Tuesday, May 15, 2018

Dim Sum Chabura @ Telen

Thailand & food = Penang & food.
Habaq ja nak makan pa..mmg mabeles umph umph.
But for me dim sum ni so so ja..Tak repeat dah, biasa ja.

Rupanya dim sum ni makan time breakfat dgn ayaq panas. Tapi sebab kami dah lewat maka jadilah lunch utk kami. Dan pilihan pun dah tak banyak. So, kalau nak rasa pilihan yg bnyk mai la awal pagi start jam 6 pg - 2 ptg.

1) Dari penang naik komuter ke Padang Besar. Sila beli siap2 tiket return ya..senang keja deh.
2) Sampai stesen Padang Besar, turun jalan kaki ja ke border.
3) Setel border Malaysia, jalan kaki ke border Thailand.
4) Keluaq border Thai, naik moto..rempit ke Stesen Van (100 TBH).
5) Ambik van ke Hadyai. Sejam ye perjalanan (200 TBH).
6) Then ambik tuktuk ke Chabura. Lebih kurang 20 minit (200 TBH).





Tak sama..still teringat pan cake mak cik yamelah krabi.

Kedai ada wifi..laju..

Tuesday, May 8, 2018

Laos : Menawan Mount Phousi

Cerita tertangguh..maaf deh..story Laos belum abisss.

Antara spot yang menarik di Laos adalah Mount Phousi (port layan sun set).
Laluan bertangga yang cantik..pakai selipar pun bole naik. Dalam 278 M, lebih kurang 15 minit menapak. Tapiiiiii manusia ramai derr. So, saya setakat naik, bergambar then turun balik cari dinner. Sesak ngan manusia.

But, ada satu bad news iaitu AA dah tutup route ke Luamg Prabang. Hurmm, x dapat sambutan la tu. For me, laos adalah sebuah negara yang cantik, bersih, majoriti boleh berbahasa Inggeris walaupun pak cik mak cik kampung. Cuma dia minoriti muslim, so agak sukar untuk cari halal food. Ok, close story Laos..next.... insyaAllah nak try China.

Senang ja cari..kat night market. Jalan kaki ja hotel.

Trek bertangga..hap hap hap

This is Mount Phousi

Ruang kecik, manusia ramai menunggu sunset.

And thats me..thanks to cik yg mensnap gmbr ni. Saya suka pic ni.

Monday, May 7, 2018

Pembedahan Femtolasik @ Pusat Pakar Mata dan Lasik Abdul Razak

Tak dak langsung update bulan April ya, saya sibuk sikit. Minggu pertama di Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang. Seminggu di sana berkursus. Balik terus minor operation buang rabun. MC semiggu, then sibuk dgn persiapan MPPB. Maka hari ni la baru dapat berupdate..itu pun semangat sebab dapat set pc baru...ngeh ngeh ngeh.

Cerita pasal tak berkaca mata ni. Memang dah lama pasang angan-angan, tapi bila mengenangkan pricenya hurmmmm belasan ribu. Ok, jawabnya berkaca mata lah hingga akhir usia. Tapi alkisahnya pada tgh bulan 3 saya bawak ibu yearly check up di Klinik Dr Razak (ibu buang katarak di sini). Baru tahu doc dah open utk lasik. Baru mula Dec 2017, tapi hanya kaedah blade lasik (bukaan menggunakan pisau, bukan laser). Price RM5500 utk dua belah mata. Hurm ngeri la pulak dengaq ye. Tapiiiii doc cakap ada kaedah laser cuma mesin akan sampai pada April 2018 iaitu femtolasik dan relex smile. 

