Monday, March 20, 2023

Trek Kuda Penang : Penutup Sebelum Berpuasa

Trek kuda adalah antara trek yang berani nak repeat walaupun panjangggggg. Sebabnya tak yah pikul load yang banyak (boleh top up ration kat astaka dan youth park), ada waterfall yang cantik dan surau yang selesa untuk zohor. Cuma sakit sebab trek bertangga, dari lower station dah kena menapak tangga heritage.
0725 : start @ parking lower station
0805 : middle station
0900 : astaka, tapau lunch pack
0915 : angkat sauh
1025 : cp84, take 5
1040 : angkat sauh
1105 : cp46
1120 : waterfall, lunch
1145 : angkat sauh
1400 : surau moongate, zohor, lapik perut sket
1500 : angkat sauh
1545 : cp3
1610 : cp5
1710 : cp39
1855 : end @ parking lower station

Ni kali kedua saya buat trek kuda. Rasa shape kali ni lebih tepat shape kuda. Banyak binatang boleh buat dalam trek di Penang ni. Cuma larat atau tak jela. Tapi untuk trek kuda ni rasa bole repeat lagi. Tunggu kurus sket la dan kena kembali workout. Ni semput masa heritage. 

Satu yang menarik di Penang Hill ni adalah setiap check point dia cantik, bersih, ada tandas dan tong sampah yang ditindan dengan batu supaya monyet tak kacau.

Lepas heritage trek santai diskaun year and sale banyak la jugak..yihaaaa sakan la berboran time ni

Tapi gitulah, langit tak selalu cerah. Makin banyak pulak tangga bila lepas youth park. Hazab rasa, menyumpah-nyumpah la jugak. Nasib tak jadi sesumpah..hohohoho

Bukan takat check point, trek pun bersih cantik siap ada hiasan lagi.

Port yang paling ditunggu..waterfall..cuma ayaq tak penuh mungkin sebab musim panas la ni kan. Plus posrt lunch kat sini cuma kali ni tak mandi-manda.

Tadaaaa peak Olivia, kat mana rupa peak pun tak tau la.

Bestnya setiap check point kat sini sebab ada teko kopi dan teh..layannnn

Paling best kat cp39, uncle-uncle melayan kami siap bancuh kopi dan sembang. Uncle ni dah 72 tahun tau..cergas lagi.

Cantik kejadian kudaku.

Tuesday, March 14, 2023

Hatyai Again : Trip Makan Saja, No Shoping

Trip kali ni x dan nak rasa lapaq langsung. Siap dok kira ada benda yang tak sempat nak makan. Sampai cam tu la sekali. Plan lama dah dengan nisha. Seminggu lepas balik umrah. Kami berdua ja. Pagi sabtu nisha ambik dengan moto, park moto dia ja kat stesen keretapi Tasek Gelugoq.

Pastu ambik tren ke Padang Besar, cuma better ambik tren petang la sebab tren ke hatyai petang agak lewat (sbb jenuh jugak nak clear imi yang nak masuk Malaysia). Tren masuk hatyai jam 4.40 petang. So, melangut gak la kami kat tren tu. Makan bekal, borak lepas satu topik ke satu topik, banyak topik travel la. Lepas tu  buat jam' taqdim siap-siap. Pukul 4.40 gate tak buka lagi. Pukul 5 jugak la gate buka, clear imi Malaysia, cop pasport masuk Thai. Dalam 5.30 baru tren gerak. So, sampai sana pun 5.30 waktu Thai.

Sampai terus check in, mandi. Jam 6 ptg kami keluaq ke floating market. Kali ni guna grab aja. Tak beli pun sim card Thai sebab sama ja dgn harga roaming digi. Roaming aja..malas nak bukak tukaq sim card. Untuk ke lee garden street dan Kim Yong Market kami jalan kaki ja berpandukan waze (dalam 15 minit dari hotel). Tapi jalan tengah hari ni lencun gak la, panas lit lit wei.

Keluaq ja train Padang Besar nampak booth jual sim card Thai. Sama ja price dia RM25.

On the way..kami dok gerabak belakang sekali. Tapi time balik jangan dok gerabak belakang tau, jenuh nak beratoq kat imi. Dok gerabak depan sekali tau, train sampai langkah keluar terus beratoq kat imi.


The Train Hotel. RM107 per night. Selesa, mula kata alamak acaner nak tidoq bunyi keretapi, announcement lah..tapi mai dengan letih..tak sedaq habaq, subuh 5.16 pagi pun lajak 6.30..tak tau la gajah ka dinasour dah ni.


