Monday, July 15, 2019

Day Trip To Bintan

Asalnya kami ada 3 plan :

1) Masuk Batam, keluar ikut Bintan.
2) Masuk Batam, keluar ikut Batam.
3) Masuk Bintan, keluar ikut Bintan.

Setelah bincang, draf iti so, semua setuju masuk kot Batam, bermalam di Batam dan day trip sahaja ke Bintan. Kenapa?

1) Sebab syah di Batam.
2) Kos di Bintan agak tinggi
3) Perjalanan feri hampir 3 jam berbanding ke Batam hanya 2 jam (saya tak berapa tahan sgt perjalanan laut).

Tapi setelah habis trip 3h 2m ni, saya rasa tidak berbaloi ke Batam. Tak dak apa pun yang menarik. Better masuk stay Bintan. Kami bergerak seawal jam 6 pagi (subuh di sana 4.50 pagi) ke jeti Pelabuhan Tanjung Punggur. Tiket speedboat tiga orang = rp 160,000. Pakej Bintan = rp550,000 dan tiket speedboat Tanjung Uban balik ke Tanjung Punggur = rp141,000.

Ke Bintan pun ada 2 jeti yang glamer iaitu Tanjung Pinang dan Tanjung Uban. Boleh google tengok location di mana. Kalau dari Batam lebih dekat jeti Tanjung Uban. Selain speedboat ada jugak roro (macam feri penang, boleh keta dan moto masuk sama). Tapi perjalanan agak lama iaitu hampir sejam.

Seharian di Bintan kami hanya sempat cover beberapa tempat sebab kawasannya luas dan jarak perjalanan yang jauh. Macam dari Lagoi ke Kota Tanjung Pinang pun dah dekat sejam setengah. Kami sempat cover :

1) Gurun Pasir
2) Telaga Biru
3) Lagoi Bay
4) Bintan Resorts (hotel kapal)
5) Laman Boenda
6) Kota Tanjung Pinang




~us~ me, kecik and andi syah putra

Menarik tapi panaih lit lit yag x leh bawak bincang.








Sunday, July 14, 2019

Batam : Food Hunting Nom Nom Nom

Mujur jugak la jumpa pasar malam ni, at least ada gak kenangan yang best kat sini. Makanan sini mmg best and sempoi, rasa macam food hunting kat telen. Tempat dia betul-betul depan monumen welcome to batam. Kami spend time kat situ nak dekat 2 jam la jugak. Baksonya enak kali, order bakso jumbo..jenuh kunyah.

Bergambar malam lagi cantik..nampak bercahaya.

Ni dah dalam pasar malam.



Ni keropok, pastu dia boh mcm kuah dal kat atas. Ala-ala macam makan roti canai kuah taruh atas.



kami try ni, mabeles.




Saya layan bakso jumbo..jenuh kunyah.

Kecik layan satey.

Friday, July 12, 2019

Batam & Bintan : Again Me And Hadek

Cuti Penang Heritage Day sampai Isnin, sengeh-sengeh kat kecik on Pen -Jay Bee off to Batam. Dalam dok pening susun iti kecik kata ada member dia kat Batam, yihaaaa mudah cerita. Maka jadilah kami bertiga me, kecik and andi syah putra explore Batam & Bintan.

Ni serba ringkas iti kami 3h 2m :

06.07.2019 (Sabtu)

0810 : touch down epot senai (tiket pen-jb return rm160)
0830 : grab ke Berjaya Waterfront (rm32 perjalanan dalam 30 minit)
0900 : sampai area Berjaya Waterfront, mntk grab drop kat kedai makan, breakfast dulu.
Berjaya Waterfront dengan Jeti Stulang Laut ni satu tempat.
1000 : redeem tiket di kaunter, q imi. Terus masuk departure hall (tiket johor - harbour bay return rm273). Boleh pilih nak turun di Harbour Bay atau Batam Centre.
1030 : bot bergerak.
1230 : sampai harbour bay (1130 waktu Indonesia). q imi sejam lebih ramai Singaporean.
Settle ambik taxi ke hotel (rp50,000)
1330 : check in D'Grande Hotel (rp500,000 utk 2 malam). Melangut kat lobi sebab hujan. Hikmah hujan x dak la kami merempit ke Kampung Vietnam yang x dak apa tu. Dari awal lagi syah dok kata dah nothing here. Siap dia cakap BATAM = bila anda tiba anda menyesal.
1530 : gerak ke Barelang Bridge..hahahaha sampai mmg menyesal pun. Dah la jalan macet teruk.
1800 : ke Pasar Jodoh (macam uptown Perda), dinner, balik hotel.
Sewa moto 2 hari = rp270,000.

0640 dah beratoq naik flight.

Welcome to Senai Airport, kecik dari Penang Airport.

Smpai Berjaya Waterfront naik level 2, kedai pun tak bukak lagi time ni.

Ok..tiket beli kot easybook.com pastu p redem tiket kat kaunter.

Ni boarding pass johor - batam. Macam naik flight pulak, tapi x dak la straight sangat pun. Feri dia comel ja. Mula-mula agak laju tapi bila masuk perairan Singapura kena slow sebab memang kerajaan Singapura tak bagi laju takut berlaku hakisan pantai. Pastu bila bot laju balik tahu la tu dah masuk sempadan Indonesia.

Sesudah hujan berhenti, mermpit la kami. Batam macam Penang tapi macet dia mmg tak bleh bawak bincang langsung.

So, inilah Barelang Bridge. Syah kata jambatan tak berwarna. Penang Bridge lawa lagi doh.

P macet, balik pun macet..Lenguh pungkoq atas moto.

Pasar Jodoh..macam-macam ada jual. Harga lebih kurang Malaysia. Saya beli tali kasut pink kat sini.


07.07.2019 (Ahad)

Day trip ke Bintan (nanti entri lain menyusul berkenaan Pulau Bintan)

08.07.2019 (Isnin)

0700 : ke Tebing Langit
0930 : sarapan
1030 : balik hotel, ready to check out
1100 : naik grab ke Harbour Bay (rp15,000). Hujan renyai-renyai, laut bergelora.
1300 : feri bergerak (2 jam)
1600 : waktu malaysia sampai Johor.
1615 : cik grab yang comel sampai..siap dapat pakej dinner sekali..thanks awak. Kecik nau orangnya, makan banyak sket awak.

Ini la tebing langit. rp10,000 masuk. Biasa ja, prop semua lama dan usang. Tapi kena menapak sket naik, dalam 10 minit gitu.




Update total kos 3h 2m utk 2 orang

Day 1

Flight Pen - Jay Bee return = rm160
Tiket feri Johor - Batam = rm273
Hotel 2 malam = rp500,000
Moto 2 hari = rp270,000
Breakfast day 1 = rm10
Port tax (malaysia) = rm42
Grab airport to jeti = rm32
Teksi ke hotel = rp50,000
Dinner day 1 = rp104,000
Parking Balerang = rp10,000

Day 2

Pakej Bintan = rp550,000
Late lunch = rp57,000

Minyak moto = rp15,000
Boat ke Tanjung Uban = rp160,000
Breakfast day 2 = rp40,000
Ayaq nyoq = rp15,000
Prop pic gurun = rp20,000
Lunch day 2 = rp102,000
Ais krim = rp40,000
Boat ke Tanjung Punggur = rp141,000
Parking kat feri = rp20,000
minyak moto = rp10,000

Day 3

Tebing langit = rp30,000
Breakfast = rp90,000
Grab hotel - harbour = rp15,000
port tax (indonesia) = rp140,000