Saturday, March 28, 2026

Aidilfitri 2026 : First Time Tak Raya Kat Penang

Alkisahnya Nain dah confirm fly ahad malam dan inah & kak irah both x dapat cuti raya. Maka ashu & umi pun decide ajom lah kita p raya kat KL. Dan alhamdulillah debaran tunggu pengumuman raya hari khamis malam..1 Syawal jatuh pada hari sabtu. Sempatlah nak rest.

Siap masak pagi Jumaat dalam pukul 10.30 pg tu kami bergerak ke KL. Alhamdulillah trafik lancar, sampai check in homestay..prepare for iftar..kami 9 orang. 

Pilih Masjid Menara 118 untuk solat sunat aidilfitri. Siap bawak bekai sebab plan lepas solat, ootd then nak bawak amin jenjalan naik tren.

Kami ke KLCC..tapi itulah manusia punyalah ramai..bersesak dalam tren, lastly ajoom lah balik homestay. Malam tu kami merayau ke lotus yg sebelah apartment ni je ha..jalan kaki ja p.

Hari kedua Syawal kami keluaq awai jugak, p ootd kat Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Siap pakej masuk tour muzium sekali. Dalam pukul 11 pg balik homestay, kemas barang, lunch..check out..terus ke rumah sewa kak irah & inah.

Lepak sana, dan lena seround. Dalam pukul 4 gitu kami gerak ke area Cyberjaya, singgah masjid Cyber, last Anuar packing beg, mandi dan salin pakai sut hitam. Dalam jam 6.30 ptg kami gerak ke KLIA 1. Selesai parking, masuk drop luggage, taklimat, dapat pasport & tiket..last jam 10.10 malam bye bye Nain..dan kami pun bergerak bye bye KLIA..till we meet again Nain next Syawal..InsyaAllah.. Semoga kamu sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..


No comments:

Post a Comment