Thursday, July 26, 2012

Kuching Part 4

My last entry pasal percutian bershopping ke Kuching ni. Kalau ke Kuching pada hari Sabtu atau Ahad pastikan anda ke Pasar Sarikin ni. Memang berjela2 kilometernya..dan berjela2 nak berjalan. Kami sampai pagi ahad pukul 9 pagi di airport Kuching. Pukul 10 kami bertolak ke Pasar Sarikin. Pukul 3 ptg baru bertolak balik ke rumah. Hehe...shopping sakan.
 

Tuesday, July 24, 2012

Kuching Part 3

Nak tau tak apa yang best kat Kuching ni. Tiga benda yang orang selalu order dari Kuching ni iaitu tikar serawak, kek lapis dan ikan terubuk masin. Kami beli 2 tikar, berpuluh2 ikan dan kek..Hurm jadi la luggage time balik seberat 80kg. masa mai ritu 6 kg ja. Gila kan kalau biaq org perempuan ni shopping?

Sunday, July 22, 2012

Kuching Part 2

Satu benda yang saya paling suka percutian bershopping ni adalah menyusuri Sungai Sarawak. Teringat masa arwah tok ada dulu. Dulu tok duduk kat Kota Kuala Muda. Sebelum adanya Jambatan Merdeka hanya sungai dan sampan penyambung perhubungan antara Kota Kuala Muda dengan Seberang Perai. Sampai wujudnya Jambatan Merdeka tu pun saya masih nak naik sampan tu jugak. Best wooo.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan al Mubarak

Jadikan ramadhan tahun ini lebih baik dan bermakna daripada yang lepas.

Thursday, July 19, 2012

Kuching Part 1

Layan gambar la..nak taip apa ntah. Sebenarnya saya mengharapkan percutian yang betul2 bercuti. Tapi ni percutian bershopping. It happen twice already. Dulu masa p Kelantan. Next time nak bawa ibu, berdua ja p bercuti kat pulau..bukan Pulau Pinang yea. Maybe Perhentian Island. InsyaAllah target bulan 4 tahun depan.
 Syok tengok susunannya. Semua kedai sama. Saya suka tengok jer...beli tak pun..hehe.
 

Sunday, July 15, 2012

I- City Shah Alam

Seriously nak p lagi tempat ni. Mmg tak puas jalan hari tu plus dah letih giler seharian driving and cuci mata kat Jalan TAR. Suasana yang penuh bergemerlapan dengan cahaya2 yang sangat2 cantik. Next time saya nak pergi petang..lepak sampai tgh malam. Fuhh, best giler. tak caye tengok gambo2 ni.
Terpaksa balik awal memandangknan keesokkan harinya kami akan bertolak ke Kuching dan flight dr LCCT pukul 7.10 pagi. Nanti saya story mory my trip to Kuching yea.

Saturday, July 14, 2012

Air Mata

Dahulu saya rasa setitis air mata bermakna saya tewas, gagal..kekecewaan yang teramat. Tapi kini saya faham erti sebenar setitis air mata. Sebenarnya, its ok untuk menangis kerana sesungguhnya tangisan itu mampu meredakan situasi ketegangan. Saya buat and yes I feel better and can smile after that. Alhmadulillah.
 

Thursday, July 12, 2012

Ibu


Lagi beberapa hari sahaja 24 jam bersama ibu. Minggu depan dah Ramadhan. Ibu berhijrah jap sebulan di Madrasah Ustaz Abdul Mutalib. Maka rutin tahun ini akan sama la seperti tahun lepas.

Wednesday, July 11, 2012

Minggu ISO

Kekalutan dan kekejaran masa..haha. Dr Azizan cakap macam mana nak urus masa? Beb, masa semua manusia sama. Bukan urus masa deeee...kita yang kena urus diri supaya sentiasa menepati masa.

Minggu ni suasana mendebarkan di KMPP. Hari ni hari pertama audit pensijilan semula MS ISO. Alhamdulillah admin done and so far semua under control. Masih ada 2 hari lagi. All the best, dan insyaAllah KMPP akan dapat mengekalkan sijil MS ISO pada tahun ini. Chaiyok KMPP and KMPPian.

Friday, July 6, 2012

1995

6 Tanjung tahun 1995. Umur saya 12 tahun, cer cari saya yang mana satu.

Monday, July 2, 2012

Renovation Time

Pagi Isnin yang mulia, dah nak setengah Syaaban. Jom, ramai2 renovate hati. Persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan.
 

Saturday, June 30, 2012

Durian

Raja segala buah..macam dah tak dak musim, sepanjang tahun ada. Nampak best ja tepi jalan. Dah la ada pulut susu kat rumah, nak beli. tapi, ibu baru baik demam. Pastu dah nak pi holiday. Nanti la next week. Nyum nyum.
 

