Nak dok private island @ water chalet tak mampu leee. Public island la pilihan kami, tapi bukan kaleng-kaleng jugak..cantik aja pulaunya dan bilik pun cantik aja. Cuma tak dak balkoni la. Petang hari kedua kami plan ronda-ronda sambil berootd sambil survey pakej untuk esok.
Tu jelah Maafushi Island, bot akan berhenti area icom tours tu..jalan kaki sket aja sampai la hotel. Kalau slow jog keliling pulau ni dlm setengah jam settle la. Kalau lenggang mak limah sambil berootd dalam sejam lebih gitu gak la.
Jiran kami, Hotel Triton
Area ni kawasan rekreasi, ada tempat main skate board, bole brisk walk, ada padang permainan, barang gym yang buat sendiri dan ada pool.
Take note ya...no bikini cuma ada sket kawasan dipanggil bikini beach (itu pun tertutup). Di situ aja bole berbikini, kawasan lain tak boleh. Tapi kalau kat private island bole la. Same goes to alcohol.
Menatang ni sama banyak dengan meow meow. Almost setiap kedai ada..tapi ia tak pandai cakap pun..cuma kaler cantikkk
Ada bole sewa gerek, tapi tak tanya pun berapa. Jalan kaki udah la, lagi pun semua price dalam USD..penat dohhhh
Welcome to Maafushi. Bot2 akan berhenti area depan ni. Belakang tu sekolah.
Banyak pokok mula ditanam, tak la panas lit lit sangat. Ada jugak tempat berteduh.
Ada bengkel moto, kereta. Wonder jugak cam na kereta masuk pulau ni. Kapai besaq la kot.
bengkel welding.
Hurmmm ada penjara. Kalau dah sampai penjara kira penghujung pulau dah la ni.
Ada satu masjid dan satu surau. masa lalu ni tengah time maghrib.
Kedai barang harian
Kedai jual buah-buahan pun banyak.
Kedai cenderamata.
Banyak teh pelbagai perasa cam kat cameron.
Ronda-ronda kami ambik pakej water sport dan night fishing ngan salt beach ni.
No comments:
Post a Comment