Friday, December 20, 2024

Maldives : Ronda Male & Hulhumale Dengan Public Transport

3 malam di pulau dan dan satu malam di bandar. Senang sebab flight balik nanti pagi. Tapi sempat aja kalau nak stay pulau cuma kena ambik first boat la. Tapi kami pilih keluar awal sehari sebab nak jugak tengok macam mana town depa. Pada saya Male macam KL yang crowded, sesak. Hulhumale pulak nampak tersusun macam Putrajaya.

Kami jalan kaki ja ronda town male, tak larat berhenti la jap. Singgah ambik gambaq, singgah lepak kat taman dan masjid. Pastu baru naik bas ke Hulhumale. Bas depa cashless ya, bole tap kad. Credit card, debit card, wise, bigpay. Saya pakai wise (boleh pakai untuk ramai, tap aja banyak kali). Pastu kan tak beli sim card sana, so study dah route public transport (bas depa). Wei stesen bas depa hat kecik2 tu pun ada ekon na. Kalau sesat pun tak pa..rakyat depa baik2 dan boleh cakap English. Tanya aja, siap depa tolong buka apps tunjuk lagi. Dannnn...bas depa ontime, apps tu bole nampak pergerakan bas tu kat mana.

Macam opis2 bisnes gitu...rupanya spital.

Entah lah dia tulis apa. Dayah teka tsunami monument.

Sepanjang2 jalan ada orang berniaga, tapi kami tak beli apa pun. Perut kenyang lagi breakfast.

Nampak fish market, jenguk dari luaq aja


Early check in, letak beg..keluaq cari lunch.

2 jenis pizza ni..RM60 gitu..kenyang sampai malam. Lepas makan balik bilik, rest...lena jap...penat berjalan di Male tadi

Dah segaq, mangkit ronda Hulhumale. Jalan along the beach.


Sampai jumpa bridge kedua..badan dah segar, cuaca pun nice2 aja. So, meronda lah kami ikut kaki melangkah. Hampir semua kedai kami masuk cuci mata.


Demikianlah kisah travel DIY kami ke bumi Maldives. Alhamdulillah memang seronok dan puas hati. Esoknya lepas breakfast terus kami keluaq tunggu bas. Naik bas ke airport, masuk imi, check in, timbang beg..jam 1055 terbanglah balik Malaysia. Home sweet home. Dah 2 minggu..aissshhh rindunya kat nurse shark yang jinak tu. Tapi tu lah tak repeat lah..banyak lagi negara lain nak explore.

Wednesday, December 18, 2024

Maldives : Aktiviti Di Sana

Take note ya Maldives adalah sebuah negara Islam, so aktiviti hari Jumaat agak terhad. Contohnya public ferry tak dak pada hari Jumaat, snorkelling pun tak da. Yang ada hanya private trip ke private island dan aktiviti yang sekerat hari seperti water activities atau pun aktiviti sebelah petang dan malam. So, kami decided untuk ambil 4 water activities (parasailing, fun tube, jet ski dan kayak).

Tengah hari kami rest jap sampai petang. Pukul 5 kami sambung aktiviti night fishing. Pakej night fishing ni include dinner. Ikan yang dapat tangkap tu depa akan goreng. So, dinner adalah nasi goreng dan ikan goreng freshhh.. Memang manis sedap la.

 

Ini local maldivian. So, tak berapa reti cakap omputih. Sembang macam ayam ngan itik. Tapi pak cik ni layan sempoi, dah tengok saya cam cemuih sebab tak dapat ikan dia panggil tarik tali tu masa dia dapat ikan. So merasa la jugak pengalaman tarik ikan yang sangkut kat umpan.

Depa tengah sediakan umpan.

Ni la aktiviti pertama kami di hari Jumaat. Parasailing, include drone.



Ni pulak pengalaman dengan stingray.




Ini terpaling memori indah di Maldives. Berenang dengan nurse shark. Cuak jugak mula-mula nak turun, tapi shark ni tak kacau orang.

Kalau nak turun kena pandai berenang sebab dolphin ni lajuuuuu

Tuesday, December 17, 2024

Maldives : Maafushi Island

Nak dok private island @ water chalet tak mampu leee. Public island la pilihan kami, tapi bukan kaleng-kaleng jugak..cantik aja pulaunya dan bilik pun cantik aja. Cuma tak dak balkoni la. Petang hari kedua kami plan ronda-ronda sambil berootd sambil survey pakej untuk esok.

Tu jelah Maafushi Island, bot akan berhenti area icom tours tu..jalan kaki sket aja sampai la hotel. Kalau slow jog keliling pulau ni dlm setengah jam settle la. Kalau lenggang mak limah sambil berootd dalam sejam lebih gitu gak la.

Jiran kami, Hotel Triton

Area ni kawasan rekreasi, ada tempat main skate board, bole brisk walk, ada padang permainan, barang gym yang buat sendiri dan ada pool.

Take note ya...no bikini cuma ada sket kawasan dipanggil bikini beach (itu pun tertutup). Di situ aja bole berbikini, kawasan lain tak boleh. Tapi kalau kat private island bole la. Same goes to alcohol.

Menatang ni sama banyak dengan meow meow. Almost setiap kedai ada..tapi ia tak pandai cakap pun..cuma kaler cantikkk


Ada bole sewa gerek, tapi tak tanya pun berapa. Jalan kaki udah la, lagi pun semua price dalam USD..penat dohhhh

Welcome to Maafushi. Bot2 akan berhenti area depan ni. Belakang tu sekolah.

Banyak pokok mula ditanam, tak la panas lit lit sangat. Ada jugak tempat berteduh.


Ada bengkel moto, kereta. Wonder jugak cam na kereta masuk pulau ni. Kapai besaq la kot.

bengkel welding.

Hurmmm ada penjara. Kalau dah sampai penjara kira penghujung pulau dah la ni.

Ada satu masjid dan satu surau. masa lalu ni tengah time maghrib.

Kedai barang harian

Kedai jual buah-buahan pun banyak.

Kedai cenderamata.

Banyak teh pelbagai perasa cam kat cameron.

Ronda-ronda kami ambik pakej water sport dan night fishing ngan salt beach ni.

Monday, December 16, 2024

Maldives : Full Itinerary & Budget

Tercapai jua hasrat nak ke Maldives, impian dari sebelum zaman covid. Cuma lepas covid tiket flight paling murah pun RM800 return. Kebetulan masa lecturer marking bulan 6 ritu saya kena standby buka/tutup office dan percetakan. Tak dak pun AA announce free seat tetiba masuk notification dalam group telegram Pemburu Tiket Murah yang AA buat KL-Male return RM399. Apalagi terus tanya dayah onz tak sebab ada tarikh kena cuti sem dia. Dah beli 2 tiket nak beli untuk Izzah dan Eija dah tak lepas, price dah shoot p RM800 gitu.

So, sebelum up itinerary dan budget, up pic sket.

Pen ke KL kami pakai WCE sebab buddy mengidam nak makan belangkas ngan mentarang. Tapi memang rekemen lah belangkas masak lemak ni. Teloq tebai, kuah sedap, wangi lak tu sebab ada hirisan daun pandan. Rasa nak repeat nanti.

Patutnya flight kami pagi, tapi reschedule ke petang. Flight dalam 4 jam setengah sampai la. Terus settle imi, pastu nampak Bank Of Maldives tukaq duit situ USD50 = MVR750.

Settle tukaq duit, keluaq dari airport nampak pondok jual tiket feri ke male. Feri jalan jam 9.15 malam, take noted ya depa memang punctual. Sampai sana dalam 9.30 malam, cari pulak jeti number 6 untuk ambik speed boat ke Maafushi. Speed boat jalan pukul 10 malam. Kejap aja, 10.30 sampai dah Maafushi.

Disambut oleh staf Velana Beach Resort. Naik buggy ke hotel, sampai dapat hot towel lap2 muka, dapat refreshment..ayaq strawberry.

Check in untuk 3 malam di sini. Bilik tak dak balkoni tapi besaq, selesa, bersih dan cantik.


Disebabkan kami sampai lewat malam maka decided untuk ambik pakej nurse shark bawah hotel. Velana yang uruskan.

Pagi subuh awai dalam 4.45 pagi, breakfast start 7 pagi. Biasanya breakfast english style, ada jugak makanan sana roshi dan kuah dal (macam capati gitu). Tapi kuah dal depa ceroiiii..so kita layan senglish breakfast lah. Hotel included breakfast ya.


Bridge ni rasanya baru 3 tahun gitu kot siap. Sebelum ni semua kena pakai bot lah dari Male ke Hulhumale

Masa mai kami naik speed boat, balik naik public ferry. Speed boat harga USD15 sehala, ferry harga USD2 sehala. Jimat weiii, cuma ferry sekali sahaja sehari, pastu Jumaat tak dak.

Hotel di Hulhumale, di sini tenang sket...tak serabut macam Male. Bilik berdepan pantai, ada balkoni lak tu..memang layan la. Cuma bising bunyi sea plane...sedia2 lalu.

Ni ha full itinerary

Rabu 04.12.2024

0900 : gerak dari Penang ke ERL Salak Tinggi
1245 : lunch @ Sekinchan
1330 : sambung perjalanan
1530 : sampai ERL salak tinggi, cari parking
1601 : naik tren ke KLIA2
1612 : sampai KLIA2, terus masuk boarding hall, jama takhir
1940 : fly to Maldives
2040 : touch down Velana International Airport
- settle imi, tukaq duit
2115 : naik feri ke Male
2130 : sampai Male, cari jetty number 6 untuk ke Maafushi
2200 : naik speed boat ke Maafushi
2240 : check in Velana Beach Resort

Khamis 05.12.2024

0500 : subuh
0700 : breakfast
0900 : berkumpul di Hotel Triton, sebelah aja (join trip under depa, hotel yg tolong arrange)
0930 - 1500 : nurse shark tour (lunch include)
1500 - 1700 : rest kat bilik..penat ligan shark doo doo
1700 - 1830 : ronda pulau, book trip untuk esok, waiting for sunset..balik bilik dinner megi ngan roti

Jumaat 06.12.2024

0500 : subuh
0545 : hunting for sunrise
0600 - 0700 : brisk walk
0700 : breakfast
0900 - 1100 : water activities (parasailing, jet ski,fun tube dan kayak)
1100 - 1200 : mandi laut dan pool
1200 - 1700 : rest, lunch megi ngan roti kat bilik
1730 - 2000 : night fishing (pakej include dinner)
2030 - 2130 : dinner vegetables fried rice dengan grilled chicken yang dapat tadi.

Sabtu 07.12.2024

0500 : subuh
0650 : early breakfast
0730 : naik ferry ke Male
0910 : sampai jetty male
Ronda town Male (sesat dan berkechap bersama-sama)
1150 : naik bas ke Male
1245 : check in Vista Beach Retreat
1300 : lunch @ Pizza Buona
1730 : keluaq lepak for sunset, jenjalan area Hulhumale
- try Masala Tea dan Bombay Tea
- layan jus buah sebab nak perabih duit rufiya
2030 : balik bilik, kemas beg

Ahad 08.12.2024

0730 : breakfast kat hotel
0800 : check out, naik bas ke airport
0900 : check in flight
1045 : fly balik Malaysia
1830 : touch down, settle imi, naik train ke Salak Tinggi
2005 : drive balik Penang

Perbelanjaan

1) flight Kl - Male return = RM798
2) add on meals dalam flight = RM56
3) hotel @ Maafushi 3 malam = USD196 (RM843)
4) hotel @ Hulhumale 1 malam = USD79 (RM340)
5) pakej nurse shark = USD110 (RM473)
6) add drone nurse shark = USD30 (RM129)
7) night fishing = USD60 (RM258)
8) water activities = USD120 (RM516)
9) ferry airpor - maafushi = MVR30 (RM8.60)
10) speed boat male - maafushi = USD30 (RM129)
11) public ferry maafushi - male = MVR60 (RM8.60)
12) mineral water 2 botol 500ml = MVR10 (RM2.90)
13) tambang bas male - hulhumale = MVR20 (RM5.70)
14) lunch @ Pizza Buono = MVR220 (RM60)
15) lime juice and watermelon juice = MVR91 (RM26)
16) masala tea dan bombay tea = MVR20 (RM5.70)
17) tambang bas hulhumale - airport = MVR20 (RM5.70)
18) mineral water sebotol @ airport = USD2 (RM8.60)
19) klia transit return = RM19.60
20) petrol pen - kl return = RM100
21) tol pen - KL = RM41
22) lunch @ Was Sekinchan = RM54
23) parking 5 hari @ ERL Salak TInggi = RM60
24) Tol KL - Pen = RM41.60

Total = RM3988.60
Per person = RM1994.30