Friday, October 25, 2024

Pattani : Green Market

Confirm lah tak nampak Hatyai dah, tak sangka Pattani cantik dan tenang. Drive sama macam kat Pantai Penarek, drive sepanjang pantai, nampak masjid banyak, local semua bertudung, jalan luas dan tenang. Tak sesibuk Hatyai. Masuk pekan pun okay aja. 

Ada satu market macam Asean Night Bazaar cuma ia hanya jual makanan. Namanya Green Market, buka setiap hari dari jam 4 petang hingga 10 malam. Makanan semua sedap2, plus lagi mudah sebab depa semua boleh cakap bahasa melayu.





Saya wajiblah dengan pulut ni





Rambang mata wei, semua benda nak telan.

Thursday, October 24, 2024

Pattani : Forest Beach Resort

Memang ohsem lah, bilik cantik, view herlok, harga okay la berpatutan, pantai dan laut yang bersih dan cantik. Jumpa resort ni masa scroll tik tok, try contact owner..tapi tak berbalas pun whatsapp. Problem untuk area Pattani ni hotel tak banyak yang boleh booking kot agoda atau booking. Semua kena direct owner. 

Masa sampai hujan baru berhenti, so a bit gloomy.

Bilik semua macam ni, pintu kaca, ada tirai. Ni bilik yang paling hujung dekat dengan laut. 


Ni bilik kami, bilik number 11. Boleh masuk 3 orang dewasa. Sebelah aja dengan bilik 9.

Pagi Ahad kami brisk walk, pantai yang cantik dan bersih. Hari ahad baru nampak ramai orang mai berkelah.

Banyak rupanya resort kat sini cuma kena direct dengan owner.




Lepas brisk walk kami masuk jengah kampung situ, jumpa local, sembang2. Jumpa perusahaan keropok, singgah beli. Pastu gerimis pulak, berlari lah kami balik resort. Tak sempat sampai hujan dah berhenti. Sambung lepak depan bilik, makan, lena seround. Baru p mandi dan ready to check out.

Wednesday, October 23, 2024

Pattani : Fall In Love

Nama tajuk trip ni Trip Calories Don't Count During Holiday. Memang trip just santai, healing, drive long distance dan makannnn aja. Kali kedua saya drive masuk Thailand. First time dulu melalui Betong p ragaih Gunung Slilipat. Kalau Hatyai memang tak berani la nak drive, serabut tengok traffic dia. Tapi drive di Pattani ni memang best, vibes drive area Penarek, Terengganu.

First pit stop brunch kat Restoren Banlay Seafood. Memang A lah makan sini, dengan view herlok, makanan sedap, service cepat, ada wifi, staf pun helpful, boleh cakap bahasa melayu fasih.

Tapi tak menahan tu ais sebaldi...untuk berdua...tau la panas dit dit. 

Luas tempat ni, ada tempat ber air cond jugak, cuma tak nampak view laut jelah.

Pas makan awai lagi, so lajak lah kami ke Telaga Sheikh Daud Al Fatoni. Beliau merupakan generasi ke29. Lahir di Pattani tapi meninggal dunia di Taif.

Tepat jam 2 petang (waktu Thailand) kami check in Forest Beach Resort. Nanti saya cerita lain pasal resort ni. Memang ohsem, cantik, herlok.

Ni hari kedua..kami brisk walk sepanjang pantai. Banyak aja chalet2 dan resort2, tapi semua kena direct owner, tak register melalui booking ka agoda ka. 

Tengah brisk walk jumpa kak ni nega lak..memborong sakan.

Tadaaaaa....breakfast mengadap laut...heavennn

Sini ha update itinerari kami

19 Oktober 2024 (Sabtu)

0800 : gerak dari Alor setar ke Kompleks Imigresen Dan Kastam Durian Burung
0930 : sampai area border ke Kedai Anis (ambil insurans kereta, white card dan beli sim card Tahiland)
1000 : border lengang (10 minit selesai). Shoot ke Restoren Banlay Seafood (brunch situ)
Dalam perjalanan singgah di Sakom Beach (nampak banyak gerai jualan)
1200 : ziarah Telaga Sheikh Daud Al Fatoni, lepak situ makan ais krim
1300 : gerak ke Forest Beach Resort, check in, rest
1600 : gerak ke Green Market, cari dinner, lepak sampai maghrib
1800 : sampai bilik, rest...zzzzz

20 Oktober 2024 (Ahad)

0700 : brisk walk, jumpa orang meniaga, singgah beli breakfast, lalu masuk kampung tengok perusahaaan keropok.
1100 : check out, off to Municipal Market
1230 : lunch @ Mayawee Riverside Restaurant (so so aja..Banlay sedap lagi)
1430 : bertolak balik ke border
1630 : sampai border, settle imi
1730 : bertolak balik Penang

Expenses 

Forest Beach Resort = RM220
Petrol = RM70
Insurans Kereta = RM28
Sim card = RM28
Makan = hahahaha habis dalam 300...gila betui..

 

Monday, October 7, 2024

Semporna : OOTD Mabul Bungalow

Sebenarnya ada tiga pilihan pakej snorkelling

1) Bohey Dulang = memang cantik tapi kena hiking, so avoid 
2) Mabul Island = kena add on RM50 per person kalau nak masuk Mabul Bungalow
3) Timba-timba Island = kena add on RM10 per person untuk fee taman negara

So disebabkan tak boleh hiking maka kami decide untuk ambil pakej 2 & 3. Tapi tu lah kalau anda bukan jenis OOTD memang menung la masuk Mabul Bungalow tu. Nasib baik buddy group ni memang kaki OOTD so puas hati la ambik trip ni. Punya bergambar sampai lencun peluh, hangit tore. Kami pilih tema putih tapi saya tak berani la nak from head to toe warna putih. Saya pilih kaler yang paling ngam ngan saya, skirt dan tudung maroon, blouse aja putih.

