Tuesday, January 23, 2018

Delima Menawan

Hanya di pasar malam Jalan TAR. The best pasar malam kat Malaysia. Macam-macam ada..dari baju, kasut, makanan, barang mainan dannnn banyak lagi. Tapi paling best of coz la makanan dia. And satu lagi cara depa display. Macam buah delima ni.


Thursday, January 18, 2018

Denai Tiga Puteri

Lokasi : Hutan Simpan Kota Damansara.

Dari PLUS, exit tol Sungai Buloh. Pastu guna google maps ke SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Denai 3 Puteri just opposite sekolah tu. Tapi hati-hati banyak trail. Takut naik trail lain, turun kot lain..Jenuhhhh
Nampak? Sampai di tanda number 10. Trek melalui temuan dan sahabat then terus ke peak.
Mula-mula trek santai sepak daun..20 minit nak ke peak..hahahaha mintak nyawa..pacak baq ang..

 Simpang banyak, perhati betul2 signboard 'to the peak'. Tapi kalau naik pagi sabtu dan ahad ramai ja orang. Ikut ja belakang depa.

Suka betul tengok pokok ni..Entah berapa ribu tahun usianya.

Berlari pun boleh. Geng2 basikal pun ramai. So, bila dengar bunyi loceng tu lari la ke tepi ye.


Dalam dok beringat..hahahaha..balik terlepas trek lain jugak..nasib baik sebelah ja.
Tak dak gambaq trek pacak..tak sempat lah keluarkan hp..penat jugak la. Lagipun bekas hujan. So, perlu lebih berhati-hati.

Apa pun view memang superbbbbbb.
Naik dalam 1 jam 10 minit. Turun dalam 1 jam.


Thursday, January 11, 2018

Ais krim yummy yummy



Tengah-tengah hari dapat ais krim dap baq ang. Gmbaq first ais krim kelapa, kedua ais krim durian. Telen mari. Memang mabeles baq ang. Especially ais krim kelapa..wajib cari setiap kali masuk Telen.

Sunday, January 7, 2018

Teluk Kampi @ Pembuka Pintu 2018

Asyik tirai kaannnn..letak pula pintu.
Half day trip ja ke Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang. Lokasi di Teluk Bahang. Berdua saja dengan siti. 1 jam 50 minit naik dan 1 jam 40 minit turun. Ini cerita Isnin (01.01), hari baru hapdet..

Hehehehe, hari ni p lagi, tapi ambik trek Keracut..berdua jugak dengan tupai ja.

Ada renjer jaga sini..tapi line tipon nan hado..bertabah la ye.

Better bawak selipar sama..bole berlari berkejaran..

Nak mandi pun bole..cantik lautnya

Our brunch...yummyyy

Siti tgh prepare brunch

Tuesday, January 2, 2018

Gunung Baling 30.12.17

Penutup tirai 2017. Tapi tak enjoy sangat naik..manusia ramai yang amat..rasa ada dekat 100 orang atas peak yang sekangkang kera tu.

Trek ok, much more better than Pulai. Cuma pewai jugak sebab buat benda mengong iaitu hangkut dua bijik duyan ke peak. Hahahahampehhh.. gila berat kot. Tapi alhamdulillah berjaya naik dan turun dengan selamat. Cuma tak kenduri durian ja atas tu sebab orang ramai, durian dua bijik ja. Plus, mesti ada orang yang tak tahan bau durian. End up aku usung la balik dua bijik durian tu turun. Gigih dak? Gegeh sungguh kannnnnn..

So, sedikit info.

Nama : Gunung Baling
Lokasi : Baling, Kedah
Meet point : Petronas Baling (toilet dan surau lengkap)
Ketinggian : 420 m
Masa : 3 jam (naik dan turun)
Tambahan : Kalau hujan..masa turun mmg ngelongsoq je la dgn tanah merah.
Cara ke sana : Dari KL : ambil BKE samapi hujung, terus jalan kampung. Jumpa simpang Baling belok kiri. Terus saja akan jumpa Petronas Baling sebelah kanan. Lajak lagi ke atas nanti jumpa la signboard kaki Gunung Baling.

 Kenduri durian kat bawah ja.
Kami bertiga.

Pukul 7.30 pagi, tu pun ramai lagi dok naik.

Tu hujung sana abang dia Si Pulai