Ok, maka sy pun berwasap la dgn staf klinik. First step kena mai utk screening dulu (foc ja). So, appt sy 27 Mac hari Selasa jam 2.30 ptg. Tak semua org bole buat lasik ni. First optometrist akan tgk ketebalan kornea dulu. Then, dia akan tgk kestabilan power. Dan alhamdulillah saya lulus utk first stage. Optometrist akan terang pakej yang ditawarkan. Next step pre operation. Ini kena jmpa doc dan kena bawak driver sbb lepas pre op mmg tak bole drive. Mata jadi kabur sebab titisan ubat.

Pre operation saya pada 01 April (ahad) ditemani abg chaq. Lama jugak dalam dua jam. Doc akan pastikan saraf dan mata dalam keadaan baik. And alhamdulillah lepas utk stage kedua. So, the time utk decide nak ambik pakej mana. 4 penawaran pakej.

1) Blade lasik (kena buka flip pakai blade, 30 minit utk kedua belah mata)
2) Femtolasik (kena buka flip tapi pakai laser, 10 minit utk kedua belah mata)
3) Relex Smile (totally pakai laser, 5 minit ja utk kedua belah mata)
4) PRK (special case and silau)

Price utk blade lasik adalah RM5500. Tetapi doc ada offer sempena mesin baru utk femto dan smile. So, price femto adalah RM6000 dan smile RM9500. So, saya grab pakej femto dan date operation saya 16 April. Harga adalah utk kedua-dua belah mata ya. Doc offer date 09 April tapi dah saya berkursus seminggu di KL. Hati berdebar sepanjang kursus. Hairan juga saya, mmg sy cepat nervous. Tapi nervous saya lain sgt kali ni, bercerau peluh di tapak tangan. Something is bothering me but I have no idea. Saya risau pasal op ni? Tak rasanya sbb sy dah bincang dgn kak cik (she is a doctor) and kak cik ckp minor operation and very low risk. Restu ibu dan abg chaq pun dah. Hurmm its ok..persoalan itu dah terjawab pada 18hb. Alhamdulillah Dia lindungi saya drpd seseorang. Dia lindungi saya drpd terus terluka dan terus menangis. Full stop that story. 

Alhamdulillah operation berjalan dgn lancar pagi Isnin 16 April. 12.40 tgh hari masuk bilik pembedahan. 1.10 ptg dah boleh balik. Petang ke klinik sekali lagi, doc jmpa jam 2.30 ptg. Lepas tu start titik ubat 4 kali sehari. Doc pesan balik tido kejap dan alhamdulillah bangun selepas asar vision 100% clear. Segala puji bagiNya, tiada daya tanpa izinNya.

Tidoq umah kak cik memandangkan next follow up adalah hari esoknya. Follow up ditemani kak cik, alhamdulillah clear, cantik semuanya. Next follow up seminggu slps operation, sebulan selepas, 3 bulan dan 6 bulan. So far hantarannya.

1) pre op = RM300
2) op = RM6000
3) first follow up (sehari slps) = RM40
4) second follow up (seminggu slps) = RM125

Waiting for third follow up next month. And hari kedua saya dah bole drive balik ke rumah. Just dah duduk dgn ibu so berpantang la cara org tua sket. Alhamdulillah hari ni dah hari ke22. Mula-mula agak kekok..nak biasakan diri tanpa kaca mata. Sya pulak tak pernah pakai contact lens. Hehehehe..rasa pelik pakai tudung tak dak spek. Tapi sekarang dah ok. Cuma hati-hati dgn sinaran mentari. Cari la rayban yag ada uv protection ya.

Doktor yang melakukan pembedahan.

Akan jumpa Pn Zahirah dulu sblm berjumpa doktor. 

Kena ambik pagi operation slps breakfast.

Start titik ubat 2 hari sebelum pembedahan.

Doc bekalkan vitamin C. 2 biji sehari.

Wajib pakai di malam hari supaya mata tak tertenyeh. Saya pakai 2 minggu ja.

Datang lah awal ye..walaupun terpacak sblm pukul 2..still jadi org kesebelas..ramai weiii org.

New me with Dr Razak.