Tuesday, December 26, 2017

Trans Semarak 24 Dec 2017

Trans Semarak, Sungai Petani.
0830 - 1400 24 Dec 2017.
Bermula dengan Bukit Tok Ali, kemudian Bukit Kristal dan terakhir Bukit H.
Jarak perjalanan 7.3 km.
Trek naik turun bukit, hutan kelapa sawit, kebun durian dan trek balak.
Habuan training untuk Nov nanti..moga dipermudahkan.


Puncak terakhir..Puncak H Semarak.

4 gegurlsss. 



Nampak trek santai kan atau pun biasa dipanggil trek sepak daun..hakikatnya..perghhh.

InsyaAllah lepas ni akan fokus training trek ni. Lagipun dekat ja, sama jarak nak p Tokkun.
Lokasinya di Taman Semarak, Sungai Petani. Waze ja, jumpa nanti.

Saturday, December 23, 2017

Gunung Pulai : Terkulai Jua Akhirnya

PEWAI = penat awai. Antara bahasa hikers yang glamer dan selalu digunakan. Pewai bersepai. Saya dah lalui Gunung Bubu, Bukit Bendera, Gunung Kemerlong, Bukit Bendera, Gunung Sibayak, Gunung Irau, Bukit Tokkun. Tapi mai tang Gunung Pulai..saya surrender..pewai bersepai. 4 hari menahan air mata waktu bergerak. Akhirnya hari khamis tengah hari tewas, ambil jugak panadol extend. Tak tahannnnn.

2 tahun main gym, tak pernah lagi ambil ubat tahan sakit @ panadol. Alhamdulillah dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Tapi Pulai merubah segalanya. Tak tergambar, tak tersangka Pulai mengajarku erti pewai. Benar, setiap gunung @ bukit mempunyai rentak dan misterinya tersendiri.

Bermula jam 3 pagi melewati titi gantung, hatiku dah berdegup kencang. Terus melangkah kebun ke pintu Pulai. Disambut dengan batu-batuan hingga ke atas. Pergggghhhh..kusangka diri ini dah fit lantaran kejayaan menawan Irau dan Sibayak. Benar..Pulai membuatkan ku memahami maksud pewai. Trip 17 dec 2017 (17.12.17). Perit kesakitan hingga hari ke-4, surrender..mengalah pada panadol extend. Pulai, insyaAllah akan kukembali dengan hati yang terbuka, dengan stamina yang lebih mantap, dengan keyakinan yang tinggi. Tiada dayaku tanpa izin dariNya.

Line up = 13 orang.
Guider = 1
Sweeper = 1

Gegurl with alang the guider.


Nun di sana puncak Gunung Baling.



Hari ni alhamdulillah fully recover. Tapi 5 hari gak la tak ambil tahu apa jadi pun..meratapi kesakitan..hohohoho

Friday, December 8, 2017

Steamboat Marvellous Di Thailand

5 bintang..memang tiptop..memang sempoi. Price 299 baht per head (lebih kurang RM35). Pastu melantak la sampai muncit penyut.

Lokasi (ikut border Padang Besar) dalam 5 minit ja drive dr border. Nak cerita macam mana tak tau..tp mmg best and sempoi gila..x caya..meh layannn gambaq. Gambaq cilok drpd ultraman wil (one of my best travel buddies).



























Merecik ayaq lioq baq ang...

Sunday, December 3, 2017

Sweet Relay KMPP




Saya, izzati, juzlie, erfa, kak norli dan kak fadzni. First time masuk lari pas baton ni. Dulu masa kat sekolah tak pernah (saya tak aktif sukan). Bole la number 6 drpd 9. Hohohohoho..

Lepas ni boleh berjinak-jinak dengan program run.