Mei 2016 seusai umrah pertama, saya berdoa moga dijemput sekali lagi untuk menunaikan ibadah umrah sebelum mendapat panggilan haji. Alhamdulillah Allah makbulkan, perjalanan yang hampir 70% disponsor oleh adik-beradik. Doa kali ini semoga segeralah saya dijemput untuk menunaikan rukun Islam yang terakhir. Rasa dah tak boleh tangguh, beza sungguh pengalaman menunaikan umrah pada usia 30an dan 40an.
Dulu dari hari pertama sampai terakhir kuat dan bertenaga siap boleh jaga ibu lagi. Pergi pula bulan Ramadhan. Sampai balik Malaysia, rehat sehari dah boleh p kerja. Tapi kali ni, Allah..ujian yang Allah beri moga menjadi asbab penghapus dosaku yang terlalu banyak ini. Diuji dengan ramainya manusia ketika di bumi Mekah. Diuji dengan sakit (demam, kahak berdarah, selsema) ketika hari ke7. Sehingga hari ini dah hari ke8 lepas balik belum sihat sepenuhnya. Melanuih ja bak kata orang utara.
Tapi apa pun alhamdulillah selesai (dengan insyaAllah) sempurna perjalanan umrah kami dua beradik. Plan lepas selesai urusan pengebumian ibu. Daftar dengan TA yang sama saya p tahun 2016 dulu sebab hanya TA ni yang offer masuk Mekah dulu. Sepatutnya terbang Disember 2022 tapi disebabkan isu world cup di Qatar maka tangguh sehingga cuti sekolah Februari 2023.
Total jemaah 181 orang..memang ramai. Nasihat saya lepas ni nak p cari lah small group. Max pun dalam 80 orang (2 biji bas sahaja). Kalau tak memang cacamerba. Habis masa bab nak menunggu ja. Ingat mudah nak handle 181 orang? Satu lagi carilah yang offer direct flight atau pun setakat transit di Dubai. Ni kami transit kat Bangkok. 2 hari habis kat perjalanan yang sangat letih. Kali ni betul-betul diuji..moga menjadi asbab terhapus dosa-dosaku yang lampau.
Hari pertama fly dengan Thai Airways. KUL-BKK-Jeddah. Transit di Bangkok 4 jam. Dulu naik Emirates, rasa lebih selesa dengan Emirates. Seat lebih besar. Thai Airways keras kejung, sakit abis pinggang. Cuma win kat makanan la, kena dengan selera.
Hari kedua.. check in hotel pukul 8 pagi..rest sampai 12 tgh hari, check out terus ziarah bumi Taif. Makan nasi mandy..sedappp.. cuma sejuk dit dit. Pasar buah kat sini dah tak dak. Ke kilang rose, tapi bukan musim sekarang so tgk hasil produk jelah. Selesai ziarah terus ke Miqat Masjid Qarnul Manazil untuk umrah pertama.
Sampai check in hotel di Mekah pun dah lewat malam. Hotel dalam 350 meter, lebih kurang 15 minit berjalan. Pukul 11.30 mlm berkumpul untuk umrah pertama. Selesai umrah pertama hari keesokkannya just free and easy. Zohor kami ke masjid, masa balik ronda mall sekitar masjid. Beli la sikit-sikit buah tangan untuk orang kat Malaysia.
Hari ke4 dibawa ziarah tapi Jabal Rahmah tutup under renovation. Maka lambai dari jauh jela. Cuaca sejuk berangin kena pakai wind breaker tapi matahari pun bersinar. Jabal Tsur pun dah tutup, tengok dari jauh jugak. Lalu area Mina, Arafah dan Muzdalifah sambil berdoa moga dijemput menunaikan ibadah haji dalam keadaan yang masih sihat dan kuat. Lepas tu ke Miqat Masjid Jaranah untuk umrah kedua. Kami berpuasa sunat hari ini. Alhamdulillah cuaca okay, cergas aja keduanya.
Hari ke5 kami ziarah ke kawasan Hudaibiyah. Kami ke ladang unta milik Global Ikhwan. Bangga rasa bila tengok kehebatan syarikat aak bangsa di persada antarabangsa. Lepas tu terus niat miqat di Masjid Syumasyi. Sebab balik ziarah awal maka settle umrah awal. Kak mula demam. hari rasa macam ramai sangat orang, berasak sakan masa tawaf. Berapa kali rasa badan nak terpelanting.
Ptg tu mutawif offer sapa nak hiking Jabal Nur. Just add on SAR40 untuk transportation. Mula bagi nama berdua tapi kak dah start demam. Lepas habis umrah kedua tadi nampak badan kak mula lemah. Dah start ambik ubat demam. Maghrib di hotel ja, jam 7.30 bas bergerak ke starting point Jabal Nur.
Smlm plan nak buat sendiri umrah ke-4 disebabkan hari last TA bagi free and easy. Tapi tgk keadaan kak macam tak mengizinkan aja. Rupanya bangun pagi makan ubat, jalan p subuh kat masjid. Balik masjid ajak adik izaman teman ke Masjid Tanaim untuk niat ihram. Cuma masa tawaf kami ambik scooter. Alhamdulillah lega banyak, selesai umrah pun awai. Lepas asar balik kemas beg sebab esok nak berangkat ke madinah dah. Maghrib dan isya' iktikaf lama sikit di masjid. Malam terakhir di bumi Mekah. Lepas maghrib ajak kak ronda masjidil Haram, kami masuk ke King Fahd Extension, kemudian kami naik solat isya di roof top. Tapi tak boleh lama..lepas isya tu sejuk menahan angin..golek-golek jap ajak kak balik.
