Monday, December 30, 2019

Krabi : Hang Nak Mountain & Tiger Cave Temple

Menyelesaikan misi yang tergendala pada September 2018. Akhirnya Hang Nak Mountain berjaya ditawan, gunung kedua untuk negara Thailand. Trek lebih kurang tokkun. Jarak dalam 8km, anggaran masa dalam 2 jam naik, 1 jam lepak peak dan 1jam setengah untuk turun. View memang mabeles and superb. Track clear, boleh naik tanpa guide dan sentiasa ada signboard. Plus line telefon pun clear, pat geeee baq ang.

Pintu welcome to the track.

Sampai ja bole parking moto atau kereta kat sini. Parking free, ada kedai runcit kecik dan toilet yang bersih.

Pastu jalan sket nampak pondok daftar. Nanti mek siam akan briefing sket about track, contact number pegawai hutan dan kena isi details pendaki.

Pukul 10 pagi kami mula la mendaki.

Track balak, dah pecah peluh.

Ok kat sini jangan dok galak kona kiri, mmg mek siam dah pesan dont turn left or you will lost.

Eh eh, tetiba jumpa tangga..waduhhhh..Nak dekat 100 steps gak.


Kanan simpang ke waterfall tapi musim panas ni waterfall tak berapa nak fall, so kami skip ja.

Tetiba jumpa moto-moto. Hawau betui, penat mendaki rupanya moto leh sampai sini.

Fefeeling macam kat Berekeh lak.


Sket lagi..dah la bawak mineral 500ml ja..Fuhhhhhh..menempah nahas.

Tadaaaaa, finally at the view point. By the way sini tak dak signage peak ye.


Settle, terus berlari berkejaran turun. Lunch kat bawah. then pikir jap nak ke Blue Lagoon or Tiger Cave temple.

We choose Tiger Cave Temple sebab Blue Lagoon agak jauh hampir 2 jam nak kena merempit.

Tangga wei, saja nak test kaki..kuikuikui

Kata 1237 steps, but exactly is 1627 steps.



Another 7 adalah anak tangga ke patung..And I did it. View biasa ja..Rasa view Mount Phousi lagi lawa. Pastu kami pun merempit balik singgah layan pancake mak cik yamilah, bedal sampai 3 keping. Balik sampai hotel mandi and zzzzzzz.

Monday, December 9, 2019

Royal Belum : Melihat Khazanah Hutan Melebihi 100 Juta Tahun

Tahun ni 3 buah negeri tutup hutan bulan Disember dan Januari iaitu Pahang, Kelantan dan Perak. Bukan semua hutan hanya hutan simpan yang perlukan permit. Biarlah hutan berehat sebentar lagipun musim hujan ni bahaya. Alkisah daripada mereput maka Kecik pun ajak la join trip Fara n Oyen ni. All in RM230 (penginapan, makan, baju, bot). Nasib baik ambik yang 2 hari 1 malam ja. Kalau ambik 3 hari 2 malam mau tak ketahuan..cemuihhhh

Perjalanan dari rumah ke Jeti Awam Tasik Banding dalam 3 jam gitu. Santai-santai drive. Pukul 8 pagi kami dah sampai kat jeti. Parking, angkut barang ke houseboat, tunggu permit lak lambat. Pukul 10 baru boat bergerak. Sambil tunggu sarapan dulu (bihun goreng singapore dengan kopi 'o' panas).

Barang angkut dengan bot kecik ke houseboat. Penumpang sila la menyeberang dengan titi putih yang menjunam tu. Brek kaki mau kuat na.

Tata...

Ni la rupa houseboat kami.

Lunch atas houseboat (gulai ikan kering + nenas, kerabu perut, ikan menung goreng & sayur kobis)



Setelah 4 jam berlayar, sampai la kami ke Perkampungan Orang Asli.

Budak yang pakai tshirt kuning tu boleh cakap Bahasa Melayu, comel je aihhh..Mahai tang rmbut tu.

Interview dulu sebelum hehehe

Kucing orang asli.

Lepas habis sesi kat rumah orang asli balik berkubang kat tasik. Berakit ke hulu ke hilir.



Minum petang mee kari, malam lak layan bbq..jahanam diet. Janam janam janam.









Kami ke dua air terjun. hari pertama ke air terjun Sungai Kooi. Trekking dalam 15 minit sampai la. Mandi jugak kast situ..sedap ja tengok air terjun laju. Hari kedua ke Air Terjun Sungai Ruok. Yang ni sempoi, kolam air terjun pun luas dan air agak dalam (kena pakai life jacket) kalau tak pandai berenang.

Dah nak sampai jeti masa ni..Muka gumbira sebab perut kenyang dan puas lena.