Tuesday, November 21, 2023

Ipoh Day Trip

Jenjalan dengan anak di hujung minggu. Hazabbbb wei cari parking, dengan manusia ramai.. Bercerau peluh. Awal kami gerak..sesudah subuh gitu. Dalam 6.45 pagi tayar Mr Brill dah bergolek. Terus ke Medan Selera Dato Sagor, breakfast situ. Macam-macam pilihan makanan ada, saya makan mee kicap.

Siap sarapan kami gerak ke Concubine Lane, seconet aje lane dia. Tapi cari parking mau tau la..hujung dunia..jenuh menapak gak la, nasib baik bawak payung bole la jugak bertukar menjadi tongkat. Pastu gerak ke Plan B. Ronda-ronda ootd situ, banyak spot-spot menarik cuma biasa la nak tunggu orang clear baru leh snap pic. Nak lunch pun perut kenyang lagi heavvy breakfast tadi. Ingat nak try canning dimsum. So, decide lepak masjid jelah buat jama taqdim.

Pas solat kami gerak ke Dataran Lang Ipoh. Naik mini cruise ke seberang. Ronda-ronda cuci mata. Pastu ke Tasik Cermin. Best gak sini, cantik. Pastu ke Kek Look Tong, view lawa tapi bab nak naik tangga tu hazab gak la. Dah abis ronda cari makan..kira early dinner la. Settle dalam kui 4.30 ptg bertolak balik Penang. Maghrib sampai...zzzzzz..letihhh







Tuesday, November 14, 2023

Kafarah Dosa Menggunung Tinggi

Ujian dan peringatan dariNya hadir di saat usiaku genap 40 tahun. Bak kata mat saleh life begin at 40. Nak ke hala mana di saat angka 4 menjengah..terus seperti dahulu atau mula mempersiapkan diri untuk bertemu Sang Pencipta. 

Alhamdulillah..satu ujian namun nikmat yang tersangat banyak. Dikurniakan kemudahan perubatan yang baik, keluarga dan kawan-kawan yang sangat membantu dan memberi sokongan. 3 bulan jua tersenyap.. dalam proses berdamai dengan takdir. Officially bergelar ex hiker. Selamat tinggal hobiku. 179 hari bercuti sakit. Kembali hampir 80% sempurna. Sikit lagi, mungkin awal tahun depan minor operation untuk remove 2 lagi hardware (1 screw & 1 plate). 

Tak nak ingat dah bagaimana kejadian itu berlaku. Cuma tarikhnya sama masa ibu jatuh, hanya beza tahun. Ibu pada 05 Mei 2022 dan anak ibu pada 05 Mei 2023. Berdoa setiap waktu.. Ya Allah..padamkanlah ingatan dan kenanganku pada tempat dan kejadian itu.

Selepas jatuh, terus di bawak ke klinik kesihatan Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil. Ada MA ja. Bila MA confirm tulang patah terus MA deal dengan Hospital Besut. Kena keluaq ke hospital malam tu jugak. MA cucuk ubat tahan sakit. Naik bot ambulan ke jeti Besut. Bot besaq, tak rasa ombak pun. Sampai jeti besut ambulan dah ready. Terus ke Hospital Besut.

x ray, confirm patah 2 tulang mallelous dan ankle dislocated. Doktor decided kena operate dan prepare nak ke Hospital Kuala Terengganu dah. Maka bermula la sesi drama merayu kat doktor nak balik buat kat Penang. Sapa nak tnggu kalau kat sini. Akhirnya doktor setuju dengan syarat kaki kena simen. Selesai urusan simen apa semua pukul 3 pagi. Tidoq aja kat emergency tu sebab kena tnggu farmasi buka baru bole ambil ubat dan balik Penang,

Sampai Penang dah lewat petang. Barai dah, mintak kat abg chaq pagi esok (ahad) baru p hospital. Pagi ahad terus masuk emergency. X ray lain, 3 tulang patah dan ankle dislocated. Have to go for operation. Isu GL, 5 minutes approve. Nasib baik tak breakfast apa lagi sbb mmg tak dak mood nak makan. Sakit itu hilang rasa nak makan. Buat swab test, start drip ayaq. 1200 tengah hari tolak masuk operation room. 6.30 petang selesai.

3 skru, 1 plate...ankle telah kembali ke rumahnya semula. Bermula lah kehidupan bersama crutches. 

7 minggu kemudian remove 2 screw. 

Start partial weigh bearing dengan kasut robocop.

Fibula = 1 plate
Syndesmosis Joint = 2 screw (done removed)
Medial Mallelous = 1 screw

Tuesday, May 2, 2023

Bukit Jambul, Bukit Rimbah & Bukit Kukus : Tapau 3 Bukit Sekaligus

Itu nasib baik tak sambung trek nam jahanam, kalau tak jahanam aku. Tera 3 bukit ni pun kaki kiri macam kurang memberi kerjasama. Susah hati pulak trip Gunung Bintang nanti. Memang nak kena prepare knee guard, ubat spray, ubat makan, plaster, ors. Ish where is my first aid kit. 

Kami mula dalam pukul 8 pagi berbekalkan nasi lemak dua bungkus dan set dapoq haram. Tapi lepas ni tak payah bawak dapoq haram dah kalau trek Bukit Kukus ni sebab kat Bukit Rimbah tu dah ada restoren..hehehe dengan view yang ohsem. Peak Bukit Kukus pun lawa doh.

Kereta park jelah tepi-tepi jalan. Keluaq tengah hari tinggai keretaku aja seketui.

Just follow the way, banyak laluan naik dan turun. 

Dah sampai BJ, mentari dah terik. Tak dok lama panas lit lit. Terus sambung ke Bukit Kukus. Lega bila masuk dalam hutan balik.

Trek manja-manja gitu..tapi kaki kiriku ini. Not sure why, dah p ngurut. Tapi still dok rasa tegang dari lutut sampai belakang betis.


Tangga la pulak. Naik tak pa tapi turun nanti mau tau la. Dah la pakai adidas kampung. Berasa pedih jari kecik hujung dengan belakang kaki. Memang kena standby plaster.

View herlok beb..nmpk habis semua bridge

Comel pulak mushroom jumpa dalam perjalanan.

Bukit Kukus pun herlokkk tapi banyak monyet. Cari pasal la kalau buka bekal.



Rehat jap, snap pic kami turun buka bekal kat Bukit Rimbah. Layan teh o halia dan kopi o. Lepak kat sejam setengah jugak baru mula turun. Turun kejap ja dalam setengah jam ja.

Thursday, April 27, 2023

Ramadan 2023 : Cubaan Untuk Gaya Hidup Sihat

Cobaaaaannn kali ke berapa da. But worth it for this year. Walaupun tak berjaya ceraikan gula dengan talak tiga tapi puas hati dengan pencapaian diri sendiri terutama sekali part bangun awal dan work out. Weekdays memang berbuka sorang, jumaat di An Nahdhoh dan weekend selalunya dating la. Kalau berbuka sorang memang masak la. Bertahan jugak dengan tanpa air manis. Tapi last last Ramadan bila kak dan anak-anak balik ke laut la macam-macam jenis ayaq depa buat. 

Meh jamu mata tengok menu sepanjang Ramadan.

Day 1 : iftar @ umah Nisha...spagethi oglio

Day 2 : sotong goreng kunyit + ubi

Day 3 : Bendang steamboat with abg chaq & kak sue

Day 4 : gulai ikan nyok-nyok + teloq

Day 5 : nasi putih ayam kunyit @ bazaar ramadan bertam putra

Day 6 : sayoq lemak fucuk + ikan menung

Day 7 : ayam masak rose

Day 8 : masak lemak ikan kerisi

Day 9 : iftar @ An Nahdhoh
Day 10 : sambal tumis ikan menung + sayoq lemak fucuk (inah masak)

Day 11 : masak lemak udang

Day 12 : sup ayam + ayam goreng

Day 13 : gulai ikan menung + teloq (x dak pic sbb frust x menjadi)

Day 14 : sambal tumis teloq

Day 15 : masak lemak ikan nyok-nyok

Day 16 : iftar @ An Nahdhoh

Day 17 : pasta goreng

Day 18 : iftar @ Masjid Bayan Baru with Kecik

Day 19 : kurma ayam

Day 20 : sambal tumis tokua

Day 21 : sambal tumis ikan menung

Day 22 : tomyam + sambal tumis sotong (beli kafe)

Day 23 : nasi goreng ayam

Day 24 : iftar @ color port with Nisha

Day 25 : masak lemak ikan menung

Day 26 : pindang (lupa snap pic)

Day 27 : sambal tumis udang

Day 28 : gulai ikan nyok-nyok

Day 29 : sup daging & daging masak merah (inah masak)
Day 30 : upor

Ceritanya puas hati masak, polish my skill. Last Ramadan hurrmm jarum penimbang tu dah kat 61. Lepas raya mau tau la..p balik 65..hancur kelaut...Hari ke5 Syawal hari ni..moga ku kembali ke darat..x mo dah kelaut weiiii...

Monday, March 20, 2023

Trek Kuda Penang : Penutup Sebelum Berpuasa

Trek kuda adalah antara trek yang berani nak repeat walaupun panjangggggg. Sebabnya tak yah pikul load yang banyak (boleh top up ration kat astaka dan youth park), ada waterfall yang cantik dan surau yang selesa untuk zohor. Cuma sakit sebab trek bertangga, dari lower station dah kena menapak tangga heritage.
0725 : start @ parking lower station
0805 : middle station
0900 : astaka, tapau lunch pack
0915 : angkat sauh
1025 : cp84, take 5
1040 : angkat sauh
1105 : cp46
1120 : waterfall, lunch
1145 : angkat sauh
1400 : surau moongate, zohor, lapik perut sket
1500 : angkat sauh
1545 : cp3
1610 : cp5
1710 : cp39
1855 : end @ parking lower station

Ni kali kedua saya buat trek kuda. Rasa shape kali ni lebih tepat shape kuda. Banyak binatang boleh buat dalam trek di Penang ni. Cuma larat atau tak jela. Tapi untuk trek kuda ni rasa bole repeat lagi. Tunggu kurus sket la dan kena kembali workout. Ni semput masa heritage. 

Satu yang menarik di Penang Hill ni adalah setiap check point dia cantik, bersih, ada tandas dan tong sampah yang ditindan dengan batu supaya monyet tak kacau.

Lepas heritage trek santai diskaun year and sale banyak la jugak..yihaaaa sakan la berboran time ni

Tapi gitulah, langit tak selalu cerah. Makin banyak pulak tangga bila lepas youth park. Hazab rasa, menyumpah-nyumpah la jugak. Nasib tak jadi sesumpah..hohohoho

Bukan takat check point, trek pun bersih cantik siap ada hiasan lagi.

Port yang paling ditunggu..waterfall..cuma ayaq tak penuh mungkin sebab musim panas la ni kan. Plus posrt lunch kat sini cuma kali ni tak mandi-manda.

Tadaaaa peak Olivia, kat mana rupa peak pun tak tau la.

Bestnya setiap check point kat sini sebab ada teko kopi dan teh..layannnn

Paling best kat cp39, uncle-uncle melayan kami siap bancuh kopi dan sembang. Uncle ni dah 72 tahun tau..cergas lagi.

Cantik kejadian kudaku.