Hari ke7, hari terakhir di bumi Mekah. Hari ni hari Khamis, plan nya nak puasa sunat sebab hari ni perjalanan ja ke Madinah tapi kak masih demam sampai mengigau. So, decided tak jadilah puasa. Lepas subuh balik hotel, susun beg luaq bilik. Pukul 9 gitu p tawaf wida'. Rezeki Allah bagi sekali ujian..bukan mudah..dan sebenarnya saya sendiri tak percaya sebab cakap kat kak nnt habis tawaf kita p sentuh kaabah na, rasa nak dapat kucup hajarul aswad tu hurmmm agak sukar. Kak kata jom la kita pusing seround mana tau ada rezeki masuk solat di Hijr Ismail. Masa kami lalu kebetulan turn hajjah (perempuan) untuk masuk. Tunggu kejap dalam 10 minit pintu dibuka. Ya Allah berasak, masa ni kami terpisah dan saya jatuh terlentang. Rasa macam mati dah aku kat sini kena pijak. Cuak dan meleleh air mata dah. Nasib baik rasa ada tangan tarik bagi berdiri. Dapat solat dua rakaat dalam ni. Selesai berdoa, sentuh kaabah..kami berlalu..moga ini bukan lambaian terakhir. Jemputlah lagi kami Ya Allah..
Bas bertolak jam 2 petang ke Kota Madinah. Badan saya dah mula rasa lain sampai mintak kat mutawif minta driver off kan aircond. Dah mula menggeletar. Sampai Madinah sementara settle isu bilik, ambik kunci. Jam 10 malam baru berada di bilik. Nak dinner pun tak lalu dah, badan mula panas tambah selsema dan kahak berdarah.
Terjaga jam 5 pagi, bangun mandi, makan ubat, ajak kak p subuh di Masjid Nabawi. Sayangnya kalau tak diambil peluang sebaiknya. Selesai subuh balik breakfast. Jam 8.30 pagi kami mula ziarah dalam. Madinah lagi sejuk dari Mekah. Tapi start jam 9 pagi matahari dia perghhh terpacak. Saya rasa saya kena heat stroke dah. Lepas tu saya bertahan dengan ubat ja setipa 4 jam. Kak pun still demam. Cuma dah kurang sket.
Hari ketiga di Madinah kami ziarah Jabal Uhud. Sepatutnya ke Masjid Quba' dulu tapi ramainya umat manusia, bas stuck kat situ kat sejam lebih. Sebab tu decide p jabal Uhud dulu. Hari ni kami ziarah luar ja. Tapi semua tempat yang p semua ramai giler manusia. Nak membeli apa jadi tak dak mood. Maybe sebab badan pun tak sihat.
Lepas tu x p mana dah just masjid, hotel, on the way balik dari masjid singgah la beli kat mall tepi-tepi ni. Jarak masjid dengan hotel di Madinah dekat ja, dalam 150 meter ja. Pastu straight pulak dengan pintu masuk untuk muslimat. Kak getting better, saya plus hidung berdarah pulak. 2 malam last di sini tak boleh tidoq langsung, tak tau la temperature saya naik berapa. nak tidoq basah towel letak kat muka..kejap ja towel tu kering.
Malam last kami dapat masuk raudhah. Apply melalui app nusuk. Bagus dah app tu, beratoq pun bagus dah. Better la dari dulu. Cuma sekali dia lepas tu berteraboq la jugak menderu masuk. Dapat duduk dan solat hampir setengah jam jugak dalam tu. Balik masjid kemas beg sebab esok lepas breakfast nak bergerak balik dah. Malam terakhir di bumi haramain. Ya Allah jemputlah lagi kami ke sini.
Hari ke11 Isnin 27 Feb 2023. Selesai ziarah wida, balik sarapan. Jam 9 pagi bertolak ke airport Jeddah. Flight kami awal pagi esok sebenarnya tapi sebab jemaah yang ramai TA plan gerak awal. Sekali sampai airport jam 4 ptg tak dibenarkan masuk sebab ramai. Boleh masuk 3 jam sebelum boarding ja. Maknanya pukul 8.30 malam baru boleh masuk. Bis tu nak langut mana? Mutawif bawak ronda Bandar Jeddah, p pelabuhan Jeddah. Letih dan sakit tapi best jugak tengok tempat orang.
Jam 8.30 malam kami sampai airport. Terus masuk dan disebabkan beg kami berdua tak beranak terus masuk check in, lepas tu p buat jama' takhir. Lapik perut makan bekal yang beli tengah hari tadi. Jam 12.30 pagi baru masuk dalam boarding area. Jam 1.30 pagi baru terbang ke bangkok. 1.30 ptg sampai airport Bangkok. Transit 5 jam, baru fly balik KLIA. Jam 8 malam hari Selasa sampai KLIA. Settle semua imi dan luggage. Jam 12 tgh malam bertolak dari rnr Dengkil. Rabu jam 6 pagi sampai rumah. 2 hari barai perjalanan. Fuhhhhh..ujian adalah tarbiyah dari Allah. Apapun doa saya satu benda yang cukup penting. Moga Allah jemput saya untuk tunaikan ibadah haji sebelum usia saya 45 tahun. Sihat tubuh badan dan kuat lagi masa tu. Ameeeennnn
Tamatlah perjalanan kami dua beradik menjadi tetamu Allah 17-28 Februari 2023.
No comments:
Post a Comment