Lokasi : Pulau Jerejak, Pulau Pinang
Ketinggian : 211 meter
Mereput lama lepas balik KK ritu, dari bulan ogos. Mula nak lipak dah trip ni sebab dalam group asyik sembang pasal banyak ular trek ni. Pastu trek pun meremang bulu roma gak. Almaklum la kawasan peninggalan sejarah, tapak lama perkuburan dan pusat tahanan penyakit berjangkit seperti kusta.
Kena naik bot dalam 15 minit ja. Sampai starting point kawasan perkuburan kristian. Hehehehe, cool eh. Warm up sket, angkat sauh. Jalan sket akan jumpa check point sejarah. Kira macam rombongan sekolah la.
Sebelum tu update log pendakian dulu
0825 : naik bot
0840 : sampai starting point
0850 : angkat sauh
0900 : war bunker (tempat simpanan senjata)
0908 : green bank (tempat supply air)
0923 : 1930 jail
0942 : eurasian camp
1024 : church
1210 : peak
1315 : angkat sauh
1345 : pusat tahanan kusta
1350 : starting point
1400 : naik bot balik
Ni la check point pertama.
Kedalaman dalam 30 kaki, ada terowong tapi tak berani turun. Buatnya jumpa anaconda..sengeh derr
Sel penjara tahun 1930, serammmm
Ni pulak tapak sekolah lama.
Last sekali kami lepak church, tak berani nak jenguk masuk. Tengok dari jauh.
Trek dari starting point ke church santai-santai ja. Jalan sat berhenti lak kat check point. Lepas church nak ke peak baru tercungap. Layan je la. Peak tak dak view cuma da beirut ja. Tangkap gambaq, lunch megi dengan nescafe o panas. Lepas tu turun la. Jalan turun tak sama dengan naik.
Sebelum sampai starting point akan jumpa pusat kuarantin ni. Lalu ja tak singgah jenguk pun.