Friday, June 29, 2012

Siwak

Salam keberkatan dan rahmat pagi Jumaat yang barakah. Pagi Jumaat ni nak cerita pasal salah satu sunnah nabi yang semakin dilupakan. Bersiwak @ bersugi. Dah lama saya mengenali kayu sugi ni, tapi sekadar di pandang je la. Sehingga satu hari saya mengadu kepada kawan saya yang gigi saya sgt sensitif, dah tak tau nak pakai berus gigi macam mana.

Rupanya bersiwak ni bukan sahaja menguatkan gigi, tapi fadilat yang paling best adalah melancarkan tutur kata kita, melembutkan lidah. Mula2 saya pakai malam dan tengah hari sahaja sbb pagi saya masih perlukan ubat gigi (bau pudina). 2 bulan selepas tu mmg tinggal terus berus gigi. Dan sekarang ni dah hampir 4 tahun saya menggunakannya. Memang puas hati.
 

Wednesday, June 27, 2012

Diri sendiri Penentu Arah Tuju

Takdir, qada dan qadar. Menyesali nasib? memarahi takdir? Ingat firman Allah "Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.

 Kita yang pilih sendiri..kaaannnn 

Sunday, June 24, 2012

Thursday, June 21, 2012

Selamat datang Syaaban

Lagi 29 hari untuk menyiapkan diri menyambut Ramadhan al Mubarak. Selamat beramal dan jangan lupa menambah nilai pada kehidupan orang lain.

Tuesday, June 19, 2012

Vios TRD Sportivo

Lepas maghrib tadi mai angin mengemas dapoq. Settle semua, so rasa macam nak beradu awal sikit. Sebelum tu jangan lupa mind creates reality. Dan teknik visualize adalah antara yang terbaik. Alpha saya mesti memilikinya.



Selamat malam semua dan semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

Friday, June 15, 2012

Saturday, June 9, 2012

Asalnya Hari 5S bilik jer

Asalnya nak cuci kipas siling and sapu serawang jer. Pastu nak ke seberang Jaya cari nombor celcom. Tiba2 nekad nak tukar warna bilik. Sebenarnya mata dah berpinau2 tengok kaler ijau menjerit ni. Tu la dulu tak nak dengar cakap ibu. Kaaannnn

 Warna bilik saya..amacam? 


Sesi mengecat telah bermula.

 Taraaaa...hasilnya. 2 sides saya biar warna ijau tu. 2 sides lagi saya cat warna snow white. Tetiba rasa bilik saya besaaarrrr. Dan warna putih ni benar2 menyedapkan mata saya.Hehe, maka seharian lah saya mengecat dan mengemas bilik hari ni. Habis tu, nombor tak cari lagi..adoi bila nak siap business card macam ni? 
 

Friday, June 8, 2012

Vanilla Coklat

Tengah hari tadi lunch kat Restoren Nelayan Hujung Batu, Bagan. Pastu ke Tesco Extra. Jalan2 cuci mata, masuk kedai RM5. Jumpa la benda alah ini.



Beli 2, satu letak kat pejabat, satu dalam bilik. Kat pejabat letak tepi CPU. Kurang sikit baunya, mungkin sebab ruang tu besar. Balik rumah letak dalam bilik. Pas maghrib tadi keluar ngan Nisha, sampai rumah tadi dalam pukul 9.30. Buka ja pintu bilik...adoi sedapnya bau..vanilla coklat..tetiba rasa lapar balik. Betul la bau ni bisa melaparkan diriku balik. What say u Hanisha?

Thursday, June 7, 2012

Samsung Galaxy Note

Hampir setiap malam hingga ke subuh hujan. Kadang2 lebat sangat2..saya suka. Waktu hujan lebat adalah di antara waktu yang terbaik untuk berdoa dan alpha. Terkini saya alpha untuk memiliki...sebelum 29 Jun 2012. Saya berusaha lebih gigih untuk memilikinya.

 

Tuesday, June 5, 2012

Appreciate 2

Something from someone that make me smile on Monday morning.

Suka kain ia, lembut dan menjadikan bentuk muka tidak membulat. Sesuai dengan my jeans n t shirt. And I like polka dot dot dot. Kaler pun cantik. Its really really sweet. Thanks again kak Sha. Dada pun dapat, corak yg sama just different colour.

Saturday, June 2, 2012

Men'cara' Kuih Cara

Request dari Ameer Mujahid (anak kakak) nak makan kuih cara. 


Ni gambar atas dapoq lagi...tengok acuannya, tutun-temurun beb.

 Dah siap boleh makan, dap dap nyer

Thursday, May 31, 2012

Tambahan Kekacang

Dapatkan kacang goreng masin di DC Stop Centre mulai hari ini...yeeeehaaaaaa.

 

Saturday, May 26, 2012

Sepagi di Pantai Miami Batu Feringgi

Selalu mandi garam, kali ni nak berendam dalam air garam. Masa untuk menambah energy. Ingat pesan mentor "lagi tinggi energy kita, lagi tinggi lonjakan ke arah kejayaan". Tapi ombaknya kuat...ngeee..ibu cakap dok tepi ni aje.


Thanks ibu temankan saya sepagi hari ni, melayan karenah saya..hehe...

