Ujian dan peringatan dariNya hadir di saat usiaku genap 40 tahun. Bak kata mat saleh life begin at 40. Nak ke hala mana di saat angka 4 menjengah..terus seperti dahulu atau mula mempersiapkan diri untuk bertemu Sang Pencipta.
Alhamdulillah..satu ujian namun nikmat yang tersangat banyak. Dikurniakan kemudahan perubatan yang baik, keluarga dan kawan-kawan yang sangat membantu dan memberi sokongan. 3 bulan jua tersenyap.. dalam proses berdamai dengan takdir. Officially bergelar ex hiker. Selamat tinggal hobiku. 179 hari bercuti sakit. Kembali hampir 80% sempurna. Sikit lagi, mungkin awal tahun depan minor operation untuk remove 2 lagi hardware (1 screw & 1 plate).
Tak nak ingat dah bagaimana kejadian itu berlaku. Cuma tarikhnya sama masa ibu jatuh, hanya beza tahun. Ibu pada 05 Mei 2022 dan anak ibu pada 05 Mei 2023. Berdoa setiap waktu.. Ya Allah..padamkanlah ingatan dan kenanganku pada tempat dan kejadian itu.
Selepas jatuh, terus di bawak ke klinik kesihatan Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil. Ada MA ja. Bila MA confirm tulang patah terus MA deal dengan Hospital Besut. Kena keluaq ke hospital malam tu jugak. MA cucuk ubat tahan sakit. Naik bot ambulan ke jeti Besut. Bot besaq, tak rasa ombak pun. Sampai jeti besut ambulan dah ready. Terus ke Hospital Besut.
x ray, confirm patah 2 tulang mallelous dan ankle dislocated. Doktor decided kena operate dan prepare nak ke Hospital Kuala Terengganu dah. Maka bermula la sesi drama merayu kat doktor nak balik buat kat Penang. Sapa nak tnggu kalau kat sini. Akhirnya doktor setuju dengan syarat kaki kena simen. Selesai urusan simen apa semua pukul 3 pagi. Tidoq aja kat emergency tu sebab kena tnggu farmasi buka baru bole ambil ubat dan balik Penang,
Sampai Penang dah lewat petang. Barai dah, mintak kat abg chaq pagi esok (ahad) baru p hospital. Pagi ahad terus masuk emergency. X ray lain, 3 tulang patah dan ankle dislocated. Have to go for operation. Isu GL, 5 minutes approve. Nasib baik tak breakfast apa lagi sbb mmg tak dak mood nak makan. Sakit itu hilang rasa nak makan. Buat swab test, start drip ayaq. 1200 tengah hari tolak masuk operation room. 6.30 petang selesai.
3 skru, 1 plate...ankle telah kembali ke rumahnya semula. Bermula lah kehidupan bersama crutches.
7 minggu kemudian remove 2 screw.
Start partial weigh bearing dengan kasut robocop.
Fibula = 1 plate
Syndesmosis Joint = 2 screw (done removed)
Medial Mallelous = 1 screw
No comments:
Post a Comment