Tuesday, December 28, 2021

Teluk Senangin & Pulau Pangkor : Penutup Tirai 2021

Ingatkan satu ja trip untuk tahun ni, tapi alhamdulillah dapat jugak somewhere untuk penutup tirai 2001. Tapi jenuh juga nak cari lokasi yang sesuai. Lastly dipersetujui Teluk Senangin dan Pulau Pangkor. Maka karanglah itinerari untuk 3 hari 2 malam. Dan inilah first trip camping tepi laut. Memang wow lah sebab tak payah pikul load tapi panas bahang malam tak bole bawak bincang woooo.

25 Disember 2021 (Sabtu)

1205 : Ambik Miza kat stesen keretapi. Semua kumpul kat umah, lunch and zohor.

1430 : Bertolak ke Teluk Senangin. Jalan okay tak jem..just kenderaan banyak la.

1800 : Sampai Teluk Senangin, pusing cari port. Confirm..pacak khemah

1900 : Mula membakaq sambil layan sunset.

Chalet banyak ja kat sini. Port camping berbayar pun ada (ada electricity). Cuma saja ja kami ambik yang jauh sikit biarlah walaupun tak dak electrik..kan dah biasa camping, kami ada lampu sendiri hahahaha..cuma toilet jela jauh sikit..kena naik kereta. Tapi apa ada hal..bukannya tak pernah tidoq dalam hutan..khennnnn.






Sebab saya driver so bole la relax goyang kaki layan view and sunset. Sambil berangan...berangan itu kan percuma ajaaaa...

Maka adiklah jadi mok cik kantin..hohohoho




Tadaaaaa siaplah siakap sekoq, sotong setengah kilo, udang setengah kilo dan jagung 5 jantung.
Makan sampai sengkak perut..layan betui..abis makan sambung kira bintang kat langit. pastu zzzzzzz..

26 Disember 2021 (Ahad)

Bangun pagi, gosok gigi, solat subuh, breakfast megi sorang semangkuk..pastu kedebum mandi laut sampai puas, sampai kecut jari. Pukul 10 baru p mandi, siap kemas banglo...chalooooo

Kami terus ke Jeti Marina (sebab dari Jeti Marina ke Pangkor just 10 minit berbanding 30 minit kalau dari Jeti Lumut). Sekali nahai parking sehari rm20, dua hari dah rm40..perghhhh. Then decided jomlah ke lumut lagipun tak jauh pun dalam 10 minit ja. Ada parking bertingkat per day RM15. Disebabkan long-long time ago rajin dok mai jenguk abg chaq n abg chik kat base TLDM sini. So, rasa confident tu tinggi la jugak. Habaq kat member kita park ja area kedai-kedai ni cuma cari yang dekat pintu jeti then kita beli daily parking coupon.

Settle parking 2 hari RM8

Tiket sama ja dari Jeti Lumut Atau Marina..RM14 return untuk dewasa. Simpan tiket sebab nanti nak kena tunjuk time balik nanti. Tiket pukul 1.30 ptg so lunch dulu lah. naik feri terus zzzzzzzz (ekon pun kuat..sedap jeee). Sampai turun terus uncle  van pin sambaq..nak ke mana adik? ishhh rindu pulak kat adik manis..tiberrrr..

Maka naiklah van pink ke chalet di Teluk Nipah..RM16..settle.
Sampai depan pintu receptionist uncle hantaq. Terus check in kedaboommm sambung lena. Letih wei dengan cuaca panas tak leh bawak bincang, dengan mlm smlm lena2 ayam ja (cuaca panas tau waktu malam di tepi pantai plus awal pagi hujan lak, so berimpit dalam kemah). Tapi apa pun saya mandi dulu pastu baru lena..Jaga pukul 5 ptg dah..Habaq kat geng kui 6.30 kita keluaq layan sunset and dinner.

Gini lah rupanya..ada la gaya macam kat Ao Nang..sikit jelah..apa pun wajib try apam balik..mabeles..teringat lak pancake mak cik yamilah..yummylicious..sambil survey esok nak gerak macam mana..sewa keta? sewa moto? atau ambik pakej van pink?

27 Disember 2021 (Isnin)


Okay, firstly nak habaq mai pulau ni kecik ja..stgh jam ja abis dah ang keliling pulau. Plus jalan berbukit dan kecik. Ditambah pulak tak dak keta baru, semua kereta wira, iswara aerobik, toyota unser dan semua manual..hahahaha jahanam nak suh aku drive manual jalan gini. Cuma ada baca dalam blog van pink ada ja tour package. 2 jam van akan bawak p tempat2 menarik seperti Masjid 1000 Doa, Masjid Terapong, Kota Belanda, Batu Bersurat, View Point, Kilang Hasil Laut. Bole settle ja dalam 2 jam siap leh selpie bagai. Price pun okay just RM80 per van.

Kota Belanda

Batu Bersurat

Masjid Terapung





Masjid 1000 Doa..cantik sangat.





Settle tour terus van bawak ke jeti, kalau nak berhenti kat kedai duty free pun bole..nanti jalan kaki ja ke jeti (dekat ja). Tapi dah kami tak mau shoping apa so terus ke jeti la. P redeem tiket terus dapat time pukul 1.15 petang. Naik feri terus zzzzzzzzz.

Dalam pukul 2 sampai Lumut, terus shoot balik Penang sebab semua kenyang lagi. Berakhirlah sudah percutian 3h 2m. 

Okay bangun pagi ni terus buat self test kit. Alhamdulillah