Sunday, January 15, 2017

Kih kih..kantoi

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni unaware hari Khamis itu satu test, kira last minute lah baru tahu (biasa lah,student ni kadang-kadang, ponteng, lepas itu tak nak tanya2 kawan-kawan) .

So, mereka berfikir lah, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu.nak kelentong professor lah ni. Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakar lah, tapi ada yang bantah. macam tak logik sangat, banyak laks soal jawab nanti dengan professor.

Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah seorang itu telefon lah si professor tu. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. sekarang mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh lah ni). Professor pun setuju lah menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega.

Mereka fikir, sempat lah nak study kejap. Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yerla, 4 orang saja. Senang nak monitor kalau2 ada lah yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2 soalan saja.

Soalan pertama, 1 markah. wah, sikit saja. Professor tanya apa nama subjek ujian yang mereka tengah ambil ni.OK. senang lah kan .

Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. terkejut. Cuba teka apa soalan yang professor itu bagi ? Sila scroll ke bawah untuk jawapan.
*
*
*
*
*
*
******
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Soalan ke 2 : tayar kereta mana yang pecah ?

Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri, seorang jawab depan kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan , professor boleh detect lah mereka menipu...... hehehe, tu lah, lain kali jangan tipu professor.


Monday, January 2, 2017

The North Borneo Steam Train.

Rasa agak tak berapa rajin (bukan malas hokey) nak buat entry pasal sabah trip baru ni, tapi ada something best nak share jugak. A new experience. Yang lain macam biasa dan ramai orang dah tahu.

rasa mcm kat London youuuu.

Dua malam di Kundansang, dua malam di KK. Ke Pulau Sapi dan Manukan, enjoy the seafood. Lalu Jambatan Tamparuli. Drive sendiri tau, mencabar la jugak sebab hotel di Kundansang pada ketinggian 5700 kaki dari paras laut. Ok, jom explore The North Borneo Steam Train. First, picture dulu..then baru karang essay.




Kira2 satu gerabak kayu diperlukan utk perjalanan pergi dan balik.

Nampak? hangat weiii



Under Sutera Harbour


Ada pramugara dan pramugari.

Tenom Coffee

Pertama kali kakiku melangkah masuk.

Dah sampai Kinrarut, cop dulu pasport.

Last station Papar.



The Tiffin Set Lunch.

Train bermula dari Tanjung Aru ke Papar. Melalui Putatan, Kinarut dan Kawang. ada stesyen yang berhenti, ada yang just lalu. Saya turun di Kinrarut, ada temple besar di situ. Kemudian turun di stesen terakhir Papar,ada pasar di situ. 

Makanan dan layanan memang terbaik. Pemandangan biasa saja, lalu rumah orang, hutan paya bakau, terowong. Overall ok lah, pengalaman baru. Sekali seumur hidup.