Saturday, October 4, 2025

Trip Brunei & Bario : 18 Jam Di Brunei Darussalam

Apa yang kami sempat buat di Brunei selama 18 jam. Banyak jugak yang kami explore. Jadilah boleh tambah koleksi cop dalam buku merah, tambah koleksi negara.

Dari airport miri ke sempadan dalam 40 minit. 



Jenuh berteka maksud signboard depa.

Kami sempat solat di Masjid Omar Ali Saifuddin ni. Buat jama takhir di situ.

Kampung Ayer ni lengkap segala kemudahan. Awas ya bujang senang pun ada, cuma tak rezeki nak terserempak hari tu. Alhamdulillah.


Kapal anak si tanggang.

Paya bakau Brunei..tapi tak segemuk kita.



EZ Suites, Gadong. Selesa dan strategik. parking pun senang.




First time try nasik katok, cam nasik biasa ja...


Hadap la jem sket sebab keluaq di hari Jumaat (hari cuti Brunei).

Friday, October 3, 2025

Trip Brunei & Bario : Full Itinerary Dan Budget

Saya panggil trip B kuasa dua bermaksud Brunei Darussalam dan Bario Highlands, Sarawak. Plan nak lajak seminggu terus sebab nak cover Miri sama tapi memikirkan fulus dan jua cuti (masa book flight ni on April kan dah book tiket Pakistan sama). Lastly pakistan cancel sebab Wagah Border masih lagi ditutup. So, ini adalah trip penutup untuk 2025. 

Brunei dan Singapura ada perjanjian ya boleh pakai di antara dua buah negara. Saya suruh yang lain tukaq SGD sebab kalau ada balance boleh pakai lagi bila-bila p Singapore sebab rasanya tak repeat dah Brunei. Cuma Angah ada balance duit Brunei masa dia keja situ, so dapatla ke ashu dalam BND14. Cukup lah untuk buat dinner di Pasar Malam Gadong.

Kami fly dengan MAS dan MAS Wings. My first experience terbang dengan MAS Wings.

Safely landed at Miri Airport, kecik ja airportnya.

Safely arrived at Bario Highlands. Cuaca panas sepanjang kami di sana so tak la terasa sangat sejuknya.


Abang Mat recommend laksa sarawak @ Mee Sapi Kuching. Wajib repeat kalau turun Miri lagi.

Here update itinerary dan budget untuk 4 orang.

24 September 2025 (Rabu)

2120 - 2220 : fly to KLIA

25 September 2025 (Khamis)

0600 : subuh, mandi P Ramlee
0700 : meet up at kaunter check in
0855 - 1120 : fly KL - Miri
1120 - 1200 : touch down, settle imi, ambik keta sewa 
1200 : gerak ke Brunei sambil isi e arrival dalam kereta 
Berhenti @ Petronas Kuala Baram isi minyak RM50
1330 : Sampai Sungai Tujoh Imigresen
1515 : Sampai Bandar Seri Begawan
- Masjid Sultan Omar Ali Saifudden
- BIBD frame Brunei
- Kampung Ayer (boat tour)
1830 : check in EZ Suites, Gadong
1915 : Pasar Malam Gadong
2200 : sleeeepppp

26 September 2025 (Jumaat)

0510 : subuh
0630 : check out, gerak balik Miri
1000 : sampai airport Miri, check in luggage, brunch
1240 - 1330 : fly to bario
1400 : check in Homestay Sinah, lunch
1530 : ke tempat pembuatan garam
1700 : memancing belakang homestay
2000 : dinner sambil borak
2100 : sleeepppp

27 September 2025 (Sabtu)

0530 : subuh
0730 : breakfast
0820 : tamu (pasar) bario
0900 : hiking Prayer Mountain
1205 : habis hiking, balik lunch di homestay, salin baju
1415 : tour Bario
- muzium
- memorial park
- tempat pesawat crash
- signage Bario (Bukit Kore)
- ladang nenas Roger (guide kami)
1730 : sambung memancing belakang homestay
2030 : dinner
2130 : sleeepppp

28 September 2025 (Ahad)

0530 : subuh
0615 : brisk walk kampung
0700 : melawat kebun sambil kutip apa yang nak bawak balik Penang
0830 : breakfast
1030 : check out, off to airport
1200 - 1250 : trio fly dulu ke miri
1250 - 1330 : acik fly ke miri
1330 : check in luggage
1400 : ambik maxim ke mee sapi kuching (ccari laksa sarawak)
1530 : balik airport miri
1800 - 2030 : fly miri - KL
2335 : fly ke Penang

29 September 2025 (Isnin)

0035 : touch down Penang

Budget 4 orang

Flight KL -Miri return = RM732
Flight Miri - Bario return = RM736
Ground di Bario = RM2040
(include homestay, meals, airport transfer, entrance fee & guide hiking)
EZ Suites, Gadong, Brunei = RM220
Kereta sewa (Miri & Brunei) = RM190
Boat tour Kampung Ayer = SGD30 (RM98.70)
Maxim airport miri - mee sapi return = RM18

Total = RM4034.70
Per person = RM1009

Dipayung

Petrol = RM50
Roaming Brunei = RM48
Dinner @ Pasar Malam Gadong 
Brunch @ Airport Miri sebelum fly ke Bario
Lunch @ Mee Sapi Kuching

Personal Expenses

Flight pen - Kl return = RM90
Grab = RM10
Travel insurance etiqa = RM41

So total habis untuk trip ni adalah RM1150 tak termasuk shopping.

1) E arrival brunei boleh diisi 3 sehari sebelum tiba di Brunei.
2) Sewa kereta di Miri untuk masuk Brunei kena declare ya sebab depa kena buat ESS border pass untuk kereta dan kereta di Brunei tak boleh tinted langsung. Kami sewa dengan ZF Car Rental (012-8008485).
3) Boat tour tu try la approach local baru dapat harga murah sket, kalau kat pondok atas satu bot pun sampai BND50. Kami ritu dapat BND30 untuk sejam setengah. Berbaloi sebab boatman rajin melayan.
4) Kat Brunei boleh ja pakai SGD.
5) kat Bario ambik pakej ground under homestay Sinah (Hajah Norhayati 012-8119138).
6) Line phone kat bario okay ja, kat homestay ada wifi.
7) Hari Jumaat public holiday di Brunei, so kami sangkut la jugak dalam jem time nak keluaq balik ke Miri tu. 
8) Kek lapis beli kat airport ja..sama ja.

Monday, September 15, 2025

Explore Pahang : Genting Highlands

Macam mana bole jadi sambung Genting & Cameron? Sebab siti bilang..siti bilang mahu cuti..eh eh nyanyi lak. Tak...siti habaq dia nak sambung cuti hari isnin sebab takut barai dek aktiviti taman negara dan perjalanan jauh. Pastu kak zura pulak baru balik dari Genting p main skyworld..Punya la dok cerita best plus ada promo harga RM65 aja sampai hujung tahu ni.

So, apa lagi tanya Siti and Inah bole dak nak lajak. Jawabnya onz je la. Ashu booking ja tapi bab nak susun game, study lay out skyworld itu semua keja Anis Sakinah. Ashu ikut aja. Siti memang dah habaq dia gayat, nak naik hat biasa-biasa ja. Maka berpecah lah kami.

Apartment 2 bilik, 2 toilet, ada balcony, kitchen..RM110 ja..memang berbaloi..

Plus ada heated pool..cuma sempat berendam dalam 10 minit ja, pastu ujan.

View dari balcony.

Awaiiii kami sampai, x dak orang beratoq pun. Naik gondola pun tak share ngan sapa.

Sampai light breakfast dulu makan roti jagung. Pastu ronda indoor.

Pukul 9.15 dah start beratoq, 9.30 pintu dibuka kami orang first scan masuk. Gitewww

Study lagi map

Nampak dak..dit dit..tapi lepas start game, degup jantung berpeluh terus badan.


Sebab masuk masih awai, so pusing ootd dulu.






Inah susun game cam ni

1) Independence
2) Samba gliders
3) Acorn
4) Tera
5) Alpha
6) Epic

Tu yang best dan wajib, kami siap sempat join game yang siti naik lagi. Inah siap ada yang repeat. Dah abis awai malas nak tunggu pastu orang pun makin ramai maka kami decide jom lah keluaq awai. Shoot Cameron terus, tak yah tidoq Tanjung Malim.


Ni VQ (virtual q) kami guna sekali ja untuk aktiviti petang. Hat pagi line semua clear, x yah beratoq panjang. Sekian lah cerita genting..memang best tapi tak repeat lah kot. Shekali seumur hidup dah la. Gitulah cerita percutian 5 hari 4 malam kami. Hat kat Cameron tu tak yah lah, cam besa ja jem dan mahai..hahahaha

Sunday, September 14, 2025

Explore Pahang : Taman Negara Pahang

Lokasinya adalah di Kuala Tahan, Jerantut. Starting point ke Gunung Tahan trek kuala. Gunung Tahan boleh jugak masuk dari Merapoh. Ada 4 jalan, pertama highway plus sampai plaza tol Duta, pastu masuk Karak Hiway. Kedua exit Tanjung Malim dan ambil jalan Batang Kali. Ketiga lekok Fraser Hill. Keempat jalan Ringlet Sungai Koyan keluaq kot Raub. Dan kami ambik jalan ketiga, layanlah corner. Siap boleh lepak kat signboard Fraser Hill layan tembikai cicah asam ko.

Miza the gogo arrange dengan Mahseer Chalet. Price RM360 per person include chalet, makan, aktiviti dan guide. Makan 3 kali sehari. Kami sampai dalam jam 6 petang gitu. Settle dengan check in dalam 6.15 gitu ready untuk dinner dan night jungle walk.

Ini lah rupa laman chalet tu. Meriah ngan anak-anak dari Kolej Vokasional Aloq Staq.

Bilik 7 orang..sembang gebang tak ingat dunia. Walhal jiran sebelah adik2 boboi.


Tempat makan di Tahan Corner, banyak restoren terapung, jadi jangan silap ye. Ada dalam 7 kot rasanya. Masakan okay sedap, breakfast ja so so. Dah merasa la patin masak tempoyak. Ikannya sedap lembut cuma I is kenot go la dengan tempoyak.

Ini hari kedua, masa tunggu permit hutan siap. Nak masuk naik Bukit Terisek. Ingatkan trek santai rupanya lelah weii. Dah la tu manusia ramai cam kat mall tu.



Khazanah hutan. Kecik shoot memang cantik la.



Trek mula memang la manjahhhhh

Pastu mengah sket.

Nampak signboard ni..maka bersedialah.

Lelahhhh wei.
Abis hiking terus bot hantaq ke restoren, lunch. Balik bilik solat, ready untuk ke kampung orang asli.

Tok Batin ajaq buat api, belajaq menyumpit sama.

Anak-anak suku kaum asli Bateq. Tapi semua boleh cakap Bahasa Melayu. Tak macam p Royal Belum ritu hanya sorang budak yang reti Bahasa Melayu.


Dalam jam 4 petang tu kami dibawa ke rapid shooting. Lencun wei kena buli ngan guide. Guide kami En Sabarudin memang sempoi melayan. Sporting abisss.

Hari last skip breakfast, jenjalan kat kampung tu..lenkap ja facilities kat situ. Harga pun okay aja.

Homestay kami belakang sekolah ni.

Dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Genting. Singgah cari akok glamer ni.

memang sedappppp, bakaq ngan sabut.


Makan akok panas-panas ni dekat 13 keping. Pastu nak ronda ke mana lagi dah Bandar Jerantut ni. Lastly decide shoot je la ke Genting. Kalau sampai awai naik GPO dulu sebab check in jam 3 petang. Maka bertolak lah kami 3 ketui. Keta Miza terus balik Penang.