PEWAI = penat awai. Antara bahasa hikers yang glamer dan selalu digunakan. Pewai bersepai. Saya dah lalui Gunung Bubu, Bukit Bendera, Gunung Kemerlong, Bukit Bendera, Gunung Sibayak, Gunung Irau, Bukit Tokkun. Tapi mai tang Gunung Pulai..saya surrender..pewai bersepai. 4 hari menahan air mata waktu bergerak. Akhirnya hari khamis tengah hari tewas, ambil jugak panadol extend. Tak tahannnnn.
2 tahun main gym, tak pernah lagi ambil ubat tahan sakit @ panadol. Alhamdulillah dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Tapi Pulai merubah segalanya. Tak tergambar, tak tersangka Pulai mengajarku erti pewai. Benar, setiap gunung @ bukit mempunyai rentak dan misterinya tersendiri.
Bermula jam 3 pagi melewati titi gantung, hatiku dah berdegup kencang. Terus melangkah kebun ke pintu Pulai. Disambut dengan batu-batuan hingga ke atas. Pergggghhhh..kusangka diri ini dah fit lantaran kejayaan menawan Irau dan Sibayak. Benar..Pulai membuatkan ku memahami maksud pewai. Trip 17 dec 2017 (17.12.17). Perit kesakitan hingga hari ke-4, surrender..mengalah pada panadol extend. Pulai, insyaAllah akan kukembali dengan hati yang terbuka, dengan stamina yang lebih mantap, dengan keyakinan yang tinggi. Tiada dayaku tanpa izin dariNya.
Line up = 13 orang.
Guider = 1
Sweeper = 1
Gegurl with alang the guider.
Nun di sana puncak Gunung Baling.
Hari ni alhamdulillah fully recover. Tapi 5 hari gak la tak ambil tahu apa jadi pun..meratapi kesakitan..hohohoho