First pit stop floating market, makan-makan, pastu asean night bazaar, makan lagiiiii







Esok bangun tak rasa lapaq langsung. Plan asal nak breakfast di dimsum chadbura. Tapi sebab perut sengkak maka kami bermalasan aja di hotel. Pukul 9 pagi baru check out dan ke Kim Yong Market dan Lee Garden Street.

Nisha beli jugak gajus dengan kacang cerdik kat anak dia.


Kami breakfast pancake, pastu lajak dengan pulut pelam pulak. Ice cream, banana meiji, pulut ayam dah tak dak ruang. Nantilah kita cari next trip.


Time balik yang best sebab boleh lintas landasan ketapi..syok oooo..kalau kat malaysia tak dapat la gini.

Total expenses trip with BFF

The Train Hotel = RM107
Roaming Digi = RM25
Tiket KTM to Padang Besar = RM20.80
Tiket train to Hatyai = TBH100
Grab to floating market = TBH100
Makan kat floating market = TBH190
Grab to ASEAN Bazaar = TBH120
Makan kat ASEAN Bazaar = TBH230
Grab balik hotel = TBH83
Breakfast Lee Garden Street = TBH210
Tiket train balik Padang Besar = TBH100
Tiket KTM balik Tasek Gelugoq = RM20.80

Total RM173.60 (RM86.80 per person)
Total TBH1133 (TBH566.50 per person)

Lebih kurang habis dalam RM150 la sorang.



Friday, March 10, 2023

Bumi Haramain : Syukur Atas Jemputan Buat Kali Kedua

Mei 2016 seusai umrah pertama, saya berdoa moga dijemput sekali lagi untuk menunaikan ibadah umrah sebelum mendapat panggilan haji. Alhamdulillah Allah makbulkan, perjalanan yang hampir 70% disponsor oleh adik-beradik. Doa kali ini semoga segeralah saya dijemput untuk menunaikan rukun Islam yang terakhir. Rasa dah tak boleh tangguh, beza sungguh pengalaman menunaikan umrah pada usia 30an dan 40an. 

Dulu dari hari pertama sampai terakhir kuat dan bertenaga siap boleh jaga ibu lagi. Pergi pula bulan Ramadhan. Sampai balik Malaysia, rehat sehari dah boleh p kerja. Tapi kali ni, Allah..ujian yang Allah beri moga menjadi asbab penghapus dosaku yang terlalu banyak ini. Diuji dengan ramainya manusia ketika di bumi Mekah. Diuji dengan sakit (demam, kahak berdarah, selsema) ketika hari ke7. Sehingga hari ini dah hari ke8 lepas balik belum sihat sepenuhnya. Melanuih ja bak kata orang utara.

Tapi apa pun alhamdulillah selesai (dengan insyaAllah) sempurna perjalanan umrah kami dua beradik. Plan lepas selesai urusan pengebumian ibu. Daftar dengan TA yang sama saya p tahun 2016 dulu sebab hanya TA ni yang offer masuk Mekah dulu. Sepatutnya terbang Disember 2022 tapi disebabkan isu world cup di Qatar maka tangguh sehingga cuti sekolah Februari 2023.

Total jemaah 181 orang..memang ramai. Nasihat saya lepas ni nak p cari lah small group. Max pun dalam 80 orang (2 biji bas sahaja). Kalau tak memang cacamerba. Habis masa bab nak menunggu ja. Ingat mudah nak handle 181 orang? Satu lagi carilah yang offer direct flight atau pun setakat transit di Dubai. Ni kami transit kat Bangkok. 2 hari habis kat perjalanan yang sangat letih. Kali ni betul-betul diuji..moga menjadi asbab terhapus dosa-dosaku yang lampau.

Hari pertama fly dengan Thai Airways. KUL-BKK-Jeddah. Transit di Bangkok 4 jam. Dulu naik Emirates, rasa lebih selesa dengan Emirates. Seat lebih besar. Thai Airways keras kejung, sakit abis pinggang. Cuma win kat makanan la, kena dengan selera.

Hari kedua.. check in hotel pukul 8 pagi..rest sampai 12 tgh hari, check out terus ziarah bumi Taif. Makan nasi mandy..sedappp.. cuma sejuk dit dit. Pasar buah kat sini dah tak dak. Ke kilang rose, tapi bukan musim sekarang so tgk hasil produk jelah. Selesai ziarah terus ke Miqat Masjid Qarnul Manazil untuk umrah pertama.

Sampai check in hotel di Mekah pun dah lewat malam. Hotel dalam 350 meter, lebih kurang 15 minit berjalan. Pukul 11.30 mlm berkumpul untuk umrah pertama. Selesai umrah pertama hari keesokkannya just free and easy. Zohor kami ke masjid, masa balik ronda mall sekitar masjid. Beli la sikit-sikit buah tangan untuk orang kat Malaysia.

