Wednesday, February 28, 2018

Waterfall Seri Perigi, Yan

Lokasi : Yan, Kedah Darul Aman
Cara nak ke sana : Kalau drive ambil exit Gurun, pastu pakai google maps (tips x bole blah betui).
                              Nanti akan jumpa Pekan Guaq, baru masuk Yan. Jauh gak la dr exit Gurun.

Trek x clear, mmg x dak tanda kat enterance. So, mmg kena pakai guide atau orang yang biasa p. Dalam 200 meter ja, hiking pun dalam 20 minit sampai la. Trek santai, view superb.

Kami lepak lama jugak, layan waterfall (lama tak mandi ayaq terjun yang bersih). Sambil layan view sawah, sambil masak megi dgn teh o panas.

Ni kat parking, kami naik sampai air terjun yang atas sekali.





View mmg superb



Wednesday, February 21, 2018

KORGA 02-04 FEB 2018 Last Episode

Day 3 (04 Feb 2018 Ahad)

Sarapan, bungkus lunch, kemas tapak kem, kemas beg.

Taklimat untuk turun, lastttt welfieeee.

1345 : Mula bergerak turun.

1650 : Sampai Kem Balak. (Target saya sejam je dari Kem Balak ke starting point).

1700 : Mula bergerak dari Kem Balak (saya, mira dengan atiq).

Sejam dah berlalu, lintas sungai kiri kanan..kejap jalan belah kiri..kejap jalan belah kanan. Adakalanya blurr. Tengok betul-betul bekas tapak kasut. Silap, patah balik. 6.30 ptg, target mesti keluar hutan sebelum gelap. Head lamp dah tak ingat sumbat kat mana. Turun naik turun naik..tak sampai lagi Bukit Nenas. 7 petang..dah mula risau, mental dah masa ni sbb target 6.30 dah keluaq.

Mira mula slow melangkah. Finally Atiq stop ja, keluaqkan ayaq red bull dia. Minum sorang sikit. Alhamdulillah..bertenaga la sikit rasa. Terus melangkah kami bertiga. Finally 7.30 malam..dah confirm..yesss..melalui Bukit Nenas..jalan dah makin luas..semakin menurun.

Tengah berjalan nampak lampu menyuluh..Alhamdulillah abg ezani dan hazim mai rescue. Terus depa capai dan bawakkan beg kami. Lega dan syukur sangat. Terus abg ezani bagi ayaq teh o panas. Jam 8 malam selamat sampai di starting point. Mandi sikit, salain baju. 8.30 malam gerak keluaq dari Pejabat Perhutanan Ulu Kinta.

Layan je la gambaq camp site kami ye. Zassssssss




Khazanah KORGA

Wordless Wednesday..
Biar gambar berbicara..
Kumerinduimu KORGA..
Moga kekal khazanah alam anugerah Ilahi..
















Tuesday, February 20, 2018

KORGA 02-04 Feb 2018 Part 2

To complete the mission..summit attack.

Day 2 (03 Feb 2018 Sabtu)

Bangun, subuh, siap day pack, breakfast dan tapau lunch.

Taklimat ringkas, dijangkakan bakal ot kalau nak mission complete. Abang man kata lagi tak pukul 2 pagi jangan tanya bila nak sampai. Ok, set dalam mind dah. InsyaAllah fizikal mental bersedia.

1000 : Mula bergerak.

1145 : Sampai di Last Water Point (LWP).
*Take 5.
*Isi ayaq secukupnya (3 liter).

1330 : Sampai di Kem Botak.
*Makan dan solat.

1430 : Sambung ke Puncak Chuban dan Puncak Korbu.

1615 : Sampai puncak Gunung Korbu..alhamdulillah.
*Rest, selfie, minum petang.

1730 : Sambung journey ke Gayong.

1930 : Sunset di Puncak Gunung Gayong.
*Selfie dan solat.

2030 : Gayong ke Korbu (hehehehe dua kali naik Korbu).

2330 : Sampai Korbu.
*Rest dan layan megi.

Day 3 (04 Feb 2018 Ahad)

0015 : Mula turun dari Korbu.

0200 : Sampai Kem Botak. Terus shoot ke LWP.

0330 : Sampai LWP.
*Lepak minum teh o panas.

0500 : Sampai Kem Kijang.

Salin baju, masuk khemah..zzzzzz

Segar bugar sebab rehat yang cukup.

Minda dah sedia..lagi tak pukul 2 pagi jangan tanya bila nak sampai.

5 waktu..alhamdulillah dapat balik diri saya yang dulu.

Tangga yang pasti dirindui. 

Thanks to adik gopro.

Alhamdulillah.

Family MPGV

Trek ke Gayong.

Tiada daya tanpa izinNya.

