First trip selepas berehat seketika. Cuma satu tujuan untuk menghadiri walimatul urus adik manis. Tapi dah alang-alang dah sampi belah sana susunlah itinerari untuk 2 hari 1 malam. As usual angkut adik kesayanganlah sebagai teman..seperti biasa gitewwww.
18 Jun 2022 kami bergerak jam 7 pagi dari Seberang Jaya, plus sesat ngam sampai kat Masjid Bandar Enstek around 12.30 tengah hari. Rest jap, salin baju dalam 1.20 petang gerak dengan kereta kak azimah. Ngam-ngam gitu pengantin nak berarak masuk. Habis makan, snap-snap pic dengan adik..alahai cantik manis keduanya..sama cantik sama padan..till jannah insyaAllah. Terus shoot ke hotel, check in..berehat bersama kit kat jap.
Plan nak dapat view malam untuk Masjid Sri Sendayan sebab tu p check in dulu. Cuma sampai tu dah mula gerimis. Masuk solat maghrib, lepas tu sambung klik-klik pic lagi. Cantik sungguh masjid ni. Awal tahun hari tu memang dah susun plan nak bawak ibu and kids mai sini masa cuti sekolah bulan 3. Namun apa kan daya..Al Fatihah buat insan yang paling aku sayangi di dunia ini..moga jannatul firdaus miliknya tanpa sebarang hisab..ameeennn
Ingat nak p Moru Outdoor, nak cari barang hiking. Sekali kedai tutup dah, ronda cari dinner jela. Nasib baik lokasi hotel memang strategik. Dekat dengan AEON, Lotus, kedai-kedai makan. Dinner like a king bebeh..nasi putih, tomyam, siakap 3 rasa, teloq dadar. Settle dinner balik zzzzz. Opss tak zzz lagi kelebek tengok pic wedding adik manis. Alahai suka betul tengok, cantik sangat-sangat.
Nextttttt..where else kan kalau kami berdua..mesti la ada selit dalam iti untuk hiking. Kali ni kami pilih Bukit Melati Trail. Banyak peak, rasa dalam 5 atau 6 peak. Tapi insyaAllah tak sesat, direction clear dan orang pun ramai. Cuma sesat nak ke starting point ja. Sesat dalam food court. Macam-macam makanan adooo.
Lepas turun kami breakfast macam-macam, saya makan satay..mabeles, sedap cuma kuah sikit ceroi. Kena pulak dengan sirap limau ais..aishhhh mantoppp. Habis 1 loop, breakfast, patah balikmke hotel. Mandi, siap, check out jam 11 pagi.
Off toooo Decathlon Sri Damansara. Shopping timeeeee. Beli la something untuk trip KK bulan depan. Beg 30L, tshirt hiking, glove, poncho. Itu aja..kedebuk kedabak RM200 gak melayang..hohohoho..
Dalam pukul 1 ptg kami bergerak balik, singgah rnr Rawang for lunch and solat. Janji ngan Kak Azimah konvoi sekali. Masa balik hujan sekejap-sekejap gitu, kenkadang traffic slow. Gitulahhh. Pukul 7 malam selamat sampai Masjid Seberang Jaya. End of journey.