setakat Lojing je la. 

Asal berempat (saya, tini, arum and kecik). Mula Arum positif, sambung pulak Tini. Last tinggal berdua, cakap kat Kecik its okay..I can survive sebab plan asal kecik teman Tini aja. So petang Jumaat jam 5.30 petang tayar bergolek ke Lojing. Jam 9 malam check in Masjid Lojing..alhamdulillah cuaca okay.

Log Pendakian

0030 : ambil lunch pack
0115 : naik powil
0145 : sampai kebun sayur @ kaki gunung
0155 : taklimat &warm up
0220 : angkat sauh
0420 : lintas kem tudung periuk
0450 : lalu simpang pelaur
0805 : check in kem kasut
0900 : angkat sauh
1010 : peak
1200 : mula turun
1300 : kem kuali (jeng jeng..sesat rupanya)
1350 : sampai peak balik 
1400 : mula turun (2 kali dapat peak)
2100 : sampai kebun sayur @ kaki gunung
2120 : powil sampai
2200 : sampai masjid Lojing
2210 : salin baju dalam kereta, terus shoot ke Brinchang cari hotel















Hurmmm trek barai habis..terjun dalam selut paras lutut la jugak. Mossy cantik tapi cantik lagi Ulu Sepat dan Irau. Tak masuk Pelaur sebab masa tak mengizinkan plus sesat.

Okay cerita sesat ni, kami group first yang turun. Total 14 line up bersama seorang guide. Guide depan dengan dua orang line up berdesup tak nampak dah mana orangnya. Jerit la kat geng guide kat peak. Depa kata terus ja single trek. Sekali nahai turun punya turun dekat sejam tetiba sampai kem kuali. Eh eh kita lalu eh sini? Take 5 jap pikiaq..tetiba teringat kem kuali ni laluan V1..ayokkk confirm salah trek.. Menapak naik balik ke peak. Take 10, sambung berjalan..malas nak catit time dah. Frust sebab tau akan keluar malam, geram ngan guide hat berdesup tak ingat line up belakang. Nasib baik geng jalan take care abis. 

Sampai kem kasut okay, sampai simpang pelaur okay, sampai kem tudung periuk okay walaupun dah start rasa barai. Lepas kem tudung periuk, bila dah mula gelap, on head lamp..berjalan dan terus berjalan, kaki mula rasa sejuk dan sakit. Pijak akar sikit dah sakit, tenggelam dalam selut dalam dah rasa susah nak tarik kaki, nak langkah balak rendah pun dah tangkap kaki cramp. Minum ORS sampai 4 paket. Tak bancuh dah pun pakai bukak terus tuang dalam mulut, pastu minum air..hahahaha

Alhamdulillah dalam 8.45 malam lintas pintu rimba, masuk kebun sayur..sampai tempat powil..
Terus bentang beg plastik sampah hitam tu, bukak kasut pakai pocho..baring jap.
Tetiba dengar powil sampai..yihaaaaa mangkit terus rabat powil. Tunggu pa lagi.

Sampai masjid terus salin baju dalam kereta, shoot ke Brinchang. Check in dapat shower, pepak megi kosong, telan panadol 2 biji. Ingat bole lelap tapi excited lebih borak ngan adik2..ko ada p trip yb single tapi ada pic kat kem kuali..hahahaha..entah kui berapa terlelap pun tak tau la.

Bangun pagi alhamdulillah segar dan kelaparan..hohohoho..mandi, check out, breakfast..shoot balik penang..yihaaaaa