Ok trek ke Korbu mmg kirim salam tak dak diskaun walaupun 10%. Mencanak ja kejanya. Kesat peluh bertimba la jugak. Ada 16 tangga nak kena lalu. Kat last water point (LWP) tapau 3 L ayaq. Jenuh heret naik ke peak. Tapi ada jugak group yang stay kat peak, tabah betui depa hangkut beg besaq tu. Ni bawak daypack pun dah nak nangis.

Trek Gayong superbbbb..mossy mmg cantik. Cantik daripada Irau. Lepas tu view dr peak nmpk banjaran tersergam indah. Nampak Ipoh disinari lampu. Memang berbaloi buat keputusan continue the journey. 19 jam on trek. Alhamdulillah, tiada daya tanpa izinNya.

Monday, February 19, 2018

KORGA 02-04 Feb 2018 Part 1

Lambat update...sebab...
Hampir 2 minggu baru fully recover. Bengkak dah surut, badan pun dah rasa ok..
Ambik penangan first time hiking dan camping terus ambik G7. Gunung kedua (Korbu) dan keempat (Gayong) tertinggi di semenanjung.

Kami bertiga, saya, ct dan abg som bertolak lepas maghrib ke Tanjung Rambutan. Kami menginap di Tanjung Homestay. Esok meet point di Masjid Tanjung Rambutan (300 m ja). Malam tu rehat secukupnya.

Day 1 (04.02.18  Jumaat)

0930 : Selepas check out, sarapan, tapau lunch kami menuju ke meet point di Pejabat Ranjer Ulu Kinta.
*Ambil tshirt.
*Pembahagian ration.
*Declare barang.

1045 : Bergerak ke starting point.
*Taklimat ringkas (sesi suai kenal).
*Warm up.
*Bacaan doa.

1145 : Mula bergerak 27 orang line up bersama 5 orang crew.

1530 : Sampai Kem Balak.
*Lunch, solat, selfieeee.

1630 : Bergerak ke Kem Seroja.

1745 : Sampai Kem Seroja.
*Take 5, terus shoot ke Kem Kijang (bermalam di Kem Kijang).

2000 : Sampai Kem Kijang.
*Bersihkan kawasan khemah, pacak khemah.
*Mandi, salin baju, solat..rehat jap..dinner.

zzzzzzzzzzzzzz

Ok, cerita trek. Hurm...ermmmm...trek satu hal..beg tu..nak dekat 12kg..fuhhh.
Start berjalan trek terus menaik, jalan menaik (namanya Bukit Nenas). Jalan santai sepak-sepak daun gitu..Then jalan mula kecik, dah masuk hutan betul, dah mula rentas sungai. Ok, 12 anak sungai. Ada yg paras buku lali, ada yang paras lutut..Redahhh..

Hari pertama dah berjalan hampir 6 jam. Boleh lagi layan trek, cuma bila di cerun tu gementar gak. Pandang bawah nampak gaung ja. Dan ada dua anak sungai yang arus agak deras, paras lutut. Berdebar jugak masa melintas.

Disebabkan hutan simpan Perak baru dibuka kembali (hutan simpan biasa tutup dari nov-jan setiap tahun) jadi ada 3 group dah masuk. Kem Kijang memang full house dan alhamdulillah abg man dapat kebenaran untuk buka tapak baru di situ. Tapi jenuh jugak menebas utk ratakan..almaklum la kami sampai dah gelap.

Pembahagian ration. Saya dapat beras, sebotol minyak dan sebotol gas.

Siap siaga.

Taklimat ringkas dan sesi perkenalan.

Warm up like a bird..gonna be an eagle.

Doa..moga dipermudahkan, diberi kekuatan fizikal dan mental untuk cabaran 3h 2m.

Senyummmmm.

Paras buku lali..ok lagi.

Tunggu turn rentas sungai, bila ada crew standby maknanya dalam dan deras la arus tu.





Saturday, February 3, 2018

Gunung Jerai Via Jalan Tar

First time join Eagle Hiker Group. Group yang bagus dan sistematik. Siap dah keluaq jadual sampai April 2018. Penuh setiap minggu. Bagus untuk newbie. Saya pilih join trip under group kali ni sbb sy nak on track dengan bawak beban. So, lepas deal dgn razi..ok ja..mai p la lagu mana.

So, Jumaat malam saya pun bersiap la anak gajah si Mr Que tu..dengan penuh kasih sayang. Susun barang elok-elok, letak beg kat hujung kaki. Sweet ja tengok. Hohohoho..

Lepas tu apa jadi ha? Nnt story dalam gambaq.

Gunung Jerai Via Jalan Tar.
Lokasi : Gurun, Kedah (exit tol Gurun).
Jarak : 12km

Baru 2 kona, saya dah lap ayaq mata, ayaq idong..berat wei beg.

Terselit dulu view ayaq terjun gunung jerai..ayaq merah.

Layan lap.



Me with Mr Que.

10 line up. Dapat banyak ilmu.

Hohohoho..nampak dak saya dah lempaq beg..x menahan..

Geng sempoi, layan kepala semua.