Monday, November 20, 2017

Banjir Kali Kedua Dalam Hidupku.

Sepanjang 20 tahun hidup di bumi Permatang Pauh alhamdulillah musim tengkujuh dilalui seperti biasa, tak pernah lagi mengharungi banjir. 2003 berpindah, barang masih dalam kotak dan tika itulah berlaku banjir. Terkejut, panik tak tau nak buat apa. Mujur ada abg Hamid. Kami sempat keluar tapi akhirnya bermalam jua di pusat penempatan banjir Bukit Berangan. Teruk juga kerosakan ditanggung.

Pasca banjir, Sungai Jarak diperbesar. Alhamdulillah tiada lagi banjir. Bertahun berlalu, 05 Nov 2017..hampir 14 tahun. Hujan turun dengan lebat mulai hari Jumaat 03 Nov. Hari Sabtu banyak tempat dah dinaiki air. Hujan masih belum berhenti. Kami di rumah macam biasa lagi, hanya memerhati. Sabtu malam lena dibuai mimpi. Usai subuh pagi Ahad mula membuka pintu terus air menderu masuk. Panikkkk..sekejap sahaja air memenuhi lantai rumah.

Jam 9 pagi, terus hubungi kak chaq, ibu dan anak-anak perlu dikeluarkan segera. Air sudah mencecah paras lutut. Selesai hal ibu, kemas apa yang patut. Kereta tak sempat dialihkan. Jam 4 ptg air masih naik, hampir tenggelam tayar kereta. Hujan dah berhenti, mentari dah menyinar tetapi air tiada isyarat mahu surut. Masa itu baru sedar, banjir bukan kerana hujan. Rupanya Empangan Padang Cempedak dah pecah. Sungai Jarak melimpah umpama lautan. Selamatkan diri, kunci semua pintu..bergenang jua air mata tinggalkan Mr Brill dalam banjir. Keluar bersama abg chaq.

Syahduuuu..soft reminder from Him.






2 minggu selepas banjir, baru 70% selesai. Moga dipermudahkan urusan kami semua mangsa banjir 04 dan 05 Nov 2017.

No comments:

Post a Comment