Saturday, April 21, 2012

Annual Dinner @ The Carnival Sungai Petani

Bertemakan Arabian Night 1001 Malam maka dah selamat berlangsung majlis makan malam KEBS. Saya x da gambar yang nak diupload sebabnya mmg x clear, cahaya yang sangat kurang menjadikan semua foto gelap gelita (plus sebab tuannya pun sama kaler ngan malam..kannnn)

Tema yang menarik dan hampir 80% mengikut tema. Sedikit kelainan kerana selalunya dinner di dalam dewan tapi kali AJK KEBS memilih kawasan yang terbuka dan Alhamdulliah syukur tak hujan semalam. Rintik2 pun masa nak tamat majlis dah. Saya dapat hadiah cabutan bertuah, antara yang terawal dapat sekaki payung.

Untuk dinner kali ni saya terlibat sebagai Ketua AJk Pendaftaran dan cabutan bertuah. Banyak benda yang saya belajar. Keadaan terkawal, just ada juga beberapa perkara yang perlu ditambahbaik. Antaranya balang cabutan bertuah perlu lebih besar, kertas juga perlu saiz yang lebih besar sebab banyak melekat2. Kertas cabutan pun perlu dilipat banyak kali.

Tapi perkara paling perlu saya ambil iktibar adalah urusan dengan manusia. Selepas ni saya akan lebih berhati2 dalam memilih untuk berganding dengan siapa. Biarlah penglibatan saya kurang asalkan hatiku tidak terguris..chewaaah

No comments:

Post a Comment