Saturday, September 22, 2018

Trans Laksamana (Bukit laksamana - Penang Hill - Moongate)

Lokasi : Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang
Ketinggian : 805m (Peak Bukit Laksamana)
Jarak : 16.2 km (Laksamana - PH)
Tarikh : 11 September 2018

0600 : Meet point Surau Moongate (park kereta situ)
           Pas solat subuh berjalan ramai-ramai ke roundabout Gurney.
           Naik bas rapid ke Taman Rimba Teluk Bahang (RM2.70).
0730 : Berhenti kat roundabout Taman Negara.
           Breakfast..roti jala sempoiiii.
0830 : Mula mendaki.
1230 : Sampai peak Laksamana.
1330 : Bergerak ke Penang Hill.
1630 : Sampai Penang Hill.
           Solat, makan.
           Pastu surrender..tak sanggup nak turun menapak ke moongate. Semua setuju naik powil
           (RM10 seorang).

Gogo dera warm up berjalan dari moongate ke bulatan Gurney..Dekat sejam gak berjalan.

Mula trek naik tangga sket..pastu santai-santai sepak daun..lalalalala bergelak tawa lagi masa ni.

Hurmmm, dia mula dah nampak tali..nak kena naik la tu..

Kannnnnnn..mula mendaki dah..

 Ingat pacak mcm selalu..takat-takat sejam..rupanya pacak tak ingat dunia..sekali pacak nak dekat 2 jam..dah la x dak checkpoint nak benti melepas lelah..bertabah la huhuhuhu

Trek clear..tapi simpang siurrrr..takut sesat la jugak..

Line up 10 orang.


Peak Laksamana..sejukkk..ujan non stop, nasib baik tak lebat.

View dari peak..

Nampak Empangan Teluk Bahang.

Tak ramai yang tahu trek ni. Masa kami naik hari tu pun jmpa sorang ja, runner. 
Boleh naik tanpa guide, tapi hati-hati la banyak simpang. takut tersalah simpang keluaq kot Tokkun hahahahaha.

Plan asal nak buat trans Laksamana - PH - Moongate. Siap cadang nak singgah Hotel Craig. Tapi tak sanggup, mungkin sebab preparation tak lengkap. Kena start lebih awal, bekalan makanan dan air yang mencukupi. So, sampai Penang Hill ja and kami decide turun ke moongate dengan powil.

Kena bawak pole stick (mencanak naik, mencanak turun). Lutut mau kuat ok. 
InsyaAllah will repeat..tunggu hari panas terik sikit.


Wednesday, September 19, 2018

Gunung Tok Nenek Part 2

26 Ogos 2018 (ahad)

0330 : Bangun, siap, ambil brekafast.
0400 : Summit attack
0610 : Puncak Tok Nenek
0810 : Mula turun
0915 : Kem Berlumut
1200 : Mula keluar
1310 : Kem Botol
1350 : Kem Lengkuas
1600 : Simpang Y
1830 : Parking
1930 : Bertolak balik

Peak Tok Nenek comel ja..tunggu turn la utk selpiaq.

Sun rise..sejuk dit dit..angin kuat..Kejap lari bawah berlindung dari angin.

Segala puncak boleh nampak dari sini.


Tempat wajib bergambar. Hati- hati ya, kalau gayat jangan dipaksa.

Trek mmg memacak tak dak diskaun. Then dah nak sampai akan jmpa trek berbatu. Hati-hati jangan follow rapat, nnt melayang batu-batu kecik tu..

Akaq pokok berselirat..tapak kasu mau cun hokey..

Sampai kat parking dalm jam 6.30 petang. Mandi, salin baju. Terus gerak balik Penang.
Masa ni kami semua dah jalan mengengkang. Penangan squad, menyeronot bawah buluh..
Sempoiiii..

Peringatan..wajib bawak glove, ramai yg terluka tapak tangan..pakai t shirt lengan panjang na, buluh tu tajam, pokok duri pun banyak.

Tuesday, September 18, 2018

Gunung Tok Nenek Part 1

Nama : Gunung Tok Nenek
Lokasi : Sempadan Gua Musang Cameron
Ketinggian : 1916m
Jarak : 29.3km
Tarikh : 25 & 26 Ogos 2018

25 Ogos 2018 (Sabtu)

0630 : Meet point Masjid Lojing
0800 : Bergerak ke Pos Sungai Rengil (park keta situ dgn bayaran RM15)
0930 : Mula mendaki
1150 : Simpang Y (simpang antara tok nenek dan yong yap)
1415 : Kem Lengkuas
1810 : Kem berlumut (camp site)

Sun rise @ Masjid Lojing.
Tapau breakfast dan lunch kedai depan masjid.

Mula jalan dengan trek balak. Kalau tak larat cari gogo yang offer powil.

Sungai di mana-mana..Tak yah pikul ayaq. Sedia botol kosong ja.

Pas sungai menyeronot, pas menyeronot sungai..
prepare la squad, bagi biasa..

Kannnnn..sungai lagi...

Simpang Y, ke kiri ke tok nenek, terus ke yong yap.

Hayati flora ja

Fauna x mau..



Hidden waterfall..kena turun sket dari trek..


Gitu lah coretan hari pertama Gunung Tok Nenek single.
Jam 6.10 ptg sampai kem site. Ada water point kat camp site.
Pacak khemah, maghrib, dinner, isya..lena  zzzzzzzz

Sambung nanti utk part 2..summit attack.