Perancangan kami menawan Rinjani pada 27 Okt 2018.
Tiket dah book pen-kl return dan kl-lop return.
Persiapan ada la buat sikit-sikit. Tukar duit rupiah dah, survey pakej, beli gaiter dan pole stick tambahan.
Susun trip untuk pastikan stamina ok.
Kita merancang, Dia menentukan. Penghujung Julai ibu disahkan kanser saluran kencing peringkat kedua. Hurm, bermula tarikh tu saya dah hilang harapan Rinjani. Dan ditakdirkan pula Lombok dan Bali bergegar. Hampir saban hari dan sehingga kini. Gegaran susulan masih berlaku pada skala kecil (bawah 6). Agaknya dah tertulis belum masa lagi. Awal september kerajaan Indonesia mengumumkan penutupan Gunung Rinjani selama setahun.
Tak apa..belum rezeki lagi. Tapi frust jugak sebab masa book tiket hari tu tak ambil insuran aa (ingat nanti nak pergi baru apply insuran travel). So, ingat burn lah tiket kl-lop tu. Nasib baik alert ada sms cakap flight cancel. Bila buka email, yihaaaa masih ada rezeki refund.
AA maklumkan pembatalan penerbangan.
AA bagi 3 pilihan.
1) Tukar tarikh flight.
2) Credit account
3) Full refund.
Dah tentu kami pilih full refund sebab dah 2 bulan gempa still berterusan. Lagipun rinjani tutup.
Alert ya dengan email susulan sebab aa akan tanya nak refund semua atau certain sector ja. Just reply full refund. Settle..
Urusan refund dalam 10-15 hari kalendar, tapi alhamdulillah dalam kes kami dapat dalam tempoh 5 hari ja. Just burn tiket pen-kl je la..Alhamdulillah rezeki la jugak di saat poket nipis ni..hehehe