Monday, February 19, 2018

KORGA 02-04 Feb 2018 Part 1

Lambat update...sebab...
Hampir 2 minggu baru fully recover. Bengkak dah surut, badan pun dah rasa ok..
Ambik penangan first time hiking dan camping terus ambik G7. Gunung kedua (Korbu) dan keempat (Gayong) tertinggi di semenanjung.

Kami bertiga, saya, ct dan abg som bertolak lepas maghrib ke Tanjung Rambutan. Kami menginap di Tanjung Homestay. Esok meet point di Masjid Tanjung Rambutan (300 m ja). Malam tu rehat secukupnya.

Day 1 (04.02.18  Jumaat)

0930 : Selepas check out, sarapan, tapau lunch kami menuju ke meet point di Pejabat Ranjer Ulu Kinta.
*Ambil tshirt.
*Pembahagian ration.
*Declare barang.

1045 : Bergerak ke starting point.
*Taklimat ringkas (sesi suai kenal).
*Warm up.
*Bacaan doa.

1145 : Mula bergerak 27 orang line up bersama 5 orang crew.

1530 : Sampai Kem Balak.
*Lunch, solat, selfieeee.

1630 : Bergerak ke Kem Seroja.

1745 : Sampai Kem Seroja.
*Take 5, terus shoot ke Kem Kijang (bermalam di Kem Kijang).

2000 : Sampai Kem Kijang.
*Bersihkan kawasan khemah, pacak khemah.
*Mandi, salin baju, solat..rehat jap..dinner.

zzzzzzzzzzzzzz

Ok, cerita trek. Hurm...ermmmm...trek satu hal..beg tu..nak dekat 12kg..fuhhh.
Start berjalan trek terus menaik, jalan menaik (namanya Bukit Nenas). Jalan santai sepak-sepak daun gitu..Then jalan mula kecik, dah masuk hutan betul, dah mula rentas sungai. Ok, 12 anak sungai. Ada yg paras buku lali, ada yang paras lutut..Redahhh..

Hari pertama dah berjalan hampir 6 jam. Boleh lagi layan trek, cuma bila di cerun tu gementar gak. Pandang bawah nampak gaung ja. Dan ada dua anak sungai yang arus agak deras, paras lutut. Berdebar jugak masa melintas.

Disebabkan hutan simpan Perak baru dibuka kembali (hutan simpan biasa tutup dari nov-jan setiap tahun) jadi ada 3 group dah masuk. Kem Kijang memang full house dan alhamdulillah abg man dapat kebenaran untuk buka tapak baru di situ. Tapi jenuh jugak menebas utk ratakan..almaklum la kami sampai dah gelap.

Pembahagian ration. Saya dapat beras, sebotol minyak dan sebotol gas.

Siap siaga.

Taklimat ringkas dan sesi perkenalan.

Warm up like a bird..gonna be an eagle.

Doa..moga dipermudahkan, diberi kekuatan fizikal dan mental untuk cabaran 3h 2m.

Senyummmmm.

Paras buku lali..ok lagi.

Tunggu turn rentas sungai, bila ada crew standby maknanya dalam dan deras la arus tu.





No comments:

Post a Comment