Monday, December 9, 2019

Royal Belum : Melihat Khazanah Hutan Melebihi 100 Juta Tahun

Tahun ni 3 buah negeri tutup hutan bulan Disember dan Januari iaitu Pahang, Kelantan dan Perak. Bukan semua hutan hanya hutan simpan yang perlukan permit. Biarlah hutan berehat sebentar lagipun musim hujan ni bahaya. Alkisah daripada mereput maka Kecik pun ajak la join trip Fara n Oyen ni. All in RM230 (penginapan, makan, baju, bot). Nasib baik ambik yang 2 hari 1 malam ja. Kalau ambik 3 hari 2 malam mau tak ketahuan..cemuihhhh

Perjalanan dari rumah ke Jeti Awam Tasik Banding dalam 3 jam gitu. Santai-santai drive. Pukul 8 pagi kami dah sampai kat jeti. Parking, angkut barang ke houseboat, tunggu permit lak lambat. Pukul 10 baru boat bergerak. Sambil tunggu sarapan dulu (bihun goreng singapore dengan kopi 'o' panas).

Barang angkut dengan bot kecik ke houseboat. Penumpang sila la menyeberang dengan titi putih yang menjunam tu. Brek kaki mau kuat na.

Tata...

Ni la rupa houseboat kami.

Lunch atas houseboat (gulai ikan kering + nenas, kerabu perut, ikan menung goreng & sayur kobis)



Setelah 4 jam berlayar, sampai la kami ke Perkampungan Orang Asli.

Budak yang pakai tshirt kuning tu boleh cakap Bahasa Melayu, comel je aihhh..Mahai tang rmbut tu.

Interview dulu sebelum hehehe

Kucing orang asli.

Lepas habis sesi kat rumah orang asli balik berkubang kat tasik. Berakit ke hulu ke hilir.



Minum petang mee kari, malam lak layan bbq..jahanam diet. Janam janam janam.









Kami ke dua air terjun. hari pertama ke air terjun Sungai Kooi. Trekking dalam 15 minit sampai la. Mandi jugak kast situ..sedap ja tengok air terjun laju. Hari kedua ke Air Terjun Sungai Ruok. Yang ni sempoi, kolam air terjun pun luas dan air agak dalam (kena pakai life jacket) kalau tak pandai berenang.

Dah nak sampai jeti masa ni..Muka gumbira sebab perut kenyang dan puas lena. 

No comments:

Post a Comment