Ketibaan kami disambut dengan anak-anak Bajau jual air kelapa, bila kita tak beli terus aja minta duit. waduhhhh..tak tau la rakyat Malaysia ka Filipina.

Tapi memang kagum lah...ada yang naik dok dalam polistrene besaq tu aja, kayuh ngan tangan aja.

Ayaq memang jernih herlokkkkkk...memang dok terbayang sampai hari ni lah kejernihan air laut Semporna.





Habis OOTD, sambung lunch kat situ, salin baju baru turun snorkelling. First OOTD tema yang berjaya untuk kami bertiga. Memang sempoi walaupun lencun dengan peluh.

Friday, October 4, 2024

Trio Ke Semporna

Rasanya kami memang akan reunion trip setiap Sepetember kot. Plan trip ni dari lepas raya, dapat grab tiket KL- Tawau return RM350 dengan MAS. Dah dapat free meals dan check in luggage 10kg. Memang berbaloi naik MAS. Apa pun update itinerari dan kos dulu yea.

24 September 2024 (Selasa)

0630 : fly to Tawau
0930 : touch down Tawau, kecik comel aja airportnya...settle imi.
1000 : gerak ke Jeti Semporna
1130 : sampai Pekan Semporna, shopping jajan, lunch, lepak
1400 : naik bot ke Lato-Lato Mun Resorts
Lepak layan view aja sepetang.

25 September 2024 (Rabu)

0810 : bot pick up ke Jeti Semporna..pastu kena sidai sejam gak
0915 : bot pick up ke Mabul Island
1015 : sampai Mabul Island, OOTD
Snorkelling
- Mabul Island
- Kapalai Island
Frust sebab x cantik, ikan pun tak banyak, air kat mabul bungalow jernih, tapi kat tempat snorkelling tak cantik pulak.
1600 : bot hantar balik

26 September 2024 (Khamis)

0940 : bot pick up ke Timba-timba Island
Snorkelling
- Timba-timba Island
- Pandanan Island
- Pom-pom Island
Lunch kat Mataking Island.
Hari kedua snorkelling sini memang puas hati, coral cantik, ikan banyak, air jernih, dapat tengok penyu.
1600 : bot hantar balik
1700 : sewa kayak transparent..OOTD kat area bilik aja

27 September 2024 (Jumaat)

0930 : check out, kena sidai sejam tunggu orang (miscommunication)
1030 : bot gerak, tetiba kat tengah laut diesel habis pulak, tunggu rescue
1100 : sampai jeti Semporna, bergerak ke Bandar Tawau. Just sempat cover
- Pasar Borong Bilis UTC
- signboard TAWAU
Tak sempat ke tempat mutiara.
1530 : gerak ke airport
1815 : fly to KL
2115 : touch down KLIA


Misi mengejar awan carpet berjaya kali ni, cantik sungguh sun rise dalam awan.

Ni la resort pilihan kami 4 hari 3 malam di sini. Okay la request bilik yang ada private balcony and stair ke laut. Bilik ada air cond. Air panas dan air masak free flow aja, anytime boleh top up kat receptionist. Iron pun boleh mintak situ.

Tadaaaaa...suprise untuk Izzah...sweet 17 sistur, seketui adik yang senang bicara, tak banyak songeh, comel la jugak. Katil king satu, single satu. Toilet ada 2, selesa...

Dok lepak-lepak minum petang, ramai lak yang mai menjual. Ayaq nyok, ais krim, kuih-muih, lobster, ketam..macam-macam lah ada. harga pun okay aja...reasonable..contoh ayaq nyok RM5. Tapi ayaq nyok sini cam tak best sangat, ia macam pahit-pahit sikit.

Snorkelling sampai merelit

Sambung lak kayak transparent...kayuh sampai merelit. Depan bilik aja. Mandi sampai puas.

Sambung OOTD sampai merelit...nanti OOTD Mabul Bungalow cerita lain.

Nampak dakkkkk...bila pakai tudung cerah...terserlahlah Dayang Senandung

Last day...bye-bye Semporna...awak cantik sangat...tapi tak repeat la sebab banyak tempat lagi nak p.

Disebabkan ada kesulitan masa boat transfer lato-lato ke semporna, maka kami sempat cover Pasar Borong dan signboard ni aja. Sakan memborang bilis, saya beli sampai 7kg..hahahaha. Sekilo RM26 bilis siap kopek. Herlokkk nampak mau tak borong sampai 7kg.

Ni cerita bajet pulak untuk 3 orang ya

Tiket flight KL - Tawau return (MAS) = 1050
Pakej Ground (water resorts, meals, 2 kali snorkelling, boat transfer, jetty transfer) = 4050
Entrance fee Mabul Bungalow = 150
Entrance fee Timba-timba Island = 30
Add on Bandar Tawau tour = 80
Kayak transparent & life jacket (masa di resorts) = 55

Total = RM5415
Per person = RM1805

Cam saya tambah la pulak flight Pen - KL return = RM120.
Thanks adik-adik banyak payung meals dan jajan.