Monday, July 23, 2018

Explore Gunung Siku

Hurmmmm ermmmm..tu la kan pelan asal dah bertukarrrrr. Sebab PTT Outdoor close dan tetiba dalam group brinchang barat offer day hike ke gunung siku pulak. Setelah bincang ngan kecik dan baca blog, survey apa yg patut rasa ok insyaAllah bole. Lagipun malam tu kami tidoq hotel kat brinchang. Dapat full rest. Apa lagi slot in la nama utk trip Gunung Siku 15.07.2018 (Ahad).

Meet point : SMK Kampung Raja.
Ketinggian : 1916 m.
Estimate time : 5 jam..mmg layan gila mossy..lagi cantik daripada Gunung Brinchang Barat.

Tapi kan memula naik mmg menyumpah gak..dekat sejam pacak non stop. Menyesal pun ada awat la p ikut trip hari ni. Dengan x dak check point. Ngam-ngam sejam berlalu, almost give up tiba-tiba nampak mossy forest..cantiknyaaaaa..ilang abis rasa pewai. Layan ja trek mossy sampai peak.

First time naik lori powil..layannnn











Semua gmbq mossy forest ja..gmbq trek pacak nan hado..sbb rasa nyesal kannnnn..nak kuaqkan hp pun malas.

Me at the peak..see the siku.

Me and my partner in crime.

Sunday, July 22, 2018

Explore Gunung Brinchang Barat

Lokasi : Brinchang, Cameron Highland, Pahang.

Ketinggian : 2005m
Masa : 6 jam standard pace + sesi photo boom x ingat dunia.
Date : 14 Julai 2018 (sabtu)

Ni la first gunung yang saya snap 157 keping gambaq (mossy yg superb plus team yg happening gila²). Maka jadi la hampir 6 jam. Dan ni jugak gunung pertama yg sy naik ikut jalan lain, turun ikut jalan lain.

Habis keja hari jumaat, balik pack baju, siap barang. 9.30 mlm keluaq ke masjid sbrg jaya. Janji ngan kecik kui 10 mlm kat situ. Terus gerak ke cameron. Perjalanan smooth. Exit simpang pulai, kami berhenti makan kat sebuah kedai tomyam. Lepak situ smpai kui 1 pagi. Pastu terus shoot ke Hotel nova. Sampai around 2.30 pg, turun seat.. Zzzzzzzzzz.

Jaga jam 5.30 pg terus ke Masjid Brinchang, gosok gigi, solat subuh situ and cari breakfast. Pastu patah balik ke hotel nova (meet point powil). Kui 7.30 pg briefing sket drpd admin group, pastu powil mai.  8 pg gerak dgn 3 bijik powil. 8.30 smpai kat kaki gunung, jmpa guider (guider abg uteh org tempat an sini, dia yg rintis gunung ni).

Warm up, doa selamat... Ang kat sauhh.

Me wearing t shirt KORGA MPGV

Memula pack la sket, smpai starting point sini. Follow ja signboard




This is the peak, view biasa ja.. Yg cantik mossy nya. 




Membajak ttp ada.. Tp x seteruk irau. 



Habis dah satu gunung.. Errr, plan asal mlm tu tidoq cameron esok otw balik nak singgah PTT Outdoor, sekali PTT close on Sunday.. So... 


Friday, July 13, 2018

School ibu @ Yayasan An Nahdhoh, Pulau Pinang

Just some sharing berkenaan Yayasan An Nahdhoh. Lokasinya di Kubang Semang, Penanti, Pulau Pinang. Dari highway BKE pun boleh nampak dah perkampungan An Nahdhoh. Ada madrasah, rumah tradisional, hotel, restoren, kedai runcit dan banyak lagi lah.

Cuma kali ni saya nak berkongsi berkenaan pondok singkat Ramadhan. Setiap tahun ustaz akan offer menginap di sini untuk 27 hari ramadhan. Pengisian mmg full, dari pagi sampai ke malam. Kos juga lengkap dengan penginapan, makanan dan fasiliti yang lain. Cuma harga sedikit berbeza antara dorm dengan bilik hotel. Dan yang lagi bestnya kadang2 Ustaz sendiri masak juadah berbuka puasa.


Berbuka puasa di bahagian muslimin.


Berbuka puasa di bahagian muslimat.


Ucapan daripada Tuan Haji Abdul Mutalib Maarof (mudir, pengerusi dan insan pertama yang membangunkan Yayasan An Nahdhoh).


Malam terakhir (setiap mlm ke 27) pengurusan akan anjurkan malam penutup. Ustaz akan sampaikan hadiah dan cenderahati buat pelajar, pekerja dan warga pondok singkat.