Sunday, September 20, 2026

My Vivo V70

Plan tukaq handphone dari awai tahun lepas lagi. Ikutnya real me 6 pro tu masih okay lagi cuma gambar ja kurenggg dah tak sharp. Tapi ni kena tukaq gak la sebab my mega trip next month aja..hehehe tak sabaqnya. Masa survey memang cari yang kamera cantik. So masa tu V60. Bertagak sampai keluaq V70 dan sampai dah pre launch V80. Hahaha..akhirnya rembat gak la V70 golden hour


okay rimbunan daun yang hujung sekaliiiii

zoom sampai 100..nampak bebird ni..walaweiii..I like the camera

Friday, September 18, 2026

Perlis : Glamping Gunung Medan

Dok bayang view macam Rock Village tapi bila Ameer habaq keta persendirian bole naik sampai tapak glamping..so dok rasa dah biasa aja. Hurmmm memang betul pun. Cuma win pada kemudahan la. Bilik cantik, lengkap katil, towel, iron, tv, ekon, kettle. Dah macam hotel dah. Kawasan kecik, dalam kampung cuma nama tempat Gunung Medan tapi bukan gunung pun. Sebab tak dak apa nak explore pukul 8.30 pagi kami gerak keluaq dah. 

Bole masuk 3 pax dewasa..kami lajak seketui dewasa dan seketui kanak2..bawak aja toto. Sejukkk ekonnnnnn.

Parking sebelah dom, ruang luaq luas..hampaq tikaq solat kat luaq lagi selesa.

Morning brisk walk..leha2 aja

70 ka 80 anak tangga..lama tak hiking..ashu tercunggap gak la


Nama tempat aja Gunung Medan..tapi teda gunung pun

Swimming pool comey..seketui amin aja berkubang..bole la daripada dia dok tenung hp tu.

Pas check out ronda Perthliss..Naik bot Kampung Y lagi.


Beraksi ngan fon baru..aishhh lawa kameranya


Pastu p agrovet..tengok segala jenis menatang.




Syian alpakat ni sensorang..x dak kawan..tapi ia comell

Sekian la aktiviti keluarga kami di hari public holiday seketui. Isnin petang baru Ameer tanya bole on tak trip ni. Ashu okay aja asal tak kena ambik cuti. So petang selasa abis keja terus naik tren ke aloq staq. Ameer pick up terus gerak ke Perthlisss..Rabu ronda Perthlisss, petang naik tren balik Sik Goq..Apapun mekasih anak ashu ni lanje trip..dah besaq dah alahai anak wei..pas ni kita plan trip lain.

Tuesday, September 8, 2026

Lata Puteh : Last Minute Terjoin

Trip anak-anak gen z..cuma last minute one of them terpaksa tarik diri sebab demam. sabtu malam ambik inah kat Penang Sentral, and she be like..ashu tak mau ikut ka esok? Ganti Husna..permit bayaq untuk 4 orang. Dan ashu pun..hurmm..sampai rumah cari beg, bawak keluaq set dapoq haram. Gitu aja terachunnn.

Trek santai la jugak dalam 20 minit aja, tapi view perjalanan tu cantik. Nampak felda ijok, tenang aja sepanjang jalan..rasa bole kot nak drive layan view pepagi ahad. Jalan pun okay baru dan cantik. 

Nasib baik ada brader jual kupi..tanya dia la trek kot mana sbb x dak signboard bermula di mana. Toilet ada, tapi tak masuk..nampak camm hurmmm

Kawasan hutan simpan ya, jadi wajib apply permit. Harga not sure..inah yang uruskan.


Zon 3 tatau p mana, masa naik x jumpa masa turun tak jumpa



Trek okay la jugak

Cantik selirat akaq ni.

Papan tanda clear..no entry

Tadaaaa dah sampai

Tadaaaa.. the waterfall.
Macam si piso piso..x leh mandi..tapi lencun gak kami semua. Penangan oot kat 3 jam.

Wednesday, September 2, 2026

Warga Emas Anak Tok Peah

 


Ceritera ogos..18.08.2026 genap usia 60 tahun kak cik (anak ketiga Tok Peah). Maka secara rasminya 3 orang dah adik-beradik saya yang bergelar warga emas. 29.08.2026 hari terakhir Klinik Dr Salina beroperasi. Secara rasminya kak cik dah bersara.

Selamat bersara Dr. Hajah Salina Hamid. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya, dipermudahkan segala urusan dan dilancarkan semua pergerakan. 

Pic : gambaq hadiah daripada Ameer..ashu bikin surprise last day dengan jambangan bunga dan selempang persaraan.