 Just bermain di gigi air...ngeeee..
 Teringat tahun 2007 bercuti di Pulau Kapas, cantik sungguh pantai dan laut belah sana.
Teringin nak ke Pulau Perhentian.

Tuesday, May 22, 2012

Ahlan Wa Sahalan Rejab

Selamat berpuasa pada hari ini. Semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.


Doa saya di pagi hari ini :

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagai...mana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu". Amin

Monday, May 21, 2012

It's Monday Again

So, apa masalahnya?




Haha..but thats not me. Teruja dan tak sabar nak ke pejabat esok. Nak tau sebabnya?, cer tanya orang sebelah.
                                    1) Kafe tak beroperasi lagi, koperasi tak sure.
                                    2) Pejabat akan diserbu esok (untuk check kew 8 DG44 ke DG48)
                                    Maknanya esok insyaAllah DC Stop Centre akan diserbu...yeeehaaa.

Dan esok saya akan dapat tgk wajah2 yang hampir 3 minggu tak tengok, wajah2 yang saya rindu tu..Dan ada seorang yang sangat2 saya rindu. Tak sabar tunggu esok.

Saturday, May 19, 2012

DC Stop Centre

Hari Isnin (21 Mei 2012), lecturer KMPP akan mula bertugas. Pendaftaran pelajar baru pada 28 Mei 2012. Kafeteria hanya akan mula beroperasi pada 28 hb. So, saya dapat rasakan kesukaran untuk staf kolej mencari jajan ataupun apa2 yg boleh dikunyah. Masa cuti 3 minggu yg lepas pun ramai lecturer yg datang buat keja kat pejabat dan ramai jugak dok mai tanya saya ada stok makanan apa.

Maka saya rasa perlu saya mengambil satu insiatif untuk memudahkan staf kolej tak perlu keluar untuk mencari jajan @ makanan ringan. Kaaaannnnn...maka pagi tadi ke opis lah saya menyiapkan DC Stop Centre yang akan mula beroperasi secara rasminya pada hari senayan depan.
Just datang buka penutup kotak, pilih mana yg berkenan di hati n di tekak, kalau banyak beg plastik ada disediakan. Kalau bawa duit cukup2 just masuk ja dlm tin duit tu, kalau ada baki kena bayar kat saya lah yea..kalau nak suruh saya keep the change just masukkan dalam tin jugak..hehe

Rasa nak upload tak dalam FB? Risau pulak sbb prnh ada org komen..."opsss, bisnes during office hours".

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Ucapan ini ditujukan khas buat insan2 yg hadir untuk menerangi hidupku :

Seumur hidup : ayah & ibu (my late father was a teacher n ibu suri rumah pintu sepenuh masa), kak fizah (my third sister).

Zaman pra school : tak ingat dah nama cikgu2, just arwah tok su haluih (guru mengaji Quran).

Zaman sklh rendah : Cikgu Zainudin, Cikgu Lamzi, Sir Dz, Ust Mohamad, Ustzh Fairuz dan yg tak ingat nama dah.

Zaman sklh menengah : Ust Suhaimi, Ust Rijaluddin, Sir Ahmad Humaidi, Pn Wan Faezah, Ustzh Salha, Ustzh Faizah, Teacher Syikin, Ustzh siti Aisyah, En Mazlan, Ummi Noor Pah, Pn Faridah, En Nazri dan ramai lagi lah.

Masa kini : mestilah mentor no 1 Malaysia Dr Azizan Osman, mereka2 yg memperkenalkan saya pada dunia MLM (walaupun hancur semuanya tapi alhamdulillah banyak pengalaman dan skill yg dapat), abg hamid (my bro in law), khairul (tokey labu sayung), kak harlina, en nazri, kak noor habsah, sabina, k.sham, k.azah, hanisha, kak sha, erfa, fiona tahir, kak nadia hana gold, en zaidi (ketua crew), azwani (adik DAO) dan ramai lagi lah.

Selamat Hari Guru untuk kalian semua, Allah sahaja mampu membalas jasa2 kalian pada saya.


Tuesday, May 15, 2012

Kelas Gubahan

Terkini, saya wajib mencari kelas gubahan untuk memastikan kerastangan saya menjadi kraftangan. Bukan kelas gubahan lagu tapi kelas gubahan hantaran, hamper, door gift dan yang sewaktu dengannya. Jap lagi bole survey telefon yang dekat2 dulu la, giat mara n kolej komuniti. Tiba2 rasa teruja pulak nak pi kelas2 macam ni..Haha 'unsangkarable'.

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Pada saya setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari saya bersama ibu. Setiap hujung minggu juga bersama ibu. Amacam ko ader? Ayat favourite DAO. Pagi tadi buat cucoq jagung, breakfast dgn ibu. pastu p Klinik Dr Razak, yearly check up mata ibu. Everything was good. Tengah hari kami lunch di Bawal Goreng Sg Petani. Pastu balik relax jap kat umah. Dan sekarang nak keluar jap ke Seberang Jaya. Jalan2 cuci mata...I love u so much ibu.