Tuesday, December 27, 2022

Gunung Keriang : Bukan asher-asher..shaking lututku

Gunung Keriang ni dalam ketinggian 217m saja dan estimate dalam setengah jam ke 40 minit ja pendakiannya. Tapiiiii hurrrrmmm adik tiri Gunung Pulai la. Tanahnya secoet ja yang lain batu-batuan. Bila track berbatu ni hurmmm memang lemah dan kelaut la. Hiking hari Ahad lepas ini dah hari Selasa pun still perit matttt. Berasa lagi cekang atas peha dan belakang betis. Sakit wooo bila turun naik solat, especially time duduk antara dua sujud. Hahahaha pandang sebelah mata lagi gunung 200 meter..adan uke.

Dah la guide halus, ringan badan..laju ja tak tunggu line up yang barai (aimy safiyyah yang dok depan, anuar zulqarnai sweeper). Line up 2 ketul semp000ttt..ashu and anis sakinah.

Dari umah kak dalam 10 minit drive sampai la ke parking kaki Gunung Keriang. Kami sampai dalam 7.15 pagi. Tak ramai orang, baru ada dalam 6 buah kereta. Kalau Tok Kun sampai time macam ni mau parking hujung dunia. Lepas parking nampak sign board ni, follow aje..Lalu tepi kuboq sket sebelum sampai starting point.

Ini pintu gerbangnya, on strava. Nampak dak guide baju merah ni. Mentang-mentang haluih, laju ja dia ya.

Track senang dan sesuai untuk newbie. Ada banyak tempat pemijak macam ni. Kan memudahkan, saya suka.

First check point, tak berhenti pun. Masa ni cool lagi, macho gitu lagi..hehehehe

CP 2 pun relax lagi, tapi dalam hati dok kata dah track berbatu ka ni sampai atas. Hati ula gusar tapi muka ada senyum lagi.

Kat CP 2 ada lagi pintu gerbang. Ehh rajin ya depa deco-deco ni.

Hurmmm..kat sini berhenti dalam 10 minit gak. Lutut dah berasa gegarannya. Kepala dah start pikiaq acaner aku nak turun sat g. Jemmmmm

Ni nak sampai peak dah, nampak view lawa. View jela..orang dak pun tu yang title single lagi..huhuhuhu

Ashu lanje anak-anak fruits megi and kopi o panas. Tak kenayang sat g kita sambung kat roti dol okayy

View ohsem matttt

The peak, lepak dalam sejam turun la kami. Masa turun baru la selisih ngan ramai orang hat dok naik. Weiii matahari dah bersinar, itam sat g adan uke.

Monday, December 12, 2022

Festival Bunga Tulip Bercahaya @ Vision Park

Cuti sekolah kan dah mula, dok lalu nampak la orang dok set up macam nak buka ekspo kat Vision Park. Bila dapat info kata festival bunga tulip bercahaya..hurmm biasa ja tak dak la excited sangat. Sebabnya dah dapat tengok real masa musim bunga di Kashmir dulu. Tapi tetiba bff ajak..ajoommm. Tapi dah dok agak mesti ramai, lastly bff cakap ajooomm rempitttt..ahakssss..onzzzz

Merempit la kami..aku cam besa kalau merempit ni harus la lengkap dengan wind breaker dan sport shoe..hehehehe..kugementar sket.

Gelang cahaya ni dapat untuk 3000 pengunjung terawal ja...awai dak kami?

Tadaaaaa...tu lah tulipnya, berlatar belakang masjid vision park.



Pic paling saya suka..rasa macam nak naik ja..tapi itu lah..bawak-bawak la sedaq diri..ahaksss

Lepak tengok fire show sampai kui 10.30 malam..besttttttt


Monday, December 5, 2022

Sambutan Jubli Perak Yayasan An Nahdhoh

Gambar pada hari Sabtu 03 Disember 2022 sewaktu kuliah mingguan Tuan Guru, cuma beza minggu ni diadakan sekali sambutan jubli perak Yayasan An Nahdhoh. Meriah, macam-macam program yang diatur. Ada pertandingan nasyid klasik, forum perdana, gerai jualan, aktiviti kuda berlasak dan pelbagai lah lagi. Tapi saya cuma ada gambar gerai jualan hari sabtu jelah sebabnya hari lain saya tak pi pun. Hehehehe..











Thursday, December 1, 2022

Off To Little India

Award diri cuti sehari setelah hampir 4 bulan menjalankan tugas PA Pengarah. Ingat nak staycation somewhere, tapi cuaca macam tak best aja. Tapi nak kena off juga sehari, healing gitewwww..kononnya lah. Lastly terjadilah trip bersama geng office ke India balik hari. Jam 8 pagi tayar bergolek dari KMPP. Trafik okay, dalam 8.45 pagi sampai ke Taman Tun Sardon. Nasi tomato sedap tinggal 2 bungkus saja. Frust sket sebab serabai cuti panjang sampai 16 Disember nun. 


Tadaaaa...layan keow teow theng dengan teh tarik komtar. Sini kalau nak order teh tarik gelas besaq, just sebut teh tarik komtar. Padu weiiii..Keow teow theng memang mabeles. Bercerau peluh panas.




Habis sarapan kami terus ke Little India, melenggung wei cari parking. 3 kali round baru dapat parking. Pakai face mask okay, tak tahan bau wangian depa tu. Masuk kedai, nahaiiii mahal nau harga. Memang cantik, tapi sut punjabi semua harga RM200 ke atas la. Huh, kedai keempat baru la dapat itu pun baju saja RM50. Jadi la kami ambik sorang sehelai, design yang sama just kaler berbeza. Dah dapat baju cari gelang pulak..ceng ceng..


Habis tu kami meronda, sebab perut kenyang lagi jadi tengok-tengok jelah gerai-gerai jual ni. Pastu ushar money changer. So far rate ni RM122 untuk 100 riyal. Nantilah next year lah tukaq.


Habis dah lencun dek peluh terus p cari tempat air cond. Melilau jap kat Perangin Mall, tak dak apa pun nak beli. Lastly decide ajoom la dah lunch time ni, kami ke Padang Kota, cari mee pata dan coconut shake.
Pedassss. Settle lunch sambung cari tempat air cond. Last pit stop Quensbay sebab rabu kan, nak beli llio..hehehehe. Sampai, solat zohor, baru ronda pusing-pusing. Beratoq kat llio, pukul 3 petang gerak balik kolej. Settle sehari day trip..P India balik hari.