Thursday, November 30, 2017

Pengangkutan Awam Trip Medan

Perancangan asal kami nak naik bas saja dari Medan ke Parapat tapi last minute tukar plan sebab nak elak macet (jem) di Bandar Medan dan nak sampai awal di Parapat utk catch feri. Maka keluar saja dari Lapangan Terbang Kuala Namu terus ke kanan. Akan nampak stesen bas dan charted taxi. Ada dua pilihan sama ada Paradep atau Nice Trans. Kami pilih Nice Trans dengan bayaran IDR 80k per head (tapi akhirnya kena pau lagi IDR 20k..hohohoho).

Plan asal naik Bas Damri (epot - medan city) then naik Bas Sejahtera (medan city - parapat).

Sampai Parapat, naik feri ke Samosir. Dan untuk ronda Samosir kami pilih speda (scooter).

Kalau solo traveller @ berdua ini la yang jimat..rempitttttt.


 Hari ketiga dari Parapat ke Kabanjahe City. Kami naik bas.Besttttt..pengalaman baru.


Di Kabanjahe dan Berastagi kami merempit lagi. Dan untuk ke Gunung sibayak kami naik angkot dan van KAMA.

Van ni mmg sentiasa standby kat Pekan Berastagi. Ada ja kat roundabout tu.

Ok..ini last..
Dari Kabanjahe City balik ke Airport Medan, kami naik bas ni IDR 40k per head. Air cond siap bagi bantal sorang satu. Nasib tak bagi selimut. Bas berhenti betul-betul depan lobi perlepasan. Memang senang dan puas hati.


Saturday, November 25, 2017

Menawan Gunung Sibayak

14 November 2017 = gunung pertama yang didaki di luar negara. Gunung berapi yang masih aktif meletus kali terakhir pada 1881. Sekali lagi tahun 2009 meletus kecil membentuk kolam sulfur.

Sebenarnya hari kami tiba di Kabanjahe City, berlaku erupsi di Sibayak. Debu meliputi bandar tersebut. Ingatkan erupsi dari Sinabung, rupanya dari Sibayak. Gunung yang bakal didaki malam harinya. Hohohoho.

Ada 5 gunung sekitar Berastagi iaitu Sibayak, Sinabung, Sibuatan, Singgalang dan Si Piso Piso. Dua gunung (sinabung & sibayak) masih aktif. Suhu semasa pendakian sekitar 16°. Ditambah dengan angin. Kami mula mendaki jam 11 malam. Berhenti di kaki Sibayak dan rehat. Terus mendaki jam 6 pagi. Menggigil melawan dingin pagi.

2212 meter dari paras laut.

Bertahan dengan unggun api. Tidur2 ayam ja malam tu.

Awas, kalau anda gayat. Treknya mmg lereng bukit.

Kolam sulfur yang terbentuk selepas letusan pada tahun 2009. 

Jenuh jugak sebab naik slps hujan, trek lincin..

Sejam setengah..view superbbbb

Nun di hujung kelihatan Gunung Sinabung..insyaAllah one day..

Charted van yg bawa kami dari Berastagi ke enterance Sibayak. Nak jalan kaki dr Berastagi pun boleh (dalam 1 1/2 jam).

Wednesday, November 22, 2017

Hari Kedua Di Pulau Samosir

Kami sewa speda (scooter) untuk ronda Samosir. Range harga speda di sini idr 60k - 100k. Pandai-pandailah cari dan nego. Keluar dari hotel seawal jam 7 pagi. Terus ke Menara Tele. Hampir 2 jam perjalanan plus berhenti berswafoto. View mmg best, jalan mudah sebab banyak signboard tapiiii hati-hati sebab jalannya x la comel sangat dan kenderaan sana mmg laju..berdesupppppp

Dan jangan lupa bawa wind breaker dan glove, sejuk baq ang. Dah puas selfie terus ke Efrata Waterfall. Konon bawak baju mandi..hohohoho..nak beku? sejukkk weii.. Tukaq plan, nnt mandi kat hot spring.

Settle bergambar and rest jap (sakit pungkoq naik moto lama2) terus ke hot spring. Jam 2 ptg sampai hot spring. Nak meninggal tgh2 hari panas nak mandi ayaq panas. So, termenung la kami tgk kolam2 ayaq panas sambil berselfie dan melepas hajat.

Sambung merempit, badan pun dah letih..makan pun ala kadar roti & megi ja. Sangat sukar mendapatkan makanan halal di Samosir ya. Kami berhenti melepak di Pantai Barbaba. Melepak sampai lena..lega baq ang dapat perbetui urat. Dalam jam 5 ptg merempit balik hotel sambil cari kedai makan muslim. Dapat gak la sepinggan nasik dgn ayam guring..nyum nyum nyum.

View from Menara Tele

Kombinasi bukit, tasik dan air terjun yang mmg menenangkan.

Efrata Waterfall

Hot Spring

Last pit stop dan lena seround Pantai Parbaba.

Tuesday, November 21, 2017

Full itinerary Medan 11-14 November 2017

Route Png - Medan - Parapat - Samosir - Parapat - Kabanjahe - Medan - Penang (4 hari 3 malam).

Day 1 (11.11.17 Sabtu)

1) Fly png - medan (return rm295.80)
2) Touch down, top up sim card = idr77,000
3) Naik charted taxi (nice trans) ke parapat = idr100,000.
4) Lunch soto ayam = idr48,000
5) Sampai di jeti Ajibata. Naik feri ke samosir = idr16,000
6) Check in di Royal Toba Inn, Tomok = idr180,000 (kami book sehari sj sbb mlm seterusnya nak cari sendiri ja di tuktuk)
7) Upah supir utk bwk ronda kwsn berdekatan = idr60,000. Sempat cover muzium batak, makam sidabutar, si gale² dan huta sialagan.
8) Balik hotel, rehat dan zzzzz.

Day 2 (12.11.17 Ahad)
1) Rental speda = idr70,000
2) Isi petrol = idr22,000
3) Merempit hampir 2 jam ke Menara Tele. Sempat cover menara tele, efrata waterfall, hot spring, pantai parbaba. Petang sampai hotel di Tuktuk.
4) Check in di Poppy Inn = idr200,000
5) Dinner and rest zzzzzz.

Day 3 (13.11.17 Isnin)
1) Naik feri balik ke Jeti Tiga Raja = idr30,000
2) Ambil bas ke Kabanjahe City (transit di Siantar) = idr200,000
3) Tiba di Kabanjahe City, bertemu dedek azman (guider sibayak).
4) Merempit lagi ke waterfall si piso piso.
5) Dinner = idr107,000.
6) Rehat, mandi, siap di masjid.
7) 9 malam bertolak ke berastagi menaiki angkot (mcm teksi di sana) = idr13,000.
8) Beli barang makan dan air = idr141,000
9) Charted van ke permulaan Sibayak = idr180,000.
10) Jam 11 mlm mula berjalan ke kaki gunung.
11) Sampai di pit stop pertama. Plan asal terus naik, kemudian rehat di puncak. Tukar plan sebab hujan mula turun. So, tidoq dulu.

Day 4 (14.11.17 Selasa)
1) Jam 6 pagi mula bergerak ke puncak sibayak.
2) Jam 10 pagi siap untuk kembali ke rumah dedek di Kabanjahe City.
3) Mandi dan kemas beg.
4) Naik angkot ke terminal bas = idr10,000
5) Naik bas almasar ke epot = idr80,000.
6) 3.30 ptg sampai di epot. Lunch = idr111,100.
7) 6 ptg boarding. 6.45 ptg flyyyyy..

Cantik airport Medan, bersih dan teratur. 

Tak masuk pun, just bergambar kat depan muzium ja. 

Makam sidabutar, banyak kubur kristian di sini. 

Sempat tengok tarian Si Gale Gale.

Ouchhh..pemandangan mmg superbbb

Huta Siallagan, tempat pemansungan gadis sunti..scary

Welcome to samosir..yuk merempit

Wait for Part 2, full day cover Samosir from 7 am - 7 pm

Monday, November 20, 2017

Banjir Kali Kedua Dalam Hidupku.

Sepanjang 20 tahun hidup di bumi Permatang Pauh alhamdulillah musim tengkujuh dilalui seperti biasa, tak pernah lagi mengharungi banjir. 2003 berpindah, barang masih dalam kotak dan tika itulah berlaku banjir. Terkejut, panik tak tau nak buat apa. Mujur ada abg Hamid. Kami sempat keluar tapi akhirnya bermalam jua di pusat penempatan banjir Bukit Berangan. Teruk juga kerosakan ditanggung.

Pasca banjir, Sungai Jarak diperbesar. Alhamdulillah tiada lagi banjir. Bertahun berlalu, 05 Nov 2017..hampir 14 tahun. Hujan turun dengan lebat mulai hari Jumaat 03 Nov. Hari Sabtu banyak tempat dah dinaiki air. Hujan masih belum berhenti. Kami di rumah macam biasa lagi, hanya memerhati. Sabtu malam lena dibuai mimpi. Usai subuh pagi Ahad mula membuka pintu terus air menderu masuk. Panikkkk..sekejap sahaja air memenuhi lantai rumah.

Jam 9 pagi, terus hubungi kak chaq, ibu dan anak-anak perlu dikeluarkan segera. Air sudah mencecah paras lutut. Selesai hal ibu, kemas apa yang patut. Kereta tak sempat dialihkan. Jam 4 ptg air masih naik, hampir tenggelam tayar kereta. Hujan dah berhenti, mentari dah menyinar tetapi air tiada isyarat mahu surut. Masa itu baru sedar, banjir bukan kerana hujan. Rupanya Empangan Padang Cempedak dah pecah. Sungai Jarak melimpah umpama lautan. Selamatkan diri, kunci semua pintu..bergenang jua air mata tinggalkan Mr Brill dalam banjir. Keluar bersama abg chaq.

Syahduuuu..soft reminder from Him.






2 minggu selepas banjir, baru 70% selesai. Moga dipermudahkan urusan kami semua mangsa banjir 04 dan 05 Nov 2017.