Monday, August 12, 2024

Trip Pantai Timur : Mossy Forest Jason Trail

Tak ingat dah sapa yang mula bercakap pasal mossy forest. Tak dak pun dalam itinerari awal. Even Cameron pun belum decide betul-betul sebab hanya akan naik kalau cuaca okay. Hari Isni lepas check out dari Merchang naik ke Titik Tengah Temerloh. Tengok cuaca alhamdulillah panas dit sit. Maka sepakat setuju ke Cameron menggunakan Jalan Sungai Koyan.
Sampai kat Petronas Raub mula bersembang pasal apa nak buat kat cameron plus tetiba lak Izzah ada meeting online pukul 9 pagi. So Izzah deal untuk trip mossy forest pukul 11 pagi while eija deal tempahan chalet and me of course la driver yang kena bagi 100% tumpuan almaklum la first time pakai Jalan Sungai Koyan ni.

Okay lock 3 seat jam 11 pagi hari Selasa. Itu pun kena sidai dekat sejam. 11.45 pagi baru powil gerak naik ke starting point (sama tempat starting point Irau). Rindu wei, seriously..the smell, the view, goyang dok dalam powil. Sampai, naz brief kejap then terus kami masuk Jason Trail, dalam 300 meter. Lebih kurang sejam la jugak dalam trail tu sebab banyak bergambar. Masing-masing teruja, cantik kot..trek terpelihara sebab dah lama tutup. Baru buka balik April tahun ni. Kira masih dara laaaa...hehehe

Harga trip RM35, add on RM10 untuk permit hutan simpan.


Mountain is calling..

I cant deny anymore...

Ikut aja laluan bertali..

The view...

Kaki kanan dalam negeri Perak, kaki kiri dalam negeri Pahang

With my kesayang-sayangan..depa pun dah hadam dah perangai even i'm the eldest but I anak bongsu..so hadap jelah kan..ekekekeke

Friday, August 9, 2024

Trip Pantai Timur : Teratak Rimba Abam Peah

Plan asal nak check in area Gua Musang. Tapi bila cari homestay semua full rupanya hari sabtu 03 hb tu penamaan calon Dun Neggiri dalam  parlimen Gua Musang. Patut la semua full. Then nak pilih Dabong, tapi Dabong dah pernah sampai. Zoom balik dalam google maps tengok daerah yang sebelah ialah Kuala Krai. Cari la apa yang menarik di situ, dapat la satu port ni..tempat makan dalam kebun.

Baca review tempat ni baru lagi, review herlok la. Onz la situ plus boleh tengok kawasan banjir besar 2014 dulu iaitu Manek Urai. Tempatnya cantik, bersih, cuma jalan nak masuk tu walaupun singkat aje tapi scary. Macam naik roller coaster. Plus tak dak line situ..tapi no worries depa bagi password wifi.

Dan yang bestnya ada gerai jualan setiap Jumaaat dan Sabtu. So kami sampai dalam pukul 4 gitu sempat la lagi ronda gerai-gerai jualan. Dan la makan pulut durian musang king walaupun perut tengah sendat lagi dek late lunch kami kat Jeli. 

Ni homestay..boleh muat dalam 6-8 orang.

Tadaaaaa..nila pondok kami bermalam, bole muat 2-3 orang cuma toilet di luar. Ada aja chalet yang toilet di dalam cuma muat 2 orang.

Hehehehe...saya pecat awok. Sila tanggal kasut sebelum naik tangga ke pondok okay.

Ni la gerai jualan tu dan depa tak boleh jual benda yang sama. Bagus kan..



Bersih kan kawasan dia..cuma masa kami sampai tu hujan mula turun renyai-renyai. So, ramai pengunjung mula siap nak balik dah. 


Ni la sungai nya Sungai Pahi, nampak macam cetek kan tapi paras lutut saya gak la, arus pun deras. Bangun the next morning makin dalam cuma a bit keruh. Kami tak mandi pun, celup-celup kaki aja. Pada saya 10 bintang la tempat ni..recommended. Malam berikutnya kami stay kat satu glamping port area Terengganu tapi malas lah nak up story, indah khabar dari rupa.

Thursday, August 8, 2024

Trip Pantai Timur : Reunion Bersama Adik-Adik

Trip lepas kami ke Dabong dan Johor. Kali ni ke Pantai Timur pulak cuma pendek sikit masanya 4 hari 3 malam sahaja. Hari tu Johor saja dekat seminggu, itu pun tak habis cover lagi. Up itinerari dan bajet dulu ya. Route kali ni Kuala Kangsar --> Jeli --> Kuala Krai --> Merchang --> Temerloh --> Cameron Highlands --> Kuala Kangsar. Yang Cameron aja last minute book chalet sebab nak tengok cuaca dulu, kalau tak okay mebi ubah ke KL.

Sabtu 03.08.2024

0830 : gerak dari Kuala Kangsar
1210 : sampai Lata Kashmir, take 5, snap pic
1300 : gerak ke Teratak Rimba Abam Peah, Kuala Krai
1500 : check in Teratak Rimba Abam Peah

Ahad 04.08.2024

0815 : check out, off to Merchang (guna jalan felda aring - kenyir)
1400 : lunch @ Pantai Kelulut
1530 : naik bot ke Merchang Glamping Park
1730 : ronda area glamping
2100 : dinner meggi by chef eija

Isnin 05.08.2024

0840 : check out, naik bot
0900 : breakfast @ Seri Gong Roti Tempayan
1330 : sampai Titik Tengah Semenanjung @ Temerloh
1400 : gerak naik Cameron (guna jalan Sungai Koyan)
1800 : check in chalet Taman Sedia
1900 : dinner steamboat @ Highlands Steamboat & Cheese 
2200 : balik chalet, rest

Selasa 06.08.2024

0700 : jogging area Taman Sedia
0830 : breakfast @ Opah Strawberry & Scones
1000 : check out, off to Nova Highlands
1145 : naik powil untuk trip mossy forest
1400 : turun dari mossy, off to KEA Farm (shopping time)
1500 : gerak balik

Belanja

Petrol = 210
Tol = 32.90
Glamping @ Merchang = 240
Teratak Rimba Abam Peah = 130
Chalet @ Cameron = 150
Durian = 67
Trip mossy = 105
Parking = 14.40

Total = RM949.30 (divede 3)
Per person = RM316.40

Itu pun meals semua adik-adik payung..aishhhh..rezeki betul punya travel buddies yang tak berkira bab duit ni. Semoga makin murah rezeki kamu adik-adik kesayangan.

Next ke mana ya..Highway Pan Borneo dah siap...hurmm Sarawak & Sabah kot

Jason Trail...mengubat rindu pada hutan.




Glamping di Terengganu...so so aja..tak recommend sangat.


Makan ICT & view memang herlok, mungkin sebab kami sampai tengah hari..memang cantik lah laut.. habis sun burn muka.

Ini saya recommend, cuma jalan nak masuk tu la a bit scary, kalau weekend cuak jugak bila selisih, cuma tak dak line dalam ni. Depa ada wifi, tapi cam siput. 



Lata Kashmir ni pun ada camp site tapi x best lah sebab nak kena turun menapak baru nampak sungai.