Tuesday, January 8, 2019

Gunung Ledang : via Trail Asahan

Lokasi : Starting point di Melaka, Peak di Johor.
Ketinggian : 1276 m.
Jarak : 22.4 km return.

Gunung penutup untuk 2018, last minute plan sebab price naik 3 kali ganda untuk tahun 2019. Berhuhuhu kan dengan hobi mahal ni. Decide ambik dengan Sondol Hiker (kali kedua dengan gogo ni, ok la jenis tak banyak songeh). Gunung Ledang ada dua trek iaitu via Sagil atau Asahan. Based on my reading trek asahan a bit landai tapi panjangggggg dan sagil a bit pendek tapi kejam.

Disebabkan saya nak jimat cuti maka decide p Jumaat malam dan naik hari Sabtu, Ahad balik Penang. Padu dak? Nak mampuih baq ang..jangan dok buat la perangai gutu dah. Sondol Hiker offer price RM75 include guide, sweeper, permit, glove dan lunch pack.

Maka hari Jumaat selepas kerja kami bertiga naik bas ke Hentian Duta. Saya dari Butterworth, Kecik dan Tini dari sungai Nibong. Bas jam 8 malam, pukul 1.30 pagi kami sampai Hentian Duta. Nada dah standby tunggu dengan cik Myvi dia. Terus kami shoot ke Pekan Asahan. Singgah makan jap kat Hentian Nilai. Jam 5 pagi kami sampai di Masjid Tun Khalil, Asahan. Masjid baru, cantik, luas dan selesa. Selasai subuh terus kami ke meet point di Laman Tiga Budaya.

Log pendakian.

0820 : Briefing.
0830 : Angkat sauh.
0900 : CP1 (Enggang Berangan 319m).
0940 : CP2 (Hentian Hanuman 514m).
1010 : CP3 (Hentian Unggas 581m).
1030 : CP4 (Lembah Beruang 648m).
1110 : CP5 (Batu Berlumut 837m).
1130 : CP6 (Padang Batu 948m).
1225 : CP7 (Gunung Rondok 1078m).
1320 : Peak 1276m.
1400 : Mula turun.
1830 : Sampai starting point.

Cuma pesan siap-siap, Gunung Ledang ada cut off time (COT) iaitu jam 12.30 tengah hari di CP6. Kalau lebih time mmg guide akan suruh patah balik sebab nak elakkan berjalan di waktu malam. Kira kena sampai balik ke starting point sebelum hari gelap.

Inilah tempat berkumpul. Parking kereta RM3 dan setiap pendaki dicharge RM1. Masa ni dah pukul 7.15 pagi. Ramai pendaki dah berkumpul ikut group masing-masing.

Setiap pendaki kena declare barang yang dibawa. Dan nanti akan ada pemeriksaan pula lepas turun. Jadi sila patuhi arahan ya. kalau boleh bawak pen sendiri bagi mempercepatkan proses.

Sesi briefing dan perkenalan dengan en guide dan en sweeper.

Mula berjalan relax ja. Dari starting point ke CP1 boleh berlari berkejaran..lupakan segala duka..


Lepas CP1..sendu pilu..nak describe macam mana ya trek dia..Bukan pacak tajam sangat, tapi pacak menaik yang panjanggggggggg seolah tiada penghujung.






Ni di CP6..ada camp site di sini, ada sungai kecik, ada toilet pink.

Kawasan agak lapang, boleh memuatkan dalam 50 pendaki yang nak bermalam. Ni surau comel, 6 orang boleh masuk.

Ini lah yg ditunggu sebelum sampai CP6..Batu Hampar pertama. tapi yang ni relax lagi, tak pakai tali pun boleh berlari naik. 


Ini Batu Hampar kedua..Dari CP7 nak ke peak..Hazabbb sket..Naik cool turun menggelabah. 

Rindu KORGA keeeeeee

Saya banyak gayat masa turun. Patut la gogo sediakan glove..mmg wajib pakai.

Bertiga sebab Tini sangkut di CP4. Tapi rupanya dia sampai jua ke peak..Bagus betui en sweeper pujuk dia.

Gunung pertama Negeri JDT

Jam 7.30 kami berangkat ke homestay di Jasin. Jauh jugak, dalam 40 minit. Singgah dinner dulu, makan sepuas hati. Sampai homestay, mandi, solat terus zzzzzz.

Hari Ahad kami ronda Melaka, layan asam pedas, check in Famosa Premium Outlet..cuci mata ja. Off to KL singgah Jaime Bundle. Pukul 12 tgh malam naik bas balik Penang..

No comments:

Post a Comment