Hari ke4 dibawa ziarah tapi Jabal Rahmah tutup under renovation. Maka lambai dari jauh jela. Cuaca sejuk berangin kena pakai wind breaker tapi matahari pun bersinar. Jabal Tsur pun dah tutup, tengok dari jauh jugak. Lalu area Mina, Arafah dan Muzdalifah sambil berdoa moga dijemput menunaikan ibadah haji dalam keadaan yang masih sihat dan kuat. Lepas tu ke Miqat Masjid Jaranah untuk umrah kedua. Kami berpuasa sunat hari ini. Alhamdulillah cuaca okay, cergas aja keduanya.

Hari ke5 kami ziarah ke kawasan Hudaibiyah. Kami ke ladang unta milik Global Ikhwan. Bangga rasa bila tengok kehebatan syarikat aak bangsa di persada antarabangsa. Lepas tu terus niat miqat di Masjid Syumasyi. Sebab balik ziarah awal maka settle umrah awal. Kak mula demam. hari rasa macam ramai sangat orang, berasak sakan masa tawaf. Berapa kali rasa badan nak terpelanting. 

Ptg tu mutawif offer sapa nak hiking Jabal Nur. Just add on SAR40 untuk transportation. Mula bagi nama berdua tapi kak dah start demam. Lepas habis umrah kedua tadi nampak badan kak mula lemah. Dah start ambik ubat demam. Maghrib di hotel ja, jam 7.30 bas bergerak ke starting point Jabal Nur.


Smlm plan nak buat sendiri umrah ke-4 disebabkan hari last TA bagi free and easy. Tapi tgk keadaan kak macam tak mengizinkan aja. Rupanya bangun pagi makan ubat, jalan p subuh kat masjid. Balik masjid ajak adik izaman teman ke Masjid Tanaim untuk niat ihram. Cuma masa tawaf kami ambik scooter. Alhamdulillah lega banyak, selesai umrah pun awai. Lepas asar balik kemas beg sebab esok nak berangkat ke madinah dah. Maghrib dan isya' iktikaf lama sikit di masjid. Malam terakhir di bumi Mekah. Lepas maghrib ajak kak ronda masjidil Haram, kami masuk ke King Fahd Extension, kemudian kami naik solat isya di roof top. Tapi tak boleh lama..lepas isya tu sejuk menahan angin..golek-golek jap ajak kak balik.

Hari ke7, hari terakhir di bumi Mekah. Hari ni hari Khamis, plan nya nak puasa sunat sebab hari ni perjalanan ja ke Madinah tapi kak masih demam sampai mengigau. So, decided tak jadilah puasa. Lepas subuh balik hotel, susun beg luaq bilik. Pukul 9 gitu p tawaf wida'. Rezeki Allah bagi sekali ujian..bukan mudah..dan sebenarnya saya sendiri tak percaya sebab cakap kat kak nnt habis tawaf kita p sentuh kaabah na, rasa nak dapat kucup hajarul aswad tu hurmmm agak sukar. Kak kata jom la kita pusing seround mana tau ada rezeki masuk solat di Hijr Ismail. Masa kami lalu kebetulan turn hajjah (perempuan) untuk masuk. Tunggu kejap dalam 10 minit pintu dibuka. Ya Allah berasak, masa ni kami terpisah dan saya jatuh terlentang. Rasa macam mati dah aku kat sini kena pijak. Cuak dan meleleh air mata dah. Nasib baik rasa ada tangan tarik bagi berdiri. Dapat solat dua rakaat dalam ni. Selesai berdoa, sentuh kaabah..kami berlalu..moga ini bukan lambaian terakhir. Jemputlah lagi kami Ya Allah..

Bas bertolak jam 2 petang ke Kota Madinah. Badan saya dah mula rasa lain sampai mintak kat mutawif minta driver off kan aircond. Dah mula menggeletar. Sampai Madinah sementara settle isu bilik, ambik kunci. Jam 10 malam baru berada di bilik. Nak dinner pun tak lalu dah, badan mula panas tambah selsema dan kahak berdarah.

Terjaga jam 5 pagi, bangun mandi, makan ubat, ajak kak p subuh di Masjid Nabawi. Sayangnya kalau tak diambil peluang sebaiknya. Selesai subuh balik breakfast. Jam 8.30 pagi kami mula ziarah dalam. Madinah lagi sejuk dari Mekah. Tapi start jam 9 pagi matahari dia perghhh terpacak. Saya rasa saya kena heat stroke dah. Lepas tu saya bertahan dengan ubat ja setipa 4 jam. Kak pun still demam. Cuma dah kurang sket.

Hari ketiga di Madinah kami ziarah Jabal Uhud. Sepatutnya ke Masjid Quba' dulu tapi ramainya umat manusia, bas stuck kat situ kat sejam lebih. Sebab tu decide p jabal Uhud dulu. Hari ni kami ziarah luar ja. Tapi semua tempat yang p semua ramai giler manusia. Nak membeli apa jadi tak dak mood. Maybe sebab badan pun tak sihat.

Lepas tu x p mana dah just masjid, hotel, on the way balik dari masjid singgah la beli kat mall tepi-tepi ni. Jarak masjid dengan hotel di Madinah dekat ja, dalam 150 meter ja. Pastu straight pulak dengan pintu masuk untuk muslimat. Kak getting better, saya plus hidung berdarah pulak. 2 malam last di sini tak boleh tidoq langsung, tak tau la temperature saya naik berapa. nak tidoq basah towel letak kat muka..kejap ja towel tu kering.

Malam last kami dapat masuk raudhah. Apply melalui app nusuk. Bagus dah app tu, beratoq pun bagus dah. Better la dari dulu. Cuma sekali dia lepas tu berteraboq la jugak menderu masuk. Dapat duduk dan solat hampir setengah jam jugak dalam tu. Balik masjid kemas beg sebab esok lepas breakfast nak bergerak balik dah. Malam terakhir di bumi haramain. Ya Allah jemputlah lagi kami ke sini.

Hari ke11 Isnin 27 Feb 2023. Selesai ziarah wida, balik sarapan. Jam 9 pagi bertolak ke airport Jeddah. Flight kami awal pagi esok sebenarnya tapi sebab jemaah yang ramai TA plan gerak awal. Sekali sampai airport jam 4 ptg tak dibenarkan masuk sebab ramai. Boleh masuk 3 jam sebelum boarding ja. Maknanya pukul 8.30 malam baru boleh masuk. Bis tu nak langut mana? Mutawif bawak ronda Bandar Jeddah, p pelabuhan Jeddah. Letih dan sakit tapi best jugak tengok tempat orang. 

Jam 8.30 malam kami sampai airport. Terus masuk dan disebabkan beg kami berdua tak beranak terus masuk check in, lepas tu p buat jama' takhir. Lapik perut makan bekal yang beli tengah hari tadi. Jam 12.30 pagi baru masuk dalam boarding area. Jam 1.30 pagi baru terbang ke bangkok. 1.30 ptg sampai airport Bangkok. Transit 5 jam, baru fly balik KLIA. Jam 8 malam hari Selasa sampai KLIA. Settle semua imi dan luggage. Jam 12 tgh malam bertolak dari rnr Dengkil. Rabu jam 6 pagi sampai rumah. 2 hari barai perjalanan. Fuhhhhh..ujian adalah tarbiyah dari Allah. Apapun doa saya satu benda yang cukup penting. Moga Allah jemput saya untuk tunaikan ibadah haji sebelum usia saya 45 tahun. Sihat tubuh badan dan kuat lagi masa tu. Ameeeennnn

Tamatlah perjalanan kami dua beradik menjadi tetamu Allah 17-28 Februari 2023.

Monday, March 6, 2023

Jabal Nur : Pengalaman Terindah Dalam Dunia Hiking

Memang tak sangka nak direzekikan boleh mendaki Jabal Nuur. Sebab trip kak sue sebelum ni depa bawak mai tengok ja waktu pagi dan ramai sangat orang. Tapi kebetulan trip ni depa offer sapa nak hiking waktu malam tapi ada charge la SAR40 seorang. Mula bagi nama sekali dengan kak tapi kak still demam. So, saya p sorang ja join jemaah lain.
Tempat parking bas. Lepas tu kena naik roller coaster (mini van pak arab...dia bawak nahai mmg kalah roller coaster)

Naik van pak arab dalam 10 minit sampai la ke starting point..sejukkkk.. Ustaz Zaid bagi taklimat ringkas, bacaan doa dan lepas kami naik. Track single and simple. InsyaAllah naik sensorang pun bole, akan sentiasa berselisih dengan jemaah lain.

View mmg superb la, Kota Mekah bermandikan cahaya lampu.

Ada banyak pondok untuk berehat, tapi tak sanggup la..sejukkk..melangkah ja sensorang. Track tangga sahaja. Tangga batu, tak licin. Elok ja.

View from the peak...hehehe sini tak dak sign board ya. Bole nampak clock tower. Cantik sangat-sangat. Kat peak tu turun bawah sikit Gua Hira'. Tapi jalan nak masuknya muat sorang ja dan ramaiiiii yang dok beratoq. So, patah balik turun jela. Nak tunggu pun sejuk.

Selpie sensorang.

Dah sampai starting point lanje diri bebsi satu.

Dengan megi curry 1...tapi megi from indonesia bukan made in saudi.

Okay la almost sejam untuk naik dan turun.