Award diri cuti sehari setelah hampir 4 bulan menjalankan tugas PA Pengarah. Ingat nak staycation somewhere, tapi cuaca macam tak best aja. Tapi nak kena off juga sehari, healing gitewwww..kononnya lah. Lastly terjadilah trip bersama geng office ke India balik hari. Jam 8 pagi tayar bergolek dari KMPP. Trafik okay, dalam 8.45 pagi sampai ke Taman Tun Sardon. Nasi tomato sedap tinggal 2 bungkus saja. Frust sket sebab serabai cuti panjang sampai 16 Disember nun.
Tadaaaa...layan keow teow theng dengan teh tarik komtar. Sini kalau nak order teh tarik gelas besaq, just sebut teh tarik komtar. Padu weiiii..Keow teow theng memang mabeles. Bercerau peluh panas.
Habis tu kami meronda, sebab perut kenyang lagi jadi tengok-tengok jelah gerai-gerai jual ni. Pastu ushar money changer. So far rate ni RM122 untuk 100 riyal. Nantilah next year lah tukaq.
Habis dah lencun dek peluh terus p cari tempat air cond. Melilau jap kat Perangin Mall, tak dak apa pun nak beli. Lastly decide ajoom la dah lunch time ni, kami ke Padang Kota, cari mee pata dan coconut shake.
Pedassss. Settle lunch sambung cari tempat air cond. Last pit stop Quensbay sebab rabu kan, nak beli llio..hehehehe. Sampai, solat zohor, baru ronda pusing-pusing. Beratoq kat llio, pukul 3 petang gerak balik kolej. Settle sehari day trip..P India balik hari.
No comments:
Post a Comment