Wednesday, September 1, 2021

AstraZeneca Clan

25 Ogos adalah tarikh temujanji suntikan dos kedua AZ. Dulu excited nak cucuk, kali ni nervous sangat-sangat sebab first dose dulu down 2 hari. Demam, tak lalu makan, lenguh tangan, letih..huhuhu

So decided untuk lepak umah abang chaq, senang kalau demam ada orang tengokkan makan minum ibu. Temujanji jam 5 petang tapi belajar dah dari pengalaman hari tu. Betul-betul ikut waktu temujanji lastly masa balik (peak hour orang balik keja) sangkut 2 sjr kat nak naik bridge dengan Sungai Dua. Pukul 7.45 malam baru sampai rumah.

Maka hari Rabu lepas masak terus angkut segala barang ke rumah abang chaq. Lunch, zohor..jam 2 petang gerak ke Spice Arena. Pukul 2.30 check in. Ada saja petugas yang bantu sepanjang jalan. Check in my sejahtera, check temperature, update profile, isi borang persetujuan kali kedua. Siap semua terus masuk cucuk. Kali ni request nak record dan doktor bagi kebenaran. Yezzaaa..ada kenangan.

Selesai cucuk, rest 15 minit. Ok semua..bye bye..3.20 check out. Ronda jap ngan Mr Brill, tak berhenti mana pun just drive sambil layan lagu. Lega rasa dah lama tak drive jauh-jauh.

Layanlah seketul video. Kali ni tak bergambar pun complete second dose. Dan alhamdulillah simptom kali ni pun light-light gitu aja. Tak demam, just letih hari esoknya. Dapat tidur dan rehat yang cukup. Rabu cucuk, khamis rehat, jumaat